*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum...

Asyik sibuk sembang pasal politik, kali ni Queenie nak ajak kengkawan cerita
pasal makanan pulaklah...... ni pasal makanan segera...

Harap kengkawan bolehlah take time baca.... kalau nak komen, dan nak jawab persoalan
yg timbul, silakanlah!  Harap-harap, ia adalah perbincangan yg sihat.

BINCANG-BINCANG DAN SEMBANG-SEMBANG MAKANAN SEGERA.....

MAKLONG!  Kesian kat Maklong, maklong kena tipu dengan makanan segera dalam paket!! 

Bila tiba bulan Ramadhan ni, maka kebanyakan syarikat membenarkan at least kalau tak
semua staff, staff yg beragama Islam dibenarkan pulang awal lebih kurang setengah jam
dari waktu biasa.

Jadi, bagi wanita yg berkeluarga,  sibuklah balik seberapa segera yg boleh.  Ya lah,
lagi segera balik, lagi segera boleh masak.  Bila kita sebut pasal "segera", kita tak
boleh lari dari bahan-bahan makanan yg juga menggunakan perkataan "segera"; contohnya: 
Mee segera, Pizza segera, roti canai sebera, pau segera, karipap segera, kuah rendang
segera, kari ayam segera...... macam-macam dah "segera" sekarang ni.....  Jangan
esok-esok "mati segera" sudahlah - gara-gara suka sangat makan makanan segera , ya tak?

Mengapa saya ingin berbincang pasal makanan segera?  Sebab, bila saya fikir-fikir
dengan masak (jangan "masak" fikir tu sudahlah!) beberapa persoalan timbul dalam kepala
otak ni; now that kita ni ada TERLALU BANYAK pilihan, nak jenama apa?  Cakap aje.....
nak jenis apa?  Dari Brand  Brahim's, ke Brand Alif, ada Brand Adabi; ada brand
Maggie...... macam-macam brand aje... Yeo's pun ada makanan segera ni.....  Antara
persoalan-persoalan yg timbul ialah:

Halalkah semua benda-benda ni?  Bolehkah ktia pastikan sejauh manakah "kehalalan"
mereka? 
OK... kalau kita nak "pejam mata sebelah" pasal halal (takut nanti "subhah"), kita
boleh pilih yg orang Islam kita buat (Adabi, Alif, brand Nona, dll).  Tapi, apakah
bahan-bahan sampingan yg digunakan untuk bagi makanan ni tahan lama??  Maksud saya,
bahan kimia yg digunakan dalam menghasilkan bahan makanan yg boleh buat ia tahan lama??

Bagus sangatkah "quality" makanan segera ni? 
Berkhasiatkah makanan segera dalam paket ni? 

Inilah persoalan-persoalan yg bermain di kepala saya, perihal makanan segera dalam
paket atau dalam tin ni... jika ada sesiapa yg bekerja dengan mana-mana syarikat yg
menghasilkan atau memproses makanan segera ni, silalah beri komen anda dengan bernas
sekali.

OK... sementara kita nak menunggu jawapan, apa kata saya beri sedikit cadangan - demi
untuk menyedapkan makanan segera yg kadang-kadang tu bukannya sedap sangat.  Untuk
pengetahuan, saya ni memanglah bekerja di pejabat dan kadang-kadang balik lewat; ndak
tak ndak; terpaksalah jugak pakai benda-benda benda segera ni....Saya pernahlah cuba
satu brand yg iklannya berkisar tentang Maklong yg kena "tipu" - disangkanya itu
masakan "original", tapi yg sebenarnya paket.  

Saya ni memang agak "lurus bendul" sikit, kadang tu cepat percaya benar dengan iklan
dan "pujuk rayu" orang.  Lalu, satu hari tu belilah jenama makanan segera tu (sambal
tumisnya).  Nak kata saya ni tak pandai masak; rasanya kalau diberi peluang berganding
dengan Chef Wan, mesti dia suka; bukan setakat pandai membebel aje macam Chef Wan tu;
InsyaAllah kalau diberi bahan-bahan, tahulah saya nak masaknya macam mana.  So, soal
pandai masak tak pandai masak tak timbul; bagi saya, sepatutnya makanan segera ni
"membantu" orang yg TAK RETI masak tu menghasilkan makanan yg enak.

But, that was only my thoughts,  Saya rasa, dengan bakat yg saya ada, mampu untuk
menghasilkan makanan yg segera yg sedap DAN CEPAT dihidangkan.  

Suatu hari terpaksa jugaklah makan makanan yg segera ni.  Saya beli suatu jenama yg
selalu keluar iklan tu.  Pada sangkaan saya, mesti sedap punya masakan saya tu,
lagipuan saya "modified" nak bagi rasa lebih enak dengan menumis sedikit bawang putih,
bawang merah & campur sedikit cili blender.  Then, saya tambah-tambahlah apa yg
patut.... Cuma gula aje yg saya tak tambah...

To my disappointment, lain yg dimasak, lain pulak rasanya!  Dah "out of taste"! 
Seingat saya, takkanlah masukkan sedikit bawang dan campurkan dengan cili blender akan
menghilangkan keaslian rasa dalam paket tu?  Entahlah.... Tapi, so far jika saya
"modify" makanan segera dalam paket,tak pernah yg tak berjaya... semuanya sedap aje. 
Bila saya rasa baki yg dalam paket tu, barulah saya dapat rasa betapa manisnya rasa
"sambal tumis" dalam paket tu....  Iklan sikit punya baguih ka.. tapi indah khabar dari
rasa.  Orang Pantai Timur (Kelate) mungkin suka manis-manis ni, tapi sorry to say.. I
simply cannot swallow.  Patutlah saya modify, walaupun tak bubuh gula, tapi rasa
manisnya meloyakan tekak saya!

Maaf, saya bukan nak buat fitnah ataupun nak kondem sembarangan.  Saya rasa agak
tertipu, kerana saya fikirkan jika "OK" sambal tumis segera tu, why not saya jadikan ia
sebagai bahan makanan sewaktu "emergency"?  Tapi..... mungkin tidak!  Saya lebih rela
gunting cili kering dan blender sendiri... biar lambat, asal sedap dan asli...

So, bagi netters wanita out there, be selective for whatever "instant" fodd yg you all
nak gunakan.  Jangan sampai tertipu macam MAKLONG kita!  Hehehe...

Saya ingin cadangkan kepada syarikat yg membuat makanan yg segera-segera ni, jangalnlah
aniaya kami, pengguna-pengguna.  Dengan wang yg kami keluarkan, kami berhak untuk
mendapatkan bekalan makanan yg berkualiti dan berkhasiat, bukan setakat sedap saja...

Lagi satu, saya rasa walaupun benda-benda tu disediakan dalam paket segera, janganlah
kita malas, harapkan rasa yg sedia ada, "modify"lah sikit ikut citarasa anda.

Kepada sesiapa yg ada tips-tips yg lain tu, sialalah beri komen agar kita boleh
bincangan.  Jangan lupa, saya juga ingin jawapan tentang soalan-soalan yg saya
kemukakan di atas - bagi yg pakar pemakanan, silalah berikan pandangan anda.

Saya harap, apa yg saya tulis ni tak menyinggung mana-mana pihak, sekadar nak kongsi
pendapat aje.  Segala pendapat & pandangan saya ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...

Sekian, wassalamu'alaikum 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nur Queenie <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke