*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini sudah masuk minggu ke-2 tahun 2001.

Sepanjang minggu lalu, dari awal hingga ke penghujung minggu kita digemparkan
dengan sekurang-kurang 3 isu yang begitu ketara dan menonjol sekali. Penarikan
balik tuntutan Suqiu, cadangan pertemuan PAS, ADIL, UMNO dan perletakan
jawatan 'Ketua Dewan Ulamak' UMNO Datuk Dr Hamid Bin Othman amat menarik untuk
diperkatakan.

Isu Suqiu sebagai contohnya; selepas pemimpin Suqiu dengan raut wajah yang
agak masam muncul di kaca TV bersama-sama dengan Datuk Hishamuddin, Ketua
Pemuda UMNO yang juga kelihatan sedikit berpeluh dengan wajah yang tak berapa
ceria mengumumkan akan penarikan balik beberapa tuntutan Suqiu yang menyentuh
apa yang disebut dalam bahasa politik sebagai 'hak-hak keistimewaan orang
Melayu' ; maka keesokan harinya surat-surat khabar milik kerajaan mula
memainkan peranan memuji-muji kejayaan UMNO memaksa Suqiu tunduk kepada
mereka.

Membelek-belek akhbar-akhbar perdana semalam; saya tidak berapa berminat
sangat untuk membaca temuramah susulan dengan pemimpin-pemimpin UMNO ini, cuma
yang agak menarik perhatian saya ialah kenyataan Pak Lah Badawi seperti yang
dilapurkan dalam Utusan Malaysia 7/1/2000:

"PULAU PINANG 6 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi berkata, terdapat segelintir golongan yang kecewa dengan tindakan
Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina (Suqiu) menarik
balik sebahagian daripada tuntutan mereka berhubung hak  keistimewaan
orang-orang Melayu semalam."

Ya, di sini saya selaku salah seorang rakyat marhain yang tak pernah
sabar-sabar hendak melihat era kejatuhan Dr Mahathir, dengan ini mengaku
bahawa saya sedikit terkilan kerana isu Suqiu ini selesai awal dari jangkaan.
Bukannya apa, dalam seminggu dua isu Suqiu ini berlangsung, saya sudah
sempat mempergunakan isu ini untuk mempengaruhi dan menyedarkan rakan-rakan
saya berbangsa Cina tentang perangai  Dr Mahathir yang sebenarnya.

Dalam jangkamasa 2 minggu lepas; saya cuba menguji rakan-rakan saya berbangsa
Cina untuk melihat apa reaksi mereka terhadap isu Suqiu ini. Boleh dikatakan
setiap orang rakan sekerja saya berbangsa Cina yang saya temui, saya buat
lawak sinis yang serupa kepada mereka.

Kata saya kepada salah seorang drpd mereka:

"Wei, hang tak mau balik awal ka hari ini; hang tak tau ka Cina dengan Melayu
tengah nak bergaduh ini?"

Tahukah tuan-tuan bahawa boleh dikatakan setiap mereka yang saya ajukan
pertanyaan ini, mereka memberikan jawapan spontan yang hampir serupa. Seorang
rakan saya yang saya namakan sebagai Sim dengan spontan menjawab:

"Apa ra....itu Mahathir sudah gila punya orang;  you mau main politik you main
politik sudah lah,  you pigi campur sama racial apa bikin!!"

Seorang lagi pula jawab:

"Itu gila punya orang tarak boleh pakai punya orang....Melayu kata apa
itu...NYANYUK!!"

Setiap kali mendegar jawapan-jawapan yang hampir serupa itu, saya jadi
tersenyum.

LEGA RASANYA!!

Yang bertambah lega lagi ialah apabila saya mendengar kata-kata yang lebih
kurang serupa dari seorang lagi rakan Cina saya yang pada masa p/raya 1999
dulu begitu setia dengan Dr Mahathir. Saya masih ingat lagi bagaimana beliau
lecture saya ketika itu; kata dia:

"Apa la you nie Din, itu Mahathir bukannya jahat sangat; kita boleh cari
makan, boleh kerja, tak ada gaduh-gaduh, itu sudah baguslah itu, apa mau
bising-bising lagi"

Kali ini, bila timbul isu Suqiu, bila saya berulang kali membuat lawak sinis
itu di meja beliau; rakan saya ini dah jadi terbalik 180 darjah. Menurut
beliau, apa yang Suqiu buat itu cumalah satu permintaan; ibaratkan kita ada 3
orang anak dalam satu keluarga, dan setiap orang anak itu membuat berbagai
permintaan, maka kita sebagai ketua keluarga kenalah tengok yang mana boleh
tunai kita tunaikan, kalau tidak boleh, tak payahlah tunaikan. Macam tu jugak
dengan kerajaan; mereka ada kuasa sama ada hendak menerima atau menolak
tuntutan berkenaan.

Kata beliau lagi:

"Kalau itu Suqiu punya demand tak boleh terima, you as a government, you
reject sajalah habis cerita; apa mau bising-bising lagi. You masuk campur sama
itu racial punya isu apa bikin.....ini gila punya kerja?"

Lalu saya kata kat dia:

"Aik, hang dulu bukankah sokong Mahathir?"

Jawab dia dengan spontannya:

"Itu dulu, sekarang bukan lagi!!"

LEGA SUNGGUH AIH!!!

Kerana itu, apabila isu Suqiu ini selesai pada penghujung minggu lepas; saya
adalah antara mereka yang agak kecewa kerana sesungguhnya jika isu ini
dibiarkan berlarutan, maka insyaallah ianya akan mempercepatkan zaman
kejatuhan Mahathir; kerana sesungguhnya sebagai orang Melayu saya sedar bahawa
rata-rata orang Melayu sudah tidak makan lagi dengan isu hak istimewa orang
Melayu ini kerana yang ada hak istimewa cumalah mereka-mereka yang rapat
dengan pimpinan UMNO, sedangkan rata-rata rakyat marhain seperti kita ini
kebanyakannya hanyalah ibarat melukut di tepi gantang saja jika kita perlu
apa-apa bantuan dari mereka. Selama ini pun yang memanjangkan hayat
pemerintahan UMNO hanyalah orang-orang bukan Melayu sedangkan rata-rata orang
Melayu sudah pun beralih angin menyokong BA.

KERANA ITU, SAYA CUKUP TERKILAN KERANA ISU SUQIU SUDAH LAYU SEBELUM MASAK -
KALAU NAK KATA AKAN JADI RUSUHAN KAUM; PIIRAH, TARAK NAK JADI RUSUHAN KAUM AIH
SEBAB RATA-RATA ORANG MELAYU SUDAH PUN BERSATU DI BAWAH BA; DAN PERJUANGAN BA
ADALAH UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEADILAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA.

SELAGI ADA BA, INSYAALLAH 13 MEI TAK AKAN BERULANG DI NEGARA KITA!!

Yang mengapi-apikan semangat perkauman dua tiga minggu ini adalah budak-budak
Pak Lah dalam GPMS yang pada bulan Jun 2000 lalu pernah mencadangkan supaya
pinjaman pelajaran pelajar-pelajar Melayu yg bersimpati dengan pembangkang di
IPT ditarik balik dan pada bulan November lalu pula berdentum-dentam
mencadangkan diwujudkan semula sekolah rendah dan menengah berbahasa Inggeris
- bukan nak mendaulatkan bahasa Melayu!

PIIRAH - GPMS PEJUANG MELAYU KEPALA HOTAK HANGPA!!

Kalau nak cakap pasal perjuangan Melayu ini; budak-budak mentah macam GPMS tak
payahlah nak bercakap pasal Melayu. Kalau nak tau pasal Melayu silalah masuk
ke sektor swasta macam rakan-rakan kita di sana nu; mereka lebih mengerti
tentang erti Melayu berbanding dengan budak-budak belia dalam GPMS yang tak
tau apa-apa itu. Atau pun, untuk berlaku adil kepada semua pihak; kalau nak
tau siapakah yang lebih Melayu antara PAS dan UMNO; mungkin ada baiknya kita
tanya orang-orang veteran yang apabila memasuki suatu tahap umur dalam hidup
mereka; mereka mula melihat isu politik negara dari sudut yang agak berbeda
berbanding ketika mereka sedang berkuasa.

Di sini saya petikkan tulisan Pak Lah Kok Lanas, kolumnis tetap Utusan
Malaysia, merupakan penyokong setia Dr Mahathir dulu kini dan selamanya;
dalam Utusan Malaysia 24/12/2000 beliau  menulis:

"Mahfuz Omar, Ketua Pemuda Pas bukan bodoh, dia dan Pas tidak menentang hak
istimewa orang Melayu, apa yang dipertikai ialah cara ia dilaksanakan. Dan
Pemuda UMNO mahu berdebat, tidak nampak lagikah kerosakan daripada perbahasan
itu yang akan ditanggung  oleh kerajaan dan UMNO?

Pas tidak berdalih tentang hak istimewa orang Melayu. Kalau boleh Pas mahu
rakyat Malaysia semua dikenali sebagai Melayu dan hari Jumaat cuti umum bukan
hari Ahad. Ucapan Dr. Burhanuddin Helmi dan tokoh-tokoh Pas dalam Parlimen
antara 1959-64 amat jelas dan Pas belum lagi menggugurkannya. Kalau mereka
baca Hansard bulu roma bukan Melayu naik ketakutan. Sedarkah "cerdik pandai"
dalam Pergerakan Pemuda UMNO tentang ucapan itu, sudah mereka baca dan buat
kajian mengenainya pada masa lapang waktu tiada cari peluang perniagaan? Hari
Jumaat sebagai cuti umum dikekalkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah."

HA - DENGAQ TU; BACA AYAT DEMI AYAT, DAN CUMA LIHAT MAKSUD TERSEMBUNYI YANG
PAK LAH, ORANG LAMA KITA INI INGIN SAMPAIKAN!!

Selama ini, PAS walau pun nampak lebih sebagai sebuah parti Islam, tapi kalau
kita tanya betul-betul kepada pemerhati-pemerhati politik tanah air seperti
Pak Lah Kok Lanas ini, mereka akan akui bahawa PAS selain memperjuangkan Islam
sebagai wadah politiknya, PAS juga adalah merupakan satu pertubuhan Melayu
Islam yang menjadi sebagai golongan pendesak atau pun pressure group terhadap
kerajaan bagi memastikan hak-hak orang Melayu tetap terpelihara di bumi
Malaysia ini.

KERANA ITU, MANA-MANA PIHAK YANG MASIH BERNIAT UNTUK MENGHARAMKAN PAS DARI
PERSADA POLITIK NEGARA INI, CUMALAH FIKIR LIMA ENAM KALI!

Kerana itu jugak sebagai seorang Melayu yang datang dari UMNO, kemudian
bersama-sama PAS, insyaallah untuk selama-lamanya; saya melihat berita
mutakkhir mengenai cadangan pertemuan enam mata antara pemimpin-pemimpin
Melayu dari PAS, ADIL dan UMNO sebagai sesuatu yang bukan memeranjatkan.

Ketika UMNO berpecah kepada UMNO baru dan UMNO lama (S46); PAS bersedia duduk
semeja dengan S46. Apabila UMNO baru berpecah lagi kepada UMNO Mahathir dan
Parti KeADILan; PAS bersedia menerima Parti KeADILan. Lalu, kini apabila UMNO
Mahathir sedang dalam keadaan sesak nafas, tercungap-cungap, mungkin kerana
menjadi semakin kecil dan tidak mampu lagi berpecah, cuba menghulur tangan
memohon simpati; PAS tiada pilihan lagi, kerana sesungguhnya sebagai saudara
satu keturunan dan terutamanya sebagai brother in Islam, PAS tak boleh lari
daripada tanggungjawabnya menerima kembali saudara lama yang kini sedang nazak
menunggu masa.

AKHIRNYA - UMNO SUKA KA TAK SUKA KA, PAS YANG SELAMA INI DITUDUH SEBAGAI 
PEMECAH PERPADUAN MELAYU, HARI INI DILIHAT ORANG SEBAGAI TEMPAT ORANG MELAYU 
MENGADU APABILA MEREKA MEMPUNYAI MASALAH!

Dan, secara ironiknya pula, dalam keadaan UMNO yang sedang nazak ini, 'Ketua 
Dewan Ulamak' nya iaitu Datuk Dr Hamid Othman yang dikatakan orang mewakili 
golongan cerdik pandai agama dalam UMNO secara tiba-tiba menghulurkan surat 
meletakkan jawatan; seolah-olahnya menggambarkan kepada kita bahawa kini tiada 
lagi orang-orang alim dalam UMNO.

Maka itu, secara sinisnya boleh kita kata bahawa dalam keadaan UMNO sedang
nazak ini, dalam keadaan UMNO sedang gering ini, dalam keadaan UMNO sudah
tiada bijak pandai agama dalamnya ini; maka dalam keadaan yang semacam ini,
jika ditakdirkan Tuhan UMNO menjadi jenazah; maka menjadi satu
tanggungjawablah kepada semua kita tak kira apa pegangan politik untuk
sama-sama tolong menyempurnakan 'mayat' UMNO ini.

Kerana itu, kita melihat kesediaan PAS menghulurkan tangannya kepada UMNO
bukanlah kerana faktor perpaduan Melayu semata-mata, tetapi lebih kepada
menunaikan tanggungjawabnya terhadap saudara seagama.

Politik Melayu Islam di Malaysia ini harus dilihat melangkaui sempadan
ideologi!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke