*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini cerita tahun bila - Sheikh azmi bukan lagi mufti P Pinang....beliau adalah Naib Presiden parti KeAdilan sekarang....... Ustaz hashim Yahya sekarang ni mufti Wilayah....

 

 

>From: "apanama"<[EMAIL PROTECTED]>
>To:<[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* ASB & ASN dah halal?
>Date: Mon, 18 Dec 2000 19:48:25 -0800 (PST)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Apa jadi dengan syarikat yang diragui dalam portfolio nya
>seperti syarikat kewangan, dll? Ada orang2 PNB boleh
>confirm?
>
>------
>
>PNB: Pelaburan saham amanah ikut syariah Islam
>
>KUALA LUMPUR 11 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari
>ini berkata portfolio pelaburan skim-skim saham amanahnya
>adalah tidak bercanggah dengan prinsip syariah Islam.
>
>Menurut Pengerusi PNB Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid,
>pelaburan itu berdasarkan keputusan Majlis Penasihat
>Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang menentukan sama ada
>saham sebuah syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
>halal atau haram.
>
>''Pelaburan PNB bergantung kepada Majlis Syariah SC dan
>juga orang ramai,'' kata beliau menjawab pertanyaan
>pemberita pada sidang akhbar mengumumkan pemberian
>dividen dan bonus skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) di
>sini hari ini.
>
>Katanya, ''PNB memiliki tujuh juta pelabur dan mereka yakin
>dengan pelaburan kami dan kami juga yakin dengan
>kepercayaan mereka (terhadap PNB) akan tetap terpelihara,
>oleh itu saya serahkan kepada para pelabur untuk tentukan.''
>
>Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keraguan
>sesetengah pihak sama ada skim Amanah Saham Bumiputera
>dan skim Amanah Saham Nasional dilaburkan berdasarkan
>prinsip syariah Islam.
>
>Utusan difahamkan, setakat ini terdapat sejumlah 541 saham
>syarikat di Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Saham Kuala
>Lumpur telah disahkan oleh Majlis Syariah SC sebagai saham
>berlandaskan prinsip syariah Islam.
>
>Majlis itu yang dianggotai oleh pakar perundangan Islam
>terkemuka tempatan seperti Mufti Pulau Pinang, Datuk Sheikh
>Azmi Ahmad, Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd.,
>Datuk Dr. Abdul Halim Ismail dan Prof. Datuk Mohd.
>Hashim Yahya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
>dari semasa ke semasa membuat pengesahan dan pengawasan
>sama ada sesuatu saham yang halal kekal halal dan
>mengeluarkan daripada senarai apabila disahkan haram.
>
>Ketika ditanya mengenai kedudukan pelaburan PNB dalam
>syarikat-syarikat bermasalah termasuk syarikat seperti
>Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Sarji berkata ia tidak
>akan menarik balik kepentingan pelaburan dalam syarikat
>bermasalah yang kini sedang disusun semula.
>
>Katanya, pengekalan pelaburan akan dibuat dalam syarikat
>berkenaan selagi ia menambah nilai kepada pelaburan dan
>memberi jaminan pulangan jangka panjang.
>
>''PNB merupakan pelabur jangka panjang dan tidak semestinya
>kami perlu mengeluarkan pelaburan kami secara automatik
>ketika syarikat itu sedang menjalani proses penyusunan
>semula tetapi akan menimbangkannya semula,'' kata Ahmad
>Sarji lagi.
>
>
>----------------------------------------------------------------------
>Get your FREE ShyMail account!
>http://www.shymail.com/
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "apanama"<[EMAIL PROTECTED]>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to