Balqis Wrote:
 

SIRI SEJARAH PERJUANGAN PAS 

PAS -  PENGENALAN AM 
 PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS
adalah sebuah parti politik yang diluluskan
pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration
No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas
nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan
kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52. 

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah
memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di
dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya
menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian
lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara. 

Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah
lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi
mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut,
usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah: 

1. Menyeru  umat manusia kepada syariat Allah dan
sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara
lisan, tulisan mahupun amalan. 

2. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah
serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan
bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman
dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di
segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran,
ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. 

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan
menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi
memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat
dan berkebajikan. 

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan,
pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan
bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan
konsep dan pandangan hidup lslam. 

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi
memperbaiki susunan serta institusi-institusi
masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan
negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat
seluruhnya. 

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan,
persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang
tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan
selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak
bercanggah dengan undang-undang negara. 

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha
mengembangkan bahasa al-Quran. 

8. Memperjuangkan  wujudnya  kebudayaan  negara 
berasaskan  nilai-nilai  yang  tidak  bercanggah 
dengan ajaran lslam. 

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di
negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab
melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia
dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum
di dalam negara ini. 

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa
Bersatu serta badan-badan lain yang  sah bagi
mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi
manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman,
kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat
manusia. 

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam
batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi
mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
 

Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah
Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan
Qias yang terang dan nyata. Dengan tertakluk kepada
hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan
pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah
dan kekuasaan Muktamar. Akan tetapi Muktamar itu
sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang
terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan
Muktamar atau Mesyuarat PAS. 

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan itu dan
badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh
Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam
Perlembagaan yang tidak terkeluar daripada
kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam hukum
tertinggi PAS dan tidak berlawanan pula dengan dasar
PAS, maka sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura
Ulama ditubuhkan. 

Majlis Syura Ulama berkuasa menghurai, menjelas dan
mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam
Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran
mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan
mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah  supaya
dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh
mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi
serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta
kehendak-kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi
dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta
memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS.
Majlis ini juga berkuasa melantik ahli-ahli
jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada
fasal 75 Perlembagaan parti. 

Mengenai ahli PAS, hanya terdapat satu jenis sahaja
keahlian di dalam PAS, iaitu dinamakan Ahli PAS. Untuk
menjadi ahli PAS, seseorang itu mestilah Warganegara
Malaysia, beragama lslam, akil baligh menurut hukum
syarak, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS
dan peraturan, arahan-arahan serta keputusan-keputusan
parti dari masa ke semasa. 

Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti
tidak boleh menjadi ahli PAS tanpa mendapat kebenaran
bertulis daripada Naib Canselor universiti berkenaan. 

Permohonan menjadi ahli PAS hendaklah dibuat melalui
Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk
menjadi ahli atau jika ada sesuatu sebab yang
munasabah, maka permohonan bolehlah dilakukan terus
kepada Setiausaha Kawasan ataupun Setiausaha Agung
PAS.  

Seseorang ahli PAS boleh berhenti atau diberhentikan
daripada menjadi ahli apabila memohon atau
mengisytiharkan diri keluar daripada PAS, dipecat atau
menyertai mana-mana parti politik yang lain. 

Semua  ahli-ahli PAS hendaklah taat dan patuh kepada
hukum-hukum dan ajaran-ajaran lslam yang menjadi dasar
PAS, taat dan patuh kepada Perlembagaan parti serta
aturan dan peraturannya, taat dan patuh kepada
arahan-arahan dan perintah-perintah parti,
melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh
parti sedaya upaya yang boleh, menjaga dengan cermat
segala rahsia-rahsia parti, mengamal akhlak lslam,
mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan
yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti dan
menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan
lslam bagi diri di dalam negara ini. 

Semua ahli PAS berhak memilih atau dipilih untuk
memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh
dicadang untuk mewakili parti, berhak mengundi dan
diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang
terdapat di dalam Perlembagaan parti serta aturan dan
peraturannya, berhak menghadiri
perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti, berhak
memberikan pendapat dan pandangan kepada parti serta
berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh
parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan
parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang
demikian. 

Antara kewajipan-kewajipan ahli kepada parti selain
daripada yang disebutkan tadi termasuklah menunaikan
yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa
ke semasa, melaksanakan arahan-arahan dan
keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus,
menghadiri mana-mana kursus,  tamrin, atau perhimpunan
parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan,
memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang
ajaran dan hukum-hukum lslam, memperkuat kedudukan dan
menjaga kehormatan parti sama ada di dalam atau di
luar negeri. Pada amnya semua ahli hendaklah
melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti. 
 
 
 

"BULAN Ramadan; bulan yang di dalamnya diturunkan
(permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk tersebut serta
(ianya sebagai) pembeza (antara yang hak dan yang
batil). Maka barangsiapa di antara kamu yang
menyaksikan (hadir di tempat tinggalnya) pada bulan
itu hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut." (Surah
Al Baqarah:185) 

Kirim email ke