*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendapat sdr saya boleh terima. Ini mungkin kerana di
luar jangkaan Proton bahawa permintaan (demand) untuk
waja ni menggalakkan. Saya difahamkan production masih
lagi slow bagi mengelakkan sebarang kerumitan berlaku.

Tentang afta, memang harga akan turun tapi bukan turun
sebegitu byk seperti yg org jangka. Sebab ramai org
jangka harga kete akan begitu murah. Hanya semua kete
akan kena tax yg sama. itu jer. 

Saya memikirkan bahwa sekiranya proton gagal dlm
project waja ini, ianya akan bermakna gagal dlm
ekonomi negara sebab dibawah payung proton,vendor dan
pengedar seramai lebih 40 000 pekerja yg terlibat.

Dan kalaupun kerajaan bertukar, iaitu BA yg
memerintah, salah satu dasar yg kena di jaga ialah
industri kereta. That is the fact.Ianya macam dasar
universiti tempatan dll. Cuma saya rasa kali ni PROTON
mungkin lagi quality di bawah BA la kut!



--- Tiang Jawi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >
Assalamualaikum w.w.
> 
> Ingin turut mencelah.
> 
> Saya memang berhajat untuk memberi waja, sebagai
> kereta ketiga keluarga.  
> Walau bagaimanapun keputusan tersebut terbantut
> kerana jurujual EON sendiri 
> tidak tahu jangkaan kereta tersebut boleh
> diperolehi.  Waktu saya 
> bertanyakan itu kira-kira seminggu selepas
> dilancarkan jualan.  Saya 
> tangguhkan niat kerana rasa amat tidak patut kita
> menempah barang yang entah 
> bila baru kita boleh dapat.  Tambahan pula bayaran
> tampahannya tidak sedikit 
> (RM 3k).  Saya congak kalau seorang 3k, ada 30k
> orang menempah, 
> senang-senang dapat kumpulkan RM90 juta. Yang
> menempah tidak mendapat 
> apa-apa dalam jangka waktu itu, malahan harga
> tempahan tidak semestinya 
> harga sebenar jual-beli.  Kalau ternaik harga kereta
> itu, naiklah harga 
> jualbeli.  Saya rasa sepatutnya bayaran tempahan
> tidak sepatutnya setinggi 
> itu, mungkin sekadar RM 500 - 1000.  Lainlah kalau
> 1-2 minggu kereta boleh 
> diperolehi.
> 
> Saya tangguhkan niat sehingga Q nya dah berkurangan
> dan dalam masa yang sama 
> segala masalah awal dapat diatasi dan diperbaiki. 
> Saya naik risau kerana 
> inilah kereta nasional pertama yang ingin saya beli
> setelah didengari dengan 
> berbagai masalah kereta nasional lain sebelum ini.
> 
> Ada beberapa perkara utama perlu kita fikirkan dalam
> memperkatakan masalah 
> kereta baru.  Pertama asas pergerakan kereta.  Ini
> termasuklah injin, gear, 
> brek, suspensi dll.  Ini tidak sepatutnya ada
> kecacatan major sebab amat 
> merbahaya.  Injin waja tiba-tiba mati tidak
> sepatutnya berlaku.  Bukan 
> sahaja memalukan tuanpunya tapi yang lebih penting
> amat merbahaya.  
> (Sayangnya pengeluar waja tidak mempunyai perasaan
> seperti ini). Dalam hal 
> waja, satu kes telah dilapurkan dalam forum autocom.
>  Nasib baik hanya motor 
> yang sodok waja tersebut.  Kalau ditakdirkan lori
> atau bas ekpres .. kan 
> lain ceritanya. Dalam satu lagi kes, setelah
> beberapa hari dalam bengkel 
> EON, masalah injin mati masih lagi berlaku pada
> kereta tersebut.
> 
> Masalah kemasan dalaman, reka bentuk, aksesori dll
> adalah lebih bersifat 
> individu pembeli. Tak ada satu kereta pun yang dapat
> memberi kepuasan kepada 
> semua orang.  Mercedes C200 model baru yang di
> pamerkan di KL tempuhari pun 
> saya komen dashboardnya. Yang penting akesori ini
> mesti berfungsi dengan 
> sempurna.  Tidak seperti 'power window' pada wira
> sebelum ini.  Sungguhpun 
> Proton mendakwa power window waja jauh lebih baik
> dari keluaran sebelumnya, 
> tapi dah banyak rungutan terhadap power window
> khususnya belakang sebelah 
> kiri.
> 
> Saya sebagai warga Malaysia amat-amat sangat supaya
> Proton lebih 
> profesional.  Biar kurang bercakap dari diketawakan
> orang.  Ingat tak apa 
> yang orang besar proton kata ketika perlancaran
> dahulu.  Waja akan menyaingi 
> kereta-kereta seperti Audi, Accord dan yang setara
> dengan kelasnya.  Hanya 
> mereka yang kurang tidur dan termengigau sahaja yang
> akan percaya dengan 
> kata-kata ini.  Sebab waja gagal membuktikannya,
> setidak-tidaknya sehingga 
> kini.
> 
> Dan setelah semua masalah utama ini dapat diatasi,
> dan setelah Qnya 
> bertambah pendek, InsyaAllah barulah saya masuk Q. 
> Jika tidak mungkin 
> Sentra atau Corolla ataupun PV6 ataupun tunggu lagi
> sehingga AFTA.
> 
> 
> sekian
> 


____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?john=20lee?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke