*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Depa nie tak habis-habis dok salahkah MCA dan Gerakan kononnya
BN kalah di Lunas sebab isu sekolah Wawasan.

Betoika Cina-Cina Lunas mengundi BA sebab tak puas hati dengan
sekolah wawasan? Sekolah Wawasan tu kecik saja sebenarnya; yg sebetoinya, 
kalau hangpa pi tanya betoi-betoi Cina-Cina kat kedai2 tepi traffic lite
yg tak siap di tengah2 pekan Lunas tu; depa sebenarnya marah kat 
Dr Mahathir dan puak2 UMNO yg celupar sangat mulut depa dok pi kata
macam2 kat orang Cina.

Buktinya; di pekan Lunas masa election hari tu bersepah banner2
bertulisan Cina, yg kerana kita semua nie pakat ghairah sangat
dengan election....sampai tak dan nak tanya depa apa maknanya baner2 tu.

Jadi, lepas election baru nie, baru saya tau makna2 tulisan2 cina tu.

1. Yg satu tu, yg ada karikatur Dr Mahathir menuding jari diikuti
dengan tulisan2 kanji Cina, makna dia:

"HANGPA KOMUNIS!!"

2. Yg satu lagi pula, makna dia:

"CINA BABI - kata ADUN Selangor" (saya lupa nama dia)

So, kalau hangpa jadi Cina-Cina kat Lunas tu, kalau dah tiap2 
hari dan tiap-tiap malam hangpa dok tengok ayat-ayat "Hangpa
Komunis" dan "Cina Babi" bersepah di depan rumah2 kedai hangpa; hangpa
tak rasa torture ka?

Yang menghairannya kenapa keceluparan Dr Mahathir ini tidak
dijadikan isu oleh Utusan Malaysia atau pun mana2 pemimpin
UMNO.....tapi depa tak habis2 dok salah pembangkang kononnya
kerana memutar belitkan isu Sekolah Wawasan...

Kot mana pun, adalah dirasakan kerusi LUNAS ini sama juga macam 
kerusi ARAU tempoh hari; di ARAU kita menang kerana Dr Mahathir
celupar dok hina janggut nabi....panas sat saja tu; di LUNAS pula BA menang 
kerana Dr Mahathir celupar dok kata macam2 kat orang Cina. Dua2 kerana undi
protes sebab sakit hati kat Dr Mahathir (awat Dr Mahathir nie suka bagi sakit
hati orang?.....bila la UMNO nak tendang dia); jadi kalau LUNAS BA tak jaga 
betoi2, tahun 2004 nanti, kisah yg sama di ARAU mungkin akan berulang di 
sini....

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

--------------------------------------------------------------

Utusan 3/12/2000

                 MCA jangan lepas tangan -- Ekoran lima
                  sekolah Cina tolak Sekolah Wawasan

                  KUALA LUMPUR 2 Dis. - Para pemimpin MCA
                  diminta supaya tidak lepas tangan ekoran penolakan
                  lima buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
                  (SRJKC) untuk melaksanakan Sekolah Wawasan.

                  Sebaliknya, mereka digesa untuk berusaha lebih gigih
                  memberi penerangan mengenai konsep sekolah itu bagi
                  memastikan konsep perpaduan satu negara dapat
                  dilaksanakan.

                  Tokoh pendidik, Tan Sri Ainuddin Abd. Wahid ketika
                  mengeluarkan pandangan itu menegaskan, beliau tidak
                  berpuas hati dengan penjelasan penolakan yang
                  diberikan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling
                  Liong Sik berhubung perkara itu.

                  Menurut beliau, Dr. Ling ketika mengumumkan
                  pendirian sekolah-sekolah Cina terbabit tidak memberi
                  alasan di sebalik penolakan tersebut, malah apa yang
                  kelihatan tiada kesungguhan daripada pihak MCA
                  untuk memberikan penerangan.

                  ''Saya lihat tiada kesungguhan daripada pihak MCA
                  untuk memberi penerangan, seolah-olah lepas tangan
                  sahaja,'' katanya di sini hari ini.

                  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
                  kenyataan Presiden MCA itu di Melaka semalam
                  bahawa lima buah SRJKC yang ditawarkan untuk
                  melaksanakan konsep Sekolah Wawasan telah
                  menolak tawaran tersebut.

                  Menurut Dr. Ling, pihaknya menghormati keputusan
                  yang dibuat oleh lembaga pengarah kelima-lima sekolah
                  berkenaan dan kerajaan tidak akan memaksa mereka
                  melaksanakan konsep Sekolah Wawasan tersebut.

                  Konsep Sekolah Wawasan yang cuba diperjuangkan
                  oleh kerajaan bermatlamat merapatkan hubungan
                  antara kaum-kaum utama di negara ini selain berusaha
                  meningkatkan nilai cintakan negara.

                  Bagaimanapun konsep sekolah itu ditolak keras oleh
                  dua gabungan Cina, Dong Jiao Zhong dan Hua Zong.
                  Isu Sekolah Wawasan adalah antara faktor penyebab
                  kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan
                  raya kecil Lunas, Rabu lalu.

                  Mengulas lanjut Ainuddin berkata, penolakan lima
                  sekolah Cina terbabit secara jelas menunjukkan sikap
                  masyarakat Cina yang bimbang dan takut budaya serta
                  bahasa Cina terhapus.

                  ''Bagaimana kita hendak wujudkan perpaduan satu
                  bangsa Malaysia jika sistem pendidikan berasingan
                  masih wujud walaupun mempunyai kurikulum yang
                  sama,'' tegasnya.

                  Ainuddin menegaskan, kenyataannya bukan bermaksud
                  sebagai paksaan kepada MCA mahupun SRJKC
                  tetapi beliau mahu pihak berkenaan supaya tidak
                  bersikap sambil lewa sahaja.

                  ''Takkan mereka tidak boleh berusaha untuk menarik
                  sekolah-sekolah itu walaupun tidak semua masyarakat
                  Cina menerima tetapi majoritinya boleh menerimanya
                  jika ada usaha berterusan,'' katanya.

                  Justeru beliau berkata, tanggungjawab tersebut perlu
                  dipikul oleh MCA dan pelaksanaan sekolah baru
                  bukanlah penyelesaian jika SRJKC tetap dengan
                  kedegilannya.

                  Di Kuala Terengganu, Setiausaha Agung Gabungan
                  Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar
                  Syed Mohamad yang turut melahirkan kekecewaannya
                  berkata, sikap dan pendirian SRJKC terbabit
                  menggambarkan seolah-olah mereka menolak dasar
                  yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

                  ''Dr. Ling dan pemimpin Gerakan sepatutnya
                  memainkan peranan dengan berkesan dalam usaha
                  mendapatkan sokongan kaum Cina menjayakan
                  Sekolah Wawasan itu.

                  ''Sepatutnya terima dulu dan setelah kelemahan dikenal
                  pasti, kenalah duduk semeja berbincang agar masalah
                  dapat ditangani. Apakah kita nak tunggu sehingga
                  Wawasan 2020 baru nak lihat hasilnya?'' katanya.

                  Beliau memberi contoh bagaimana usaha menghasilkan
                  kereta nasional yang dicetuskan oleh Perdana Menteri,
                  Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah ditentang
                  hebat oleh pelbagai pihak pada awal 1980-an akhirnya
                  terbukti kejayaannya.

                  Pada perkembangan yang sama seorang lagi tokoh
                  pendidik, Tan Sri Awang Had Salleh berkata, paksaan
                  tidak boleh dilakukan jika sekolah-sekolah Cina
                  terbabit enggan menerima Sekolah Wawasan.

                  ''Kita tidak boleh memaksa mereka walaupun mereka
                  tidak memberi alasan. Sebaliknya kita perlu laksanakan
                  konsep berkenaan di sekolah-sekolah yang
                  menerimanya,'' katanya.

                  Menurut Awang, jika sekolah Cina tidak mahu
                  menerimanya, kerajaan boleh melaksanakan melibatkan
                  kombinasi antara Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
                  Tamil (SRJKT) dengan sekolah kebangsaan.

                  ''Jika SRJKT menerima, kita buat yang ini dahulu. Apa
                  yang dilakukan itu adalah pendekatan psikologi dan
                  saya pasti sekolah-sekolah Cina akan mencontohinya
                  jika sudah melihat hasilnya nanti,'' katanya.

                  


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke