*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tu dia.....Utusan Malaysia dah mula memainkan peranan utamanya:

MELAGAKAN PAS DENGAN KEADILAN!!

PAS perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan
politik UMNO yang busuk dan membusukkan ini.

-Temingat Di Belantara-



Bukan sandiwara - Fadzil -- 
Pelawaan UMNO kepada Pas bincang perpaduan Melayu perkara serius

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor
menegaskan, perbincangan penyatuan Melayu inisiatif UMNO dengan
partinya bukan satu sandiwara.

Malah beliau yakin parti pemerintah itu tidak bersandiwara ketika
mempelawa Pas duduk semeja untuk membincangkan usaha
memantapkan lagi perpaduan Melayu.

Tegas beliau, semua pihak termasuk Parti Keadilan Nasional (Keadilan)
perlu melihat perundingan itu sebagai sesuatu yang serius dalam usaha
mencari formula terbaik menyelesaikan masalah perpecahan Melayu.

''Ini bukan sandiwara dan kita tidak bermain sandiwara tetapi mempunyai
niat murni untuk melihat umat Islam dan Melayu bersatu,'' katanya
kepada Utusan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad, yang akan meneruskan perbincangan penyatuan orang
Melayu walaupun tanpa penyertaan Keadilan.

Dr. Mahathir menegaskan, parti itu tidak mempunyai niat lain dalam
perbincangan tersebut selain mahu mencari kata sepakat bagi
mengelakkan orang Melayu berpecah belah.

Semalam Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa,
perpecahan orang Melayu sebenarnya tidak berlaku tetapi hanya di
dalam UMNO.

Beliau berkata, Pemuda Keadilan melihat penolakan parti itu sebagai
bermulanya agenda politik baru secara serius.

Fadzil selanjutnya menjelaskan, pihaknya tidak dapat menghalang
sekiranya ada pihak yang menganggap perbincangan itu sebagai
sandiwara.

''Kita tunggu dan lihat apabila perbincangan itu diadakan nanti,'' jelasnya.

Dalam pada itu beliau menghargai inisiatif UMNO menganjurkan
perbincangan itu jika parti pemerintah itu benar-benar ikhlas berbuat
demikian.

Ditanya mengenai hasil perbincangan itu kelak, beliau memberitahu: ''Ia
bergantung kepada perjalanan perbincangan tersebut.''

Mengulas kenyataan Ezam yang mendakwa Pas terperangkap dengan
media berhubung isu perbincangan itu, Fadzil menyangkal sama sekali
dakwaan tersebut.

Katanya, keputusan mengadakan perbincangan dengan UMNO dibuat
dalam mesyuarat di peringkat parti tanpa melibatkan pihak lain.

''Kita telah berfikir semasak-masaknya sebelum menerima pelawaan
UMNO tanpa dipengaruhi oleh pihak media,'' jelasnya.

Menurut beliau, Keadilan bebas membuat apa juga kenyataan berhubung
perkara tersebut.

''Jangan laga-lagakan saya dengan Keadilan,'' katanya yang enggan
mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Oleh: YUSRI SAHAT



__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to