*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

     Surah At-Taubah

103 - Pungutlah (hai Muhammad)sedeqah (zakat dari sebahagian harta mereka yang akan 
membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesunguhnya doa engkau itu 
menenangkan jiwa mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

104 - Apakah mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah menerima taubat hambaNya dan 
menerima sedeqah-sedeqah? Dan sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha 
Penyayang.

105 - Dan katakanlah (hai Muhammad), "Hendaklah kamu bekerja! Allah, RasulNya dan 
orang mukmin akan melihat (hasil) kerjamu (itu). Nanti kamu akan dikembalikan kepada 
Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang lahir, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang 
kamu kerjakan."


     Ayat 103 dengan tegas menyuruh pungut zakat dari orang-orang mukmin yang berada 
dan memberikannya kepada fakir miskin atau asnaf (golongan) lain seperti diterangkan 
pada pembahagian zakat. Zakat itu akan membersihkan dan mensucikan orang yang berada. 
Zakat suatu sistem ekonomi Islam yang dapat dipertanggungjawabkan untuk menghilangkan 
kemiskinan. Setiap harta kekayaan ada di dalamnya hak sosial yang harus disumbangkan 
berupa zakat, sedeqah dan lain-lain.

     Islam menyuruh berusaha secara halal dengan sekuat tenaga. Dilarang 
bermalas-malas berpangku tangan. Ayat 105 menegaskan keharusan berusaha itu. Islam 
membolehkan mempunyai harta kekayaan sesuai dengan hasil usaha setiap peribadi. Jadi 
tidak seperti sistem komunisme, yang melarang mempunyai kekayaan peribadi itu. Juga 
berbeza dengan sistem kapitalisme, dimana orang hanya mementingkan diri sendiri, tidak 
mahu tahu tentang kepentingan umum.

     Dengan membayar zakat akan terjalin hubungan yang harmonis antara fakir miskin 
dan orang-orang kaya. Tidak terjadi perjuangan golongan, di mana yang satu menentang 
golongan lain.

     Begitu kerasnya perintah zakat ini, sehingga orang yang enggan membayarnya boleh 
diperangi. Bilakah umat Islam dapat melaksanakan perintah ini dengan secara 
menyeluruh, sehingga kemiskinan dan kemelaratan hilang di muka bumi ini?


DIPETIK DARI TAFSIR RAHMAT


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke