Assalamu'alaikum,
 
Nice story.....but i don't buy a bit! Well, nice try, though....
 
Again.... you are slipping away, my friend!!!
 
Gotta check that head of yours!
 
----- Original Message -----
From: alQubah
Sent: Sunday, December 31, 2000 1:02 AM
Subject: H-Net* Pengalaman Manis Di Hari raya

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum....

Pada hari raya pertama,aku balik kampung,lepas sembahyang sunat hariraya maka seperti biasa menziarahi kawan-kawan seperjuangan kita (Pas).Aku pergi kesebuah rumah sahabat kebetulan disana ramai juga tetamu ,adalah lebih kurang 12 orang mereka asyik bincang-bincang orang ini tak betul orang itu tak betul,orang ini zalim orang itu zalim,macam-macamlah .yg paling serius dalam pengumpatan itu ialah iman kampung tu tiba-tiba dia bersemangat.Apabila sampai pada tajuk mencium tangan mahathir dan menyembah raja aku pun menyampuk.Apa hukum kelakuan menyembah raja tu?Pak imam dengan semangatnya berkata haram,tak boleh,berdosa ,syirik.Jadi aku tanya dulu ingat tak dalam tv (semasasa nik aziz angkat sumpah tak silap aku) didepan raja ,aku tengok macam yg lain juga cuma beza dia nik aziz pakai serban dan jubah.Mereka menjawab ya tak ya juga ,memang kami tengok pun gambar tu.Maka kata tok imam itu nik aziz lain ,dia tak sembah macam orang lain,dia tak tunduk sangat semasa bongkok tu.Maka aku pun teringat cerita orang tua-tua (mungkin cerita rekaan)dan aku katakan kepada mereka sebagai bandingan.Dulu ada seorang tok guru yg ramai anak murid.Dalam ramai-ramai anak murid ada seorang murid perempuan yg sungguh cantik ,apabila murid perempuan dan murid lelakinya berkahwin tok guru merasa sayang pulak  pada murid perempuannya itu.Tok guru pun mencari jalan....
Pada suatu hari tok guru pergi mengintai-ngintai dirumah muridnya yg baru kahwin itu.Apabila  sampai dibilik air kebetulan murid lelakinya sedang kencing menghadap kiblat.Keesokkan harinya
tok guru itu memanggil murid lelaki berkenaan dan berkata "engkau ni memang tak sayang bini"
Murid lelakinya menjawab,kenapa tok guru?
Jawab tok guru ,kalau kita kencing menghadap kiblat maka jatuh talak tiga.
Habis macamana ?tanya murid lelaki tu.
Kena cerailah...jawab tok guru.Setelah bercerai tok guru pun berkahwinlah dengan murid perempuan idamannya itu.
Setelah berkahwin murid perempuan itu dapati tok guru itu pun kencing menghadap kiblat juga.
Maka susah hatilah dia takut jatuh talak lagi.Murid perempuan itu pun bertanya pada tok guru kenapa kencing menghadap kiblat juga?Jawab tok guru itu "nampak saja aku kencing menghadap kiblat,sebenarnya tidak,kerana aku bengkokkan sedikit kote aku kearah lain.Oh begitu jawab murid perempuan tersebut yg sangat berpuashati dengan jawapan tok guru itu.

(Walaupun cerita ini mungkin rekaan orang tua-tua dulu.tapi cukup untuk dijadikan kiasan kepada tok imam yg keras pedal tadi dan tetamu-tetamu yg ada.)

Maka tetamu-tetamu tersenyum memandang aku.
Tok imam tadi ternganga.Aku mintak diri dan cepat pulang .....

Cerita diatas tidak untuk ditujukan kepada sesiapa,sekadar Pengalaman Manis Di Hari Raya.

Pohon Maaf Zahir Dan Bathin.

Wassalamualaikum.....

Alhaqir wal faqir,

alqubah

____________________________________________________________________________________________ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke