*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ST DEDAHKAN HISHAMMUDIN MEMANG TAK MAHU DEBAT

KUALA LUMPUR: Akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan, Ketua Pemuda Umno Datuk 
Hishammudin Tun Hussein, sememangnya ingin melarikan diri dari berdebat mengenai 
pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu dengan Ketua Pemuda Pas, Haji Mahfuz 
Omar.

Akhbar itu 9 Januari lalu mendedahkan, sejak awal bulan lalu lagi, Hishammudin
sudah pun berhasrat untuk menarik diri dari debat itu. Namun, menurut akhbar itu lagi,
masalah yang utama baginya ialah bagaimana untuk menarik diri tanpa
mengakibatkan bencana besar kepada dirinya dan Umno.

Lantaran itulah, sebaik sahaja beliau merasa telah berjaya membuat untung untuk
Umno apabila Suqiu menarik balik tujuh rayuan mereka, beliau cuba menduga reaksi
ahli-ahli Umno apabila menyatakan hasratnya untuk menangguhkan debat dengan
Mahfuz.

Ahli-ahli Umno yang sememangnya langsung tidak meyakini kebolehan beliau terus
menyokong hasratnya itu malah, menurut ST, sebahagian dari mereka merasa beliau
patut membatalkan sahaja debat itu "ketika bintangnya sebagai pencipta damai
(dengan Suqiu) masih lagi bersinar".

Mungkin berasaskan sangkaan sedemikian jugalah Timbalan Presiden Umno Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi tanpa berlengah-lengah lagi bertindak menyelamatkan
Hishammudin apabila beliau mengarahkan debat itu dibatalkan.

Arahan Abdullah itu, menurut ST, memberikan peluang kepada Hishammudin
menamatkan apa yang mungkin akan menjadi kesalahan yang amat mahal harganya
terhadap kerjaya politiknya yang masih awal.
Selepas pada mulanya kelihatan beria-ia untuk berdebat dengan Mahfuz yang
menurut ST memanggilnya "pondan," Menteri Belia dan Sukan itu akhirnya menerima
realiti.

Menurut akhbar itu, para pembantu Hishammudin dan ahli-ahli Umno berkata,
walaupun beliau cuba memperlihatkan kesungguhannya untuk menonjol-nonjolkan
"sumbangan Umno kepada orang-orang Melayu," seterunya lebih berminat untuk
menjadikan debat tersebut sebagai pertandingan merebut pengaruh.


_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke