*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A/kum,
Ahli2 BA diminta supaya bertenang dan jangan gelisah/gundah gulana
dengan Isu Perpaduan Umno yg dipersetujui oleh barisan kepimpinan BA.
Tujuan BA pura-pura setuju dengan isu ini ialah kerana 2 strategi penting:-
1. Taktik BA untuk MENGHENTIKAN Umno/BN daripada terus mainkan isu
perkauman, Suqiu, Hak Istimewa orang Melayu dsb kerana ianya sangat
merbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia ini kalau isu ini terus
dimainkan Umno/BN. Lama kelamaan boleh membawa rusuhan antara kaum di
Malaysia ini. Tambahan jika isu hak istimewa orang Melayu terus dimainkan
ini boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap BA yang semakin
meningkat sejak akhir-akhir ini. Jadi BA pusat telah buat keputusan perlu
ada satu tindakan dari BA untuk menghalang Umno/BN daripada terus
menggunakan taktik kotor ini. Sebab itulah kita lihat isu Siqiu dah kurang
dimainkan oleh media-media masa BN sekarang ini.
2. Untuk menunjukan kepada rakyat M'sia yang PAS/KEADILAN lah yg sebenarnya
mahukan perpaduan dan bukannya Umno/BN. Org ramai akan nampak
siapa sebenarnya yg tidak mahu kepada perpaduan kalau Umno/BN terus mainkan
isu perkauman/Hak Istimewa org Melayu selepas ini.
3. BA mendapat untung kerana BA akan mendapat nama baik dan publisiti
yg meluas di media massa BN. Rakyat akan lebih mengenali BA dan
pimpinan2nya.
4. Helah PAS/KeADILan saje. Mesti ada format untuk perpaduan. PAS akan minta
Negara Islam, hapus kroni/rasuah dll sementara KEADILAN akan minta DSAI
dibebaskan dan perhimpunan reformasi jangan diganggu oleh polis/Fru.
Jadi tak mungkin Umno akan setuju dengan syarat2 ini. Maknanya isu Perpaduan
hanya sementara waktu saja yg dipersetujui BA in order untuk tujuan 3
perkara di atas.
Diharapkan penjelasan di atas dapat meredakan keresahan di atas.
BA sekali2 tak akan menggadaikan prinsip dengan permainan kotor BN.
Wasalam
Kedah Langkasuka
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "kedah langkasuka" <[EMAIL PROTECTED]>