alQubah wrote:

Sidi  Shariff dah bagi dah kan....
Nas tu TIDAK TSABIT. Nas itu cuma untuk WASILAH.

Untuk RABITAH masih tiada NAS.

NAs yang diberikan oleh Sidi Sharif adalah NAS untuk TAWASSUL dalam BERDOA.
 

 
________________________________________________

Abdul Rahman wrote:

 

alQubah wrote:

Mana NASNYE Al QUbah Oiii??.  Cepatlah sikit.
 

 

alQubah wrote:

Assalamualaikum..

Pertama-tama menolak rabhitah dan wasilah ialah AlAzazil.Sebelum Adam diciptakan dia telah beribadat dibumi ini selama 120,000 tahun.Dia adalah keturunan Aljan yg sangat soleh.Tiada satu tempat diatas bumi ini yg tidak menjadi tempat sujud beliau.Kemudian beliau diberi 2 sayap oleh Allah dan diangkat kelangit pertama.Disana beliau beribadat lagi sehingga Allah kurniakan 2 sayap lagi yg mana sayap itu lebih besar dari sayap tadi.Kemudian beliau diangkat kelangit ke 3,keempat seterusnya sampai kelangit ke 7.Allah memberi  kepadanya jawatan ketua segala malaikat.Semua malaikat menjadi muridnya.(nak tanya en. Abd rahman ; sudah berapa ramai malaikat yg menjadi murid encik?) Kemudian Allah mengujinya dengan Adam sebagai rabhitah dan wasilah (dengan sujud hormat).
Dia enggan dan sombong kononnya tidak perlu rabhitah kerana rasa hampir dengan Allah ,memiliki ilmu yg luas dan murid-murid yg ramai dan soleh.Allah murka padanya dan mengusir beliau dari hadratNya.Maka terkutuklah ia dgn nama IBLIS.Iblis dan anak cucunya telah menolak rabhitah dan mengajak anak cucu Adam menolak rabhitah yg haq lagi berhaq.
Maka barang siapa yg menolak rabhitah dan wasilah yg haq lagi berhak itu adalah dari golongan
IBLIS alaihi laknatullah.

RABHITAH DAN WASILAH YG HAQ DAN BERHAQ ITU ADA DALAM ISLAM,DARI ADAM TURUN MENURUN KEPADA SEMUA NABI DAN RASUL  SEHINGGA  ULAMAK-ULAMAK WARISATUL AMBIAK.CUMA ULAMAK BID'AH SAJA YG TIDAK MEMILIKINYA.
 
 

__________________________________________________________________________________________
 

Sidi Shariff wrote:

--- Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Konsep WASILAH dan RABITAH ini BUKAN DARI ISLAM.

Assalamualaikum,

Sebagai menjawap serkap jarang Abd Rahman:

“Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah
wasilah kepada-Nya (mendekatkan diri kepada-Nya dengan mentaati-Nya
dan beramal dengan apa yang Dia ridlai)” (al-Maaidah:35) (nukilan
Ibnu Katsir dari Qatadah)

Dan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Aku berdoa kepada-Mu dengan nama-nama yang ada pada-Mu.”
(HR.Ahmad:shahih)

“Bagi sahabatku (nabi) yang menginginkan syurga berdoalah:
Tolonglah aku atas diri-Mu lantaran aku banyak bersujud pada-Mu
(shalat, dan ini termasuk amal shalih)” (HR.Muslim)

Dan sebagaimana kisah-kisah orang-orang shalih yang berada di dalam
gua yang tertutup oleh batu dan mereka bertawasul dengan amal-amal
shalih mereka, maka Allah membukakan pintu gua itu.

wassalam

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - Share your holiday photos online!
http://photos.yahoo.com/

Reply via email to