Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - Share your holiday photos online!
http://photos.yahoo.com/


Dalam apa yang disifatkan sebagai gejala sosial yang semakin membarah
akibat
daripada kelalaian pemimpin UMNO/BN yang semacam hilang visi dan
pedoman,
pimpinan Muslimat PAS Sandakan telah mengorak langkah mengumpul
tandatangan
orang ramai bagi membantah kewujudan pusat-pusat maksiat 'berlesen' dan
yang
beroperasi cara haram yang 'tumbuh bagai cendawan' di Sandakan. Dalam
memorandum bantahan yang ditandatangani lebih 300 individu, Muslim dan
non-Muslim, pimpinan Muslimat PAS  menyatakan secara tegas bahawa pusat-

pusat judi dan tempat-tempat maksiat seperti disko dan kelab malam,
serta
iklan-iklan arak yang terpacak seluruh Daerah Sandakan, adalah
penyumbang
terbesar terhadap berleluasanya keruntuhan akhlak  dikalangan remaja dan
anggota
masyarakat. Penegasan ini dibuat dihadapan Timbalan Presiden, Majlis
Perbandaran Sandakan, En. Thomas Lau Chi Keong.

Dalam pertemuan dengan Tim. Presiden MPS itu, pimpinan Muslimat PAS
menyeru
agar MPS turut berperanan bagi menghentikan pemaparan iklan-iklan yang
mengajak masyarakat menjadi penagih arak serta menghadkan pusat-pusat
maksiat
hanya dikawasan-kawasan tertentu bagi menjaga sensitiviti umat Islam.
Tim. Presiden MPS berikrar akan membawa isu ini ke mesyuarat Majlis
Tindakan
Daerah pada masa depan.

eGroups Sponsor
Click Here!

To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]

JPEG image

JPEG image



Kirim email ke