wa'alaikumussalam / assalamu'alaikum.

terima kasih di atas nasihat sdra. saya juga menasihati sdra dengan nasihat yang sama. dajal ada berbagai bentuk dan rupa. yang mata sebiji tu bila akan tiba Allah sahaja Yang Mengetahuinya. yang kita perlu berbicara ialah dajal yang ada depan kita hari ini. di antaranya berupa manusia tetapi berbicara sebagai dajal. bagaimana mungkin saya berbaik sangka terhadap sesuatu yang jelas? apakah saya mesti berbaik sangka terhadap musuh yang sedang menuding senjatanya ke arah saya? polis tidak perlu menembak penjenayah yang sedang menuding senjata kearahnya. kerana polis perlu berbaik sangka bahawa penjenayah bukan mahu menembaknya tetapi mahu menyerah diri dan sedang menghulurkan senjatanya kepada polis. benar kita perlu berbaik sangka walaupun dengan musuh tetapi kita perlu studi situasinya kerana berbaik sangka bukan dalam semua keadaan.

dalam konteks kita pada hari ini pula kita sebagai muslim tidak pernah merasa kesyumulan pentadbiran Islam. yang ada pada kita hanya apa yang telah ditinggalkan musuh kita bernama british. dan itulah yang dimegah-megahkan oleh sesetengah dari kita. british adalah satu dari kuasa bersekutu yang telah mencarik-carik dan membahagi-bahagikan kerajaan Islam ke dalam negara-negara bangsa. akibatnya sehingga ke hari ini kita hidup berpura-pura di antara sesama kita. kerana kita megahkan arabnya, parsinya, baduinya, turkinya, melayunya, dan berbagai-bagai lagi yang kesemuanya menuju kepada kehancuran umat. lihatlah apa yang sedang berlaku kepada umat selepas +- 60 tahun pembahagian pemerintahan Islam di antara amerika, britain dan perancis. kita akui kita Islam tetapi kita ketepikan segala perintah Allah dan ajaran rasulNya.

maka kita adalah di antara pejuang bangsa tadi yang ditinggal british dengan semuanya didasarkan kepada bangsa - perkauman. kita peduli apa dengan peringatan Rasulullah saw bahawa bukan dari umat baginda yang berjuang atas dasar asabiyah (perkauman). penjelasan yang macam mana lagi kita mahu? ada manusia yang mengikari perintah Allah swt supaya manusia menghukum dengan hukumNya dengan memberi bermacam alasan. kenapa kita solat? kerana perintah Allah. kenapa kita puasa? kerana perintah Allah. kenapa kita berzakat? kerana perintah Allah. kita tidak berani mengingkari perintah-perintah itu kerana "kami dengar dan kami patuh". apa pula bezanya perintah Allah yang menyuruh kita berhukum dengan hukumNya dengan perintah solat, puasa dan berzakat? kita sanggup menukar "kami dengar dan kami patuh" kepada "kami dengar tetapi biar kami fikir dahulu". inilah perbezaan ketara diatara umat terdahulu dengan kita sekarang ini.

saya akui jahil ilmu agama tetapi Alhamdulillah saya dapat mengenali dajal-dajal yang sedang merata di dunia ini. segala sesuatu yang mengajak kita menolak hukum Allah adalah dajal. segala sesuatu yang mengajak kita mengingkari tegahan Allah adalah dajal. adalah sukar dimengerti bagaimana orang yang dalam ilmu Islamnya boleh terima helah-helah untuk menyekat Islam ditegakkan dan boleh bersekongkol dengan mereka-mereka yang memang jelas tidak berminat dengan Islam kecuali untuk kepentingan sahaja. sudahlah mereka tidak berminat mereka pula mengajak orang lain supaya bersama mereka dan menyembunyi kebenaran daripada mereka yang tidak tahu. akhbar hari ini menimbulkan pula kononya tuntutan suqui bukan sahaja mencabar bangsa melayu tetapi juga Islam? of course la, when ulama demo cakap kena kaitlah sebagai mengancam Islam bla bla bla.  pada tahun 1983, kedudukan bangsa melayu telah dicabar sehebat-hebatnya apabila ada pemimpin yang melondehkan raja-raja melayu dan turut disokong oleh orang-orang melayu? saya tidak nafikan yang raja-raja melayu membuat kesilapan tetapi kenapa perlu kita telanjangi mereka? kita kononnya mempunyai adat resam dan boleh menegur raja-raja kita dengan cara yang sopan. hari ini raja-raja melayu ini juga yang disuruh menyeru orang-orang melayu bersatu bla, bla, bla, jangan salah guna masjid bla, bla, bla. apakah keadaan ini tidak sama dengan sebelum 1983?

janganlah fikir bahawa kita aje yang betul.... siapa yang tidak mahu merujuk kepada Al-Qur'an dan sunnah untuk mencari penyelesaian dalam perbezaan yang berlaku di antara umno dengan Pas? siapa yang tidak ambil pusing dengan pesan Rasulullah saw ini?

wallahu'alam. wassalam.
 



Kirim email ke