*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum sdr zairin,

Sepertimana sdr, saya juga mulanya terfikir begitu. Tetapi saya kira, 
perjuangan Lt Adnan adalah mengambil kira pada suasana dan situasi masa 
tersebut, iaitu mempertahankan tanah air tercinta untuk anak cucunya. Apa 
yang berlaku selepas pemergiannya adalah masalah atau isu lain....iaitu 
sesuatu yang di luar pengetahuannya.

Tetapi kepada kita yang masih hidup lagi sekarang....persoalannya adakah apa 
yang berlaku di negara jiran itu dapat kita jadikan iktibar? Mengapakah kita 
bangsa Melayu masih bercakaran dan tidak bersatu sehingga kepala kita hendak 
dipijak oleh bangsa lain pun kita tidak peka? Ada rakan kita yang menyatakan 
yang penting ialah kita melihat pada Islam dan tidak melihat perbezaan pada 
satu-satu bangsa...kerana kita semua datang dari sumber yang sama...iaitu 
Adam dan Hawa. Tetapi tidak terfikirkah kita bahawa sebagai orang Melayu 
yang beragama Islam pun kita masih tidak mampu untuk menguruskan diri 
kita....bagaimana kita nak menyakinkan pada bangsa lain bahawa Islam itu 
medium yang paling baik untuk menyatukan umat? Mengapa bangsa melayu masih 
lagi melihat bahawa saingannya yang paling kuat adalah bangsanya 
sendiri....sehingga perkataan hasad dengki, khianat, fitnah dan 
jatuh-menjatuhkan masih berlegar-legar dikalangan bangsa kita? 
Persoalannya...apakah yang sebenarnya kita belajar dari sejarah?

Jikalah Lt Adnan masih hidup dan menyesali pengorbanannya...apakah bangsa 
kita yang masih hidup sekarang.......dikasari oleh polis dalam perhimpunan, 
dipenjarakan, dianiaya, hilang mata pencarian, dihina, difitnah......wajar 
merasakan pengorbanan mereka sesuatu yang sia-sia? Siapakah yang berada 
dalam pasukan polis....bukankah rata-ratanya orang melayu.....siapakah yang 
berada dalam ATM........bukankah mereka kebanyakannya orang melayu? Dan 
persoalannya.....siapakah orang yang sanggup ramai-ramai memperjudikan nasib 
mereka dalam perhimpunan yang mendatangkan risiko tersebut....kalau bukan 
orang melayu juga. Kisah kedukaan, kesakitan, kesengsaraan, kematian dan 
berbagai lagi yang negatif berterusan berkisar dalam masyarakat 
melayu....tetapi yang mengaut keuntungannya adalah bangsa 
lain..........Bangsa lain ini akan terus hidup dalam keselesaan, kemewahan 
dan kebahagiaan atas penderitaan dan kesusahan yang dicipta oleh bangsa 
melayu itu sendiri.....dan jika kita masih tidak sedar sekarang......tidak 
ada bezanya jika kita tidak akan sedar-sedar pada masa akan datang. Fikirlah 
bersama.....

Atas kesempatan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir 
Batin.

sham




>From: zairin <[EMAIL PROTECTED]>
>To: hizbinet <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Kenangan lalu
>Date: Fri, 22 Dec 2000 06:17:26 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Netter;
>  Bila lihat filem LT Adnan terfikir saya tentang semangat perjuangan
>yang cuba ditonjolkan oleh ATM tentang peranan RAMD dalam mempertahankan
>tanah melayu.Young officer dari batalion ke 2 RAMD cuba mempertahankan
>BUKIT CANDU.Tapi kalau kita ke Bukit Candu sekarang ini siapa agaknya
>ramai disana,dan negara itu sekarang ini milik siapa agaknya.Kalau LT
>Adnan masih hidup mungkin ia amat menyesali keputusannya mempertahankan
>BUKIT CANDU  sehingga titisan darah terakhir.
>
>
>MORAL:: Teringat masa bapa saya bercerita tentang operasi GUBIR,Sempadan
>dan di Serawak semasa di 11 RAMD dan 25 RAMD dalam tahun 70an sehingga
>80an.
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: zairin <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke