*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ST DEDAHKAN HISHAMMUDIN MEMANG TAK MAHU DEBAT

KUALA LUMPUR: Akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan, Ketua Pemuda 
Umno Datuk Hishammudin Tun Hussein, sememangnya ingin melarikan diri dari 
berdebat mengenai pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu dengan 
Ketua Pemuda Pas, Haji Mahfuz Omar.

Akhbar itu 9 Januari lalu mendedahkan, sejak awal bulan lalu lagi, 
Hishammudin
sudah pun berhasrat untuk menarik diri dari debat itu. Namun, menurut akhbar 
itu lagi,
masalah yang utama baginya ialah bagaimana untuk menarik diri tanpa
mengakibatkan bencana besar kepada dirinya dan Umno.

Lantaran itulah, sebaik sahaja beliau merasa telah berjaya membuat untung 
untuk
Umno apabila Suqiu menarik balik tujuh rayuan mereka, beliau cuba menduga 
reaksi
ahli-ahli Umno apabila menyatakan hasratnya untuk menangguhkan debat dengan
Mahfuz.

Ahli-ahli Umno yang sememangnya langsung tidak meyakini kebolehan beliau 
terus
menyokong hasratnya itu malah, menurut ST, sebahagian dari mereka merasa 
beliau
patut membatalkan sahaja debat itu "ketika bintangnya sebagai pencipta damai
(dengan Suqiu) masih lagi bersinar".

Mungkin berasaskan sangkaan sedemikian jugalah Timbalan Presiden Umno Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi tanpa berlengah-lengah lagi bertindak 
menyelamatkan
Hishammudin apabila beliau mengarahkan debat itu dibatalkan.

Arahan Abdullah itu, menurut ST, memberikan peluang kepada Hishammudin
menamatkan apa yang mungkin akan menjadi kesalahan yang amat mahal harganya
terhadap kerjaya politiknya yang masih awal.
Selepas pada mulanya kelihatan beria-ia untuk berdebat dengan Mahfuz yang
menurut ST memanggilnya "pondan," Menteri Belia dan Sukan itu akhirnya 
menerima
realiti.

Menurut akhbar itu, para pembantu Hishammudin dan ahli-ahli Umno berkata,
walaupun beliau cuba memperlihatkan kesungguhannya untuk menonjol-nonjolkan
"sumbangan Umno kepada orang-orang Melayu," seterunya lebih berminat untuk
menjadikan debat tersebut sebagai pertandingan merebut pengaruh.



_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pengintip Profesional" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke