KALAULAH AQIDAH PANJANG SEJENGKAL JANGAN LAH LAUTAN AGAMA HENDAK DIDUGA......Sahabat.....hanya yang  benar untuk ditolong..... jangan merasa tergugat.....demi kebenaran....Saya sokong kalau Pas perjuang Allah dan Rasull.

Yaish wrote:

alQubah,
Tolonglah. Kerja saya semakin meruncing dibuatkan oleh awak ni. Macam mana nak yakinkan pihak lawan yang kita berada di pihak yg. menegakkan kepentingan Melayu.

Syariat Islam memanglah PAS tak dapat nak laksanakan kini oleh sebab kuasa politik mereka adalah setakat negeri-negeri saja. Macam mana depa nak laksanakan syariat Islam, contoh seperti dinegeri Kelantan. Siang-siang lagi sudah digertak oleh pusat supaya tak boleh dilaksanakan.

Kita pula yang memegang kuasa kini, syariat Islam tertegakkah?

Pasal menyokong orang kafir jangan salah faham alQubah. Kita pun menyokong mereka juga. Dgn. pelajaran agama yg. saya ada, tidaklah salah org. Islam berkawan atau menyokong org. kafir, ................ selagi org. kafir tersebut tidak mengugat Islam. Juga perlu di ingatkan bahawa sesiapa saja, walaupun mengugat Islam, perlu kita menyingkirkannya.

Kerusi Mahathir timbul pula pasal apa. Setahu saya dalam umno kita pun org. tengah mengendeng kerusi tersebut. Saya tidak nampak apa-apa kesalahan untuk kesampaian kerusi tersebut. Alangkan anak saya bercita-cita nak jadi p.m. bila besar. Saya percaya ramai lagi anak-anak org. melayu kita berkenankan untuk duduk di kerusi tersebut.

Jual agama untuk kerusi. Dapat alQubah buktikan mana-mana puak yang sanggup berbuat demikian. Samada puak tersebut dari kitakah maupun PAS kah kalau betul dapat alQubah buktikan dapat saya ketengahkan kepada exco Pemuda nanti.

alQubah, saya menasihati kita jgn.lah terikutkan emosi nak menghentam saja puak PAS ni. Hentam dgn. bernas dan bukti sekali barulah penumbuk kita terkena sasarannya. Ini menumbuk angin saja.

Sebelum saya akhiri, Selamat Berhari Raya, Selamat Memandu Dgn. Cermat dan Maaf Dzahir dan Batin jika terkasar bahasa dan maksud.
 

alQubah wrote:

Assalamualaikum..........

Nak tegakkan syariat islam konon ,mana satu syariat pun pas tak kenal.menegakkan syariatlah tu menyokong orang kafir memampuskan saudara islam sendiri....
 

Oh Kerusi Mahathir ..banyaknya orang teringin padamu
Ada yg sanggup jual agama kerana mu kerusi

___________________________________________________
 

Yaish wrote:
Dasar Islam adalah memperlaksanakan syariat Islam, seperti yang saya
lihat PAS lakukan.

Yaish wrote:

Fakrull,
Periksa dgn. ilmu tak salah tapi jika tak dapat kepastian kita masih ada Hadis Nabi dan Al-Quran sebagai penyuluh kita umat Islam.

Saya ada bertanyakan kepada rakan PAS saya kenapa mereka begitu beriya sangat nak menyokong SUQIU maupun bangsa cina. Mereka memberitahu tolong tu setahu mereka tak ada pun. Menolong sesama orang Islam dan yang memerlukan pertolongan adalah. Mereka ada juga bertanya kepada saya, tahukah apa dia tu permintaan Suqiu yg. 17 itu? Setahu rakan PAS saya itu 15 dari 17 tuntutan itu mereka boleh terima tetapi yg. mana melanggar hak keistemewaan Melayu mereka tolak. Juga surat khabar Star hari ini muka surat 2 ternyata benar PAS ada menyatakan mereka tidak menyokong hak keistemewaan Melayu di usik. Jadinya Fakrull, janganlah menuduh pihak PAS bukan-bukan. Kalau ada kebenarannya saya dapatlah juga sekali sekala pekenakan kepada kawan PAS saya. Ini tidak. Mereka kata kita ni pandai saja menuduh tapi bukti .................

Pasal nak sokong Mahathir, alangkan saya tak dapat menyokongnya lagi. Macam mana nak hormat ketua yang takut ke mahkamah bila dipanggil.

Masalah sekolah wawasan ini sebenarnya adalah kerana perbincangan tidak diadakan di antara pihak yg. terbabit. Kerajaan hanya nak implementasikannya tapi perbincangan tak ada. Habis siapa tak marah. Saya ingin bertanya pada Fakrull, buatnya kantin sekolah disatukan macammana boleh kita jamin anak atau cucu kita makan makanan yg. halal? Pintu masuk sekolah wawasan diadakan satu atau berapa? Bayangkan kalau sek. keb. pun ada kes gangsterism lagi campur-aduk macam mana pula.

Fakrull kalau nak sokong tindakan Mahathir tu sokonglah, tapi mempertahankan bangsa Melayu tu bukan atas dasar Islam. Dasar Islam adalah memperlaksanakan syariat Islam, seperti yang saya lihat PAS lakukan. Juga, Allah tidak di mileki oleh sesiapa. Tolong jangan mengada-adakan tohmahan terhadap pihak PAS kalau ya pun marah pada diaorang. Tak adapun PAS mengaku Allah milek mereka saja.

Sekian. Wassalam.

Berhati-hati ketika memandu semasa musim perayaan ini.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamuaalaikum....
PERIKSA DENGAN ILMU BUKAN DENGAN YANG LAINNYA....KENYATAAN PAS SEKARANG CONDONG MENYOKONG CINA.....KENAPA TAK SOKONG MAHATHIR DALAM ISU SEKOLAH WAWASAN DAN APA MASAALAHNYA...?DALAM BAB NI TERANG TERANG SAYA SOKONG TINDAKAN MAHATHIR....TAHNIAH KEPADANYA DAN TERUSKAN PERTAHAN BANGSA MELAYU ATAS DASAR ISLAM.......Allah tu bukan milik Pas tapi Tuhan sekelian Alam....

Yaish wrote:

Fakrull,
Tujuan tulisan saya bukanlah nak menyatakan sokongan kpd. pihak PAS, ............ secara buta tuli. Tujuan adalah kita puak umno ni dah pereksa diri kita sendiri yang kita saja benar. Dari tindakan pihak kita nampak sangat kita ni sebegitu hina sekali di pandangan org.-org. Islam kebanyakkan. Contohnya, pemimpin kita menyatakan pilitik tidak boleh masuk ke masjid. Bukan kah Islam itu menyuluruh, termasuk dgn. politik. Juga tindakan timb. ketua pemuda lagak cara macam samseng mengenai hal suqiu. Itu sebabnya alangkan bangsa cina pun melihat umno ni sudah tak boleh di percayai. Dgn. sebab itu kita tumbang di Lunas, sokongan bangsa cina merosot.

Mengenai pereksa dalam-dalam perihal PAS ni, lagi dalam saya dampingi puak ni lagi nampak kebenaran perjuangan mereka untuk menyinarkan syiar Islam. Itu sebabnya, kawan-kawan kita dalam umno mestilah jgn. emosi sangat nak menegakkan yg. kita saja betul. Mereka di PAS berpegang pada hadis dan Quran, jadi macam mana nak kata kita betul. Jadi persoalan mengenai Syiah tu tidaklah benar kerana hadis pun mereka pegang.

PAsal sakit hati tidaklah tetapi saya cuma mengajak supaya kita perlu juga berdamping dgn. pihak lawan supaya pandangan mereka yang baik dan bernas kita boleh ambil.

Sekian. Wassalam dan Selamat Berpuasa.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamualaikum....sahabat..
Jangan jadi penyokong yang membuta tuli......periksa dalam dalam.....Kalau inilah alasan anda menyokong pas nyata anda dah tersilap.........saya menyokong tulisan ustaz qubah nyata lagi benar.....kepada saudara saudara di dalam pas janganlah anggab ini satu perkara yang sengaja untuk menyakiti hati sahabat sahabat....sebenar  inilah perkataan perkatan yang pahit terpaksa di luahkan demi kita adalah saudara dan semoga Allah tunjuk akan jalan yang terang kepada mereka yang bercita nak kan Islam.....Wassalam

Yaish wrote:

alQubah,
Pulak lagi seorang hamba Allah perlu saya jawab teguran.

Saya terkejut juga bila alQubah maklumkan mengaitkan PAS dgn. kumpulan Wahabi & Syiah, .............. sebagai saudara seIslam ya-lah.

Sepanjang pengenalan saya dgn. org.-org. PAS ini, tidak ada pulak unsur-unsur mengikut atau untuk menegakkan Islam cara Syiah maupun Wahabi. Setahu saya mereka hanya mahukan negera Malaysia melaksanakan syariat Islam, tidak pulak dinyatakan untuk menegakkan mengikut Wahabi maupun Syiah.
Walaumacam manapun, memandangkan alQubah telah nyatakan sedemikian, saya  akan bertanyakan kepada Ustaz yang berat kepada PAS mengenainya. Eloklah kita usul periksa mengenainya dari kita melulu mengikut pemimpin negara kita sedap saja menuduh.

Mengenai umno dan PAS berbeza. PAS setahu saya perlembagaannya menyatakan ingin mendaulahkan Islam. umno pula tiada dinyatakan begitu.

Pasal berapa ramai alim di puak PAS, tak tahu pula saya. umno pula macam mana? Tapi ahli-ahli PAS sekurang-kurangnya terang-terang mahukan Islam. Kita umno macammana.

Saya cadangkan kita mesti bersama mendengar dan berbahas dg. ustaz-ustaz yg. condong pada PAS ini supaya penerangan sebenar dapat kita bentangkan.

Wassalam.
 
 

Yg. bukan Syiah,
Saya

alQubah wrote:

Assalamualaikum.........
PAS dan umno sama saje...
MANA ADA SUNNAH DALAM WAHABI DAN SYIAH.Tak tahu ke dgn pas mereka jadi kuat.
Rasul dahulu dikelilingi org kafir,tapi banyak yg masuk islam.
Tapi Umno tu dah islam tinggal nak ajar sikit saja lagi itu pun pas takleh buat.Mana ada pas nak membela islam dan orang melayu.Apakah anda mahu pas sesatkan generasi anda dengan aqidah syiah dan wahabi.Dalam pas berapa kerat je yg alim.Itu pun mereka tak kenal dgn puak hangpa yg bercakap dalam hizbi ni.Ketahuilah perjuangan anda takkan kemana...
Walaupun saya bukan umno tapi bersongkol dgn pas (wahabi, Syiah) tidak sekali......
Ketahuilah syiah itu pembohong .Dia hanya berpura-pura dgn anda .Dalam mazhab mereka kita ini najis bagi mereka.Jangan anda tertipu.......
==============================================================================
 
 
 

Yaish wrote:

Fakrull,
Macam saya tulis terdahulu, gaya awak ni mengapi-apikan. Tolonglah, kalau nak berbahas
hendak menarik orang ke umno (kalau boleh!), bahaslah dgn. cara tertib.

Saya perhatikan orang-orang PAS sekurang-kurangnya cuba memahamkan kpd. org. ramai,
termasuk diri saya sendiri mengikut apa-apa yg. terkandung didalam Al-Quran ataupun Hadis
Nabi. Dengan berpandukan kpd. dua perkara tersebut, Nabi Muhammad telah bersabda umat
Islam tidak akan sesat.

Cuba yakinkan kami dan berpandukan kepada apa supaya dapat menunjukkan umno sepenuhnya
mengambil syariat Allah. Janganlah berkokok saja, tujuan pokok untuk menyakinkan org.
Melayu kepada umno tak di laksanakan oleh Fakrull, pemuda umno.
Bukankah pemuda umno ditugaskan cuba menyakinkan kembali Melayu kepada umno. Jadi
lakukanlah, Fakrull. Bahas elok-elok, dgn. cara tenang dan jangan secara emosi.

Sekian, nasihat dari saya.
Selamat Berpuasa.
Wassalam.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

> assalamualaikum...
> Apakah dengan akidah yang bercampur baur Sunnah,Syiah,Wahabi dan lain lain menunjukkan
> Pas bersungguh sungguh nak menegakkan negara Islam ....Soal Aqidah adalah yang
> asas.....Wassalam.
>
> Yaish wrote:
>
> > Fakhrull,
> > Nampak sangat hang punya gaya ni macam gaya pemuda umno saja, ............. cuba
> > mengapi-api. Taktik ni dah basi dah.
> > Apa pun yg. nak Fakhrull katakan, selagi pihak kerajaan tidak bersungguh-sungguh
> > mendirikan syariat Islam, rakyat Islam umumnya akan menolak kerajaan sedia ada. Jika
> > benar umno hendak tegakkan syariat Islam, dengan mengubah perlembagaannya, sudah
> > tentu PAS, menurut kata Tuan Guru Nik Aziz, akan dibubarkan.
> > Bukankah senang nak meniadakan PAS!!!
> >
> > Wassalam.
> >
> > [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamualaikum ...Tak reti langsung....kalau tahu sikit sikit boleh kira
> > > juga.....langsung tak tahu...yang dia tahu hentam keromo dan orang lain tak
> > > betul....dalam ceramah dah macam tu nak buat guana...Pas..Pas...!.Kesian pulak
> > > tengok anak2 buah ulama' begini gaya...wassalam
> > >
> > > Temingat Di Belantara wrote:
> > >
> > > > W'kum,
> > > >
> > > > Yang tersungkur di Bukit Jenalek itu adalah dari puak-puak Tariqat/Sufi
> > > > yang menjadi pegangan Al-Qubah & co ini; kononnya Islam bukan setakat
> > > > politik semata-mata, kononnya cara pilihanraya ini bukan cara Islam, ini cara
> > > > Yahudi etc.
> > > >
> > > > MELIHAT TULISAN2 AL-QUBAH SELAMA INI; ITULAH SEBENARNYA KESIMPULAN KEPADA
> > > > BEBERAPA TULISAN PENDEK-PENDEK BELIAU SELAMA INI!!
> > > >
> > > > Puak-Puak mirip Al-Qubah di Bukit Jenalek hari itu hanya memalukan PAS sahaja;
> > > > mereka terlalu percaya dengan ilmu 'tarikat/sufi' yg ada pada mereka hinggakan
> > > > berani menembak ke udara secara terang-terangan dalam sessi latihan menggunakan
> > > > senjata itu, kononnya kerana kawasan sekeliling Bukit Jenalek itu sudah pun
> > > > dipagar oleh Tok Guru mereka, jadi tak ada siapa termasuk Polis/Tentera akan
> > > > dengar bunyi tembakan tersebut.
> > > >
> > > > Kita ingatkan selepas tragedi Al-Maunah yang hampir memalukan PAS, tidak akan
> > > > ada lagi watak-watak yang sedemikian dalam hizbinet ini; alih-alih muncul pula
> > > > si Al-Qubah ini. Lepas tu lagi naik tocang bila si Penulis Upahan dari kem UMNO
> > > > Totok, sdra al-Fakhrull dok pi bagi api kat dia...."Tulis Qubah jangan tak
> > > > tulih; biaq budak2 PAS dalam hizbinet ini confuse dengan sistem p/raya yang
> > > > PAS dok ikut hari ini!!"
> > > >
> > > > Piiirah.....hangpa ingat budak-budak PAS dalam hizbinet ini kanyiaq-kanyiaq
> > > > belaka ka?
> > > >
> > > > -Temingat Dari Belantara-
> > > >
> > > > > Assalamualaikum.....
> > > > >
> > > > > Yg aku tahu tersungkur dibukit jenalek tu puak hangpa.............
> > > > > ================================================
> > > > >
> > > > >
> > > > >
> > > >
> > > > __________________________________________________________
> > > > This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke