*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ dari harakahdaily.com ------------------------------------- Belanjawan 2001: Terengganu peruntukkan RM733.436 juta http://www.harakahdaily.com/Dis/m12dis2000_7.shtml Oleh Azmi Yusof KUALA TERENGGANU, 12 Disember (Hrkh) - Kerajaan negeri Terengganu tetap menegaskan secara rasmi bahawa kerajaan negeri itu tetap berhak menikmati royalti minyak dari Petronas. Sehubungan itu, belanjawan 2001 yang dibentangkan semalam di Dewan Undangan Negeri Terengganu tetap memasukkan anggaran penerimaan wang royalti minyak dari Petronas. Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan jumlah belanjawan bagi tahun 2001 sebanyak RM733.436 juta. Dari jumlah itu, katanya sebanyak RM60.411 juta disediakan untuk perbelanjaan tanggungan yang merangkumi perbelanjaan yang telah diperuntukkan oleh undang-undang dan peruntukan bayaran balik pinjaman manakala RM673.025 juta bagi perbelanjaan bekalan. "Pada keseluruhannya jumlah perbelanjaan yang dicadangkan telah meningkat sebanyak 7.27 peratus atau RM49.756 berbanding tahun semasa berjumlah RM683.707 juta," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2001 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, di sini, hari ini. Menurutnya, belanjawan negeri bagi tahun depan disediakan dalam keadaan defisit sebanyak RM12.94 juta atau 1.79 peratus berbanding anggaran hasil. "Jumlah anggaran hasil negeri tahun 2001 dijangka diperolehi sebanyak RM720.496 juta termasuk RM540 juta dari royalti petroleum iaitu meningkat sebanyak 4.09 peratus berbanding hasil tahun semasa berjumlah RM692.182 juta," ujarnya. Katanya, kerajaan negeri telah bersetuju bahawa dalam penyediaan belanjawan negeri tahun 2001, perolehan hasil royalti petroleum hendaklah diperakukan sebagai hasil negeri yang sudah semestinya dikreditkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Disatukan. Ini, tambahnya kerana tidak ada satu sebab pun sama ada dari sudut perundangan atau pentadbiran yang boleh membawa kepada pembatalan atau perampasan hasil tersebut daripada kerajaan negeri. Beliau berkata, berdasarkan anggaran yang disediakan didapati hasil cukai akan meningkat kepada RM580.319 juta atau 0.54 peratus manakala hasil bukan cukai meningkat kepada RM96.632 juta atau 24.8 peratus dan terimaan bukan hasil dijangka meningkat kepada RM43.544 juta atau 15.7 peratus. _____________________________________________________________________________________ Get more from the Web. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>