*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KERANA UMNO, MCA & MIC MENDERITA...

KUALA LUMPUR: Sejak kemenangan calon Parti Keadilan, Saifuddin Nasution, dalam 
Pilihanraya Kecil Lunas, cawangan parti itu di kawasan DUN tersebut bertambah
berlipat kali ganda dari sembilan cawangan kepada 25 cawangan.

Penghijrahan rakyat di Lunas menyokong Barisan Alternatif bukan sahaja terbatas kepada 
orang-orang Melayu yang semakin membenci Umno, malah rakyat dari kaum Cina dan India 
juga turut beramai-ramai meninggalkan MCA, Gerakan dan MIC di kawasan itu.

Apa yang berlaku di Lunas itu membuktikan bahawa rakyat bukan sahaja membenci Umno, 
khususnya Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed, malah MCA, Gerakan dan MIC yang
masih berdegil tidak mahu menerima realiti juga turut dihukum oleh kesedaran rakyat 
yang jauh lebih cerdik dari parti-parti utama Barisan Nasional itu.

"Kita telah pun menubuhkan 16 cawangan baru sejak kemenangan dalam Pilihanraya Kecil 
dahulu, menjadikan kesemuanya 25 cawangan Parti Keadilan di DUN Lunas,"
kata Saifuddin ketika ditemui di sini.

Dari 16 cawangan baru itu, kata beliau, enam cawangan ditubuhkan oleh rakyat dari kaum 
Cina manakala tiga cawangan lagi ditubuhkan oleh kaum India. Menurut Saifuddin, 
Keadilan bukan sahaja menerima sambutan dari golongan muda malah golongan yang berumur 
juga ramai yang meninggalkan parti-parti di dalam Barisan Nasional untuk menyertai 
parti itu.

Menurut beliau, Keadilan kini mempunyai 62 cawangan di Kawasan Parlimen Padang Serai 
di mana terletaknya DUN Lunas. PAS, menurut Saifuddin, mempunyai kira-kira
70 cawangan di Padang Serai.

Dengan perkembangan itu, bukan sahaja DUN Lunas akan dipertahankan oleh Barisan 
Alternatif malah Kawasan Parlimen Padang Serai sendiri dijangka akan dirampas
oleh Barisan Alternatif dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Dalam Pilihanraya Umum 1999 yang lalu, Saifuddin tewas kepada calon Barisan Nasional 
bagi Kawasan Parlimen Padang Serai.


_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke