*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wrth wbth..

Sahabat netters yang lama tak bersua...di arena penulisan.

Saya nak buat pepper sikit kekaitan gejala kelemahan Melayu Islam dan ummat 
Islam  di malaysia itu sendiri. Nak sangatlah kalau sahabat-sahabat netters 
dapat e-mailkan kepada saya.

Gejala Kerosakan Golongan Pemimpin kini.
Gejala Kerosakan Golongan Pertengahan.
Gejala Kerosakan Golongan Bawahan.

Mudah2an bantuan sahabat netters semua dapat saya kumpulkan dan 
realisassikan dalam masyarakat demi kepentingan semua.

Saya terima semua hantaran Tak Kira Apa Fahaman Politik, Mana-mana kumpulan 
NGO samada Islam atau bukan Islam.

Mengikut kitab perukunan Lailatul Qadar jatuh malam 27 pada tahun ini.

Wallah hu Ta'ala A'lam.


>From: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Nostalgia Malam Dua Puluh Tujuh
>Date: Tue, 19 Dec 2000 06:21:57
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum'
>
>Ketika jari jemari mula menekan butang-butang  pc ni,
>redio kemain lagi memainkan lagu raya. Lagu arwah sudir.
>Sebak dada mendengarnya.
>
>Cakap pasal raya ni, kita, masa time bebudak dulu, time raya
>ni takle sehebat bebudak jamni.  Baju raye cuma sepasang baju
>kurung yg tah berapa sen jer se ela.  Kasut tumit tinggi jgn
>haraplah. Tak merasa punya.Yang dapat tiap tahun, selipar jepun.
>
>Tapi, seme tu bukan bermakna raya bagi kita tak best langusng.
>Malah, terus terang kita kata, raye masa tu lebih meriah dan
>best jika nak compare dengan raya zaman sekarang.
>
>Biarpun pakai baju kurung dari pagi sampai ke malam, kita bangga
>sebab ianya dijahit oleh mak kita.
>
>Suasana hari raye  di kampung kita sebenarnya dah mula terasa
>start dari malam dua puluh tujuh dah.  Kami  tak panggil malam
>tujuh likur. Dah besar panjang nilah baru dengar nama malam
>tujuh likur.
>
>Malam tu, seluruh kampung terang benderang dengan kerdipan
>api pelita. Pelita tu bukan macam sekarang yg berkaler-kaler biru
>le..merah le.... tak gitu.
>
>Pelita kami tu, kami buat sendiri. Pakat reramai cari tin susu
>kosong kat kedai kopi. Cuci sikit dengan sabut kelapa, bukak
>dan tebuk lubang kat penutup atasnya. Ambek tali guni buat
>sumbu dia.  Sekarang ni, nak cari tali guni, tah ada....
>tah takde dah.... sebab sema dah gunakan guni plastik.
>
>Jam ni, kita berani betaruhla, kalau ada bebudak yg pandai
>buat pelita tu, kita sanggup terjun sungai. Sema main beli
>jer dah waktu ni.
>
>Malam 27 itu juga, surau selalunya penuh.  Bagi mak-bapak,
>biaserlah. Mereka pi semayang terawih. Kami yg bebudak ni,
>main polis sentri ke... atau main sorok-sorok ke... untuk
>mengisi lapang sebelum tiba waktu menikmati moreh lepas
>org-org tua habis terawih.
>
>Balik dari surau, bukan main gelap lagi. Maklumlah, masa tu
>mana ada api kat kampung lagi.  Lainlah  halnya dgn ain iyon
>dan pabiyen uniten, celik jer mata dorang, api letrik dah
>menyala dlm kaca, air dah mengalir dalam besi.
>Time kita dulu kan mencelah, mana ader sema tu.
>
>Time balik dari surau, kami gunakan karok sebagai ganti
>lampu suluh. Tau apa menatang karok ni mencelah? Kita berani
>potong telingalah, takde sapa yg tau  sebab, kita sendiri
>dah naik lupa apa nama menatang tu. Puas kita menung
>mikirkan namanya, baru ingat.
>
>Kalau ain iyon tau apa menatang karok ni, kita berani kira burn
>saja duit kita yg dia pakai masa dia kena pick-pocket dulu.
>
>Karok ni kan celah, diperbuat drp daun kelapa kering.
>Ambil dua tiga batang pelepah kelapa yg mati, yakni kering.
>Potong dan buang pangkal pelepah tu sebab pangkalnya besar
>dan berat. Ambil bahagian tengah hingga ke hujung saja. Tapi
>tengoklah, kalau yg banyak daun tu, dua jer dah cukup. kalau
>yg kurus kering tu, kena banyak sikit.
>
>Kita ikat pelepah-pelepah tu dan gulungkan daunnya. Tak yah guna
>tali, memadai ikat dengan daun dia saja.  Siap.  Senangkan?
>
>Lepas tu boleh le bawak pi surau. Tapi kena hati-hati celah.
>Selalunya, kita terpaksa sorok karok ni bawah surau (surau
>kg saya masa tu, masih dhaif- jenis lama. Tapi kuat, diperbuat
>drp kayu asli seperti meranti dan merbau yg terkenal kuat dan
>tahan).
>
>Sebab apa nak sorok pulak karok ni?
>Hugh, kalau tak sorok, balik nanti, alamat merabalah
>dalam gelap sebab karok dah kena tibai dek bebudak
>jantan.
>
>Bebudak jantan ni kan celah, memang nakal.  Ada jer yg dorang
>dajalkan kami. Kalau tak curi karok, dorang sorok selipar
>kami.  Dan bebudak ni jugaklah  yg kaki curi lilin yang
>dipasang di sekeliling sebuah rumah.  Rumah ni kan celah,
>kalau nak tau,satu-satunya rumah yg pasang lilin sebab
>dia orang kaya iaitu wakil rakyat cap kapal layar, parti perikatan.
>
>Kami yg lain ni, mana larat nak beli lilin. Tin kosong yg kami
>jadikan pelita tu la jadi pengganti lilin.
>
>Balik dari surau, kami bebudak pompuan selalunya terus balik
>rumah.  Masa tu akak-akak sibuk buat kueh. Kueh  goyang,
>cincin, siput, sagu, keling dan beberapa jenis lagi.
>
>Sayangnya, bila dah besar panjang ni, kita tak pernah nampak
>dah kueh-kueh tradisional ni.  Pi la beraya  masa raya nanti.
>Jangankan di bandar, di kampung-kampung pun, kueh-kueh ni dah
>dilupakan. Yg ada, mungkin bahulu saja.  Itupun, mak yg
>beriya-beriya nak buat.  Nak harap akak, tak hingin deme.
>
>Time buat kueh ni kan celah, kenkandang sampai time waktu sahurpun
>akak-akak tak siap lagi.  Kamipun tumpang semangkok jadi tukang
>rasa sama ada sedap atau tak.  Tapi yg selalu kami dapat ialah
>yg hangus-hangus saja.   Maklumkan, time tu mana ada microvawe ke,
>oven ke... suma pakai dapur arang jer. Bayangkanleh memcelah!
>
>Bebudak jantan pulak, biasernya balik dari surau, dia orang
>tak terus belik rumah. Misti singgah tempat bebudak muda main
>meriam karbait.  Tau macam mana meriam karbait ni? Mungkin
>mencelah tau kot sebab permainan ini popular di pantai timur.
>
>Tapi bebudak muda di kg kami tu pakai buluh yg sebesar paha
>saja. Manakala di pantai timur, dengar-dengar ceritanyademe pakai besi 
>paip,
>  yang sebesar paha jugak.
>
>Hugh. Seronoknya berpuasa dan mengharungi malam 27 masa kecek-
>kecek dulu di kampung halaman. Terlalu banyak kenangan, peristiwa
>dan kisah-kisah manis yg sukar untuk kita lupakan.  Tapi
>di ruangan yag agak terhad ini, kalau nak cerita semua, sampai
>raya cina nantipun tak habis cerita ni nanti.
>
>Alangkah ruginya budak-budak zaman sekarang yang tidak sempat
>menikmati kemeriahan dan keseronokan malam 27 ini.  Kalau adapun,
>ianya tidak semeriah dan sehebat zaman dulu-dulu.  Menjelang malam
>27 yg bakal menjelma beberapa hari lagi, bawalah pulang anak-anak
>ke kampung.  Mana tau, anak-anak anda mungkin dapat menikmati
>kemeriahan malam 27 jika kampung anda masih meneruskan
>budaya menyambut malam dua puluh tujuh dengan penuh kemeriahan.
>
>
>SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
>
>Mawarberduri
>
>
>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibrahim Imran" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke