*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
catatan syawal : debarnya menanti hadirnya syawal..
Tidak seperti tahun2 yang lalu, menanti ketibaan Syawal kali ni bagi ku..
penuh debaran dan kegelisahan..
sehinggakan beberapa malam sebelum tibanya syawal, aku bermimpi .. mencium
tangan mak.. mencium pipi mak.. memeluk mak.. memohon maaf dan menangis di
bahu mak... Ya Allah.. izinkanlah ianya menjadi realiti.. sudah terlalu lama
aku merindukankan detik itu menjadi nyata..
Sejak kecil, mak dan ayah tak pernah mengajar kami adap2 bermaafan di pagi
raya.. hari raya kami sama sahaja seperti hari2 yang lain.. yang berbeza
hanyalah juadah hidangan yang lebih istimewa daripada hari2 biasa..
Seumur hidup aku dan adik2.. tidak pernah langsung kami berkesempatan untuk
mencium tangan mak dan ayah.. apatah lagi mencium pipi dan menutur kata maaf..
tidak pernah sekalipun.. Setelah aku meningkat dewasa, rasanya begitu kekok
sekali untuk dimulakan adap bermaafan sedemikian rupa.. akhirnya tahun demi
tahun aku mengidam untuk merasai detik2 itu... dan aku harus lakukannya di
pagi Syawal 1421 ni.. tidak boleh tidak.. aku harus melakukannya.. itulah
tekad yang ku tanam dan ku baja sepanjang Ramadhan..
Hinggakan di akhir malam2 Ramadhan.. tidurku tidak lena.. aku berdoa setiap
masa dan ketika supaya Allah memanjangkan umurkan supaya aku dapat
melakukannya.. setiap hari penantian begitu menyeksakan.. Aku takut sekalinya
kiranya detik ini tidak sempat kulalui..
Subuh 1 Syawal 1421.. aku bangun seawal pagi.. adik perempuan ku masih lena
dibuai mimpi.. begitu juga dengan adik iparku.. maklumlah malam raya anak2
kecil mereka meragam hingga ke pukul 4 pagi.. Aku mandi sunat Syawal jam 5.30
pagi.. selesai solat Subuh, terus ku siapkan hidangan dan mengejutkan adik2ku
mandi sunat Syawal... Ya Allah, pagi Syawal ni terasa begitu berbeza dengan
Syawal-Syawal yang lepas.. terasa kelainannya.. Juadah pagi ku siapkan dengan
tenang.. segala rendang, lemang, nasi impit ku atur atas meja elok-elok...
setelah segala hidangan makanan dan minuman siap di atas meja.. mulut ku riuh
mengarah adik2 kecil ku mandi.. Kemudian aku memasukkan kuih2 raya ke dalam
beberapa bekas kerana selepas solat raya kami akan pulang ke kampung mak .. kg
40 Rantai..
Pukul 8 pagi semua adikku sudah bersiap berbaju melayu.. tidak sabar2 hendak
ke masjid.. setelah minum maka berlarianlah adik2 ku menuju ke kereta untuk ke
masjid.. Dan untuk kali yang pertama setelah sekian tahun... ayahku bangun
seawal pagi Syawal.. bersiap untuk ke masjid untuk solat sunat hari raya...
aku berhajat untuk pergi bersama tapi mak menghalang .. kata mak adik
perempuan ku masih tak boleh buka mata .. begitu juga adik ipar yang
perempuan.. masing2 tidur lewat semalam.. jadi aku perlu tunggu rumah untuk
siapkan apa yang patut.. Aah.. sedih .. tidak berkesempatan lagi aku untuk
bersolat sunat hari raya.. Tak apalah, getus ku dalam hati.. nanti kalau aku
berkeras, mak kecil hati.. lagipun keinginan aku untuk meminta ampun maaf,
mencium dan memeluk emak harus ku realisasikan sekejap lagi..
Kepala ku ligat memikirkan.. bagaiman harus ia nya kulakukan.. ?? sedangkan
upacara ini adalah upacara yang tidak pernah ada dalam agenda keluarga kami..
Selesai solat raya.. adik2 dan ayah balik dari masjid.. suasana di rumah agak
sibuk , bising dgn gelak tangis anak saudara ku yg berusia 2 tahun, 1 tahun
dan 8 bulan.. tidak tertinggal kerenah adik bongsu ku yang berusia 3 tahun
lebih... memang membingitkan tatkala adik bongsu ku mula berebut barang mainan
dgn anak saudara yang lelaki berusia 2 tahun...
Akhirnya.. mak berkata... haaa.. cepat2.. saper nak duit raya.. saper bergaduh
tak dapat duit raya.. mak masa itu sedang duduk mengisi sampul2 hijau.. adik2
ku pun semuanya telah bersiap.. berpakaian cantik.. aku melangkah ke arah
mak.. cehhh.. dengan selambanya aku berkata... '.. bagi laluan.. ni yong nak
lalu ni.." hmm... Aku terus bersimpuh.. pegang tangan mak.. dan cium
tangannya... kemudian aku mencium kedua2 belah pipi mak.. dan aku bisikkan
pada mak dengan nada yang tersekat-sekat..... 'Mak, Yong minta maaf... semua
dosa2 Yong tahun ni dan tahun2 yang dulu..." Aku menangis... mak jugak.. mak
bisikan.. :" MAK MAAFKAN.." mak menangis... dan akhirnya aku memeluk mak..
Ya Alllah.. bagaikan terasa beban2 kesusahan/kerungsingan/kedukaan/kewalaan
hatiku ... mengeluncur laju berterbangan ntah ke mana.... AKu terasa seperti
suci bersih.. seperti anak yang baru dilahirkan.. sedangkan sebelum ni.. aku
seolah mengheret berguni2, berpikul2 dosa dan kesalahan terhadap mak..
Drama sebabak yang tidak pun menceceh 60 saat itu mengejutkan adik2 yang
melihat... kemudian, sorang2 adikku datang pada mak.. minta ampun pada mak..
cium tangan mak.. cium pipi mak.... sayu hati ku... inilah yang pertama kali
tradisi bermaafan di pagi raya... terbit di rumah kami... walaupun hanya aku
seorang yg berlinanag air mata… ( mungkin kerana dek banyaknya dosaku pada
mak..)..
Dengan ayah aku hanya mencium tangan sahaja.. mohon ampun segala dosa.. tetapi
ayah tak berkata sepatah pun..
Begitulah sedikit catatan ku .. menanti detik memohon ampun maaaf dgn orang
tua.. mungkin bagi yg biasa punya tradisi begini .. ianya bukanlah sesuatu yg
pelik.. tetapi bagi aku.. ianya terlalu istimewa.. bertahun2 aku
mengidamkannya... dan Insya Allah.. ianya tidaklah sesusah yang aku
gambarkan.. betapa sebelum ni.. ramai sahabat yang menyuruh ku memeluk dan
mencium mak setiap kali keluar rumah.. tapi tak mampu ku lakukan.. kerana ia
bukan budaya yang diajar... dan setelah melakukannya untuk kali pertama..
Alhamdulillah.. aku yakin aku boleh menjadikannya budaya keluarga.. tidak
sekadar pada hari raya.. tetapi hari2 lain juga...
Dan sepanjang 1 Syawal itu.. aku melihat mak seperti diberi satu tenaga baru..
setelah seharian menjelajah – dari Ipoh ke kg 40 Rantai.. kemudian selepas
Asar dari 40 Rantai kami ke Ulu Dedap, Seberang Perak.. selepas maghrib dari
ulu dedap singgah pulak ke Changkat Tin .. kami sampai semula ke Ipoh hampir
12 tgh malam… aku tengok mak gembira betul.. masa mak dgn adik2 mak di 40
Rantai pun mak happy.. masa mak jumpa besan mak di Ulu Dedap pun macam tu..
masa di Changkat Tin.. jumpa opah (mertua mak) pun mak masih ‘segar’ lagi..
sedangkan aku tahu mak memang ada darah tinggi.. kalau berjalan jauh2 sikit..
mulalah diserang penin kepala.. tetapi kali ni tidak pulak… hmmm,, agaknya
inilah Anugerah Allah untuk mak syawal ini…
____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: mona mz <[EMAIL PROTECTED]>