*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PENINDASAN Dr MAHATHIR "BODOH DAN JIJIK"

KUALA LUMPUR: Akhbar Washington Post (WP) menyifatkan penindasan yang ditimpakan oleh 
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed ke atas para penentangnya "kelihatan bodoh dan jijik, 
kerana ia hanya kelihatan menambahkan kekuatan
pembangkang".

Dalam rencana bertajuk "Crackdown in Malaysia," akhbar itu keluaran 9 Januari
lalu juga mendedahkan Dr Mahathir kini berada dalam ketakutan kerana Barisan
Nasional dijangka akan dihukum oleh rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum 2004
nanti.

Lantaran itulah, menurut WP, Perdana Menteri yang diseranah oleh ahli-ahli
partinya sendiri bersungguh-sungguh meranapkan para penentangnya dengan
"kekejaman baru (yang dipertingkatkan)".

"Setelah mengatur pemenjaraan bekas timbalannya, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim
dengan tuduhan rasuah dan liwat, beliau membalas demonstrasi para penyokong
Anwar dengan gas pemedih mata dan pembantaian," dakwa akhbar yang dikatakan
berpengaruh di kalangan dunia perniagaan dan para pelabur asing itu.

Walaupun Dr Mahathir bertindak memberkas para penentangnya, akhbar itu berkata:
"Tidak ada sebab untuk menjangkakan penindasan ke atas mereka akan
memperkukuhkan kuasa Perdana Menteri dengan lebih berkesan dari apa yang
dapat
dilakukan oleh tindakan keras sebelum ini".


_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari 
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke