*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...

TAKBIR!

Aku pun dah baca apa yang Cucu Datuk Bahaman (CDB) dan HC tulis. Dalam hal ni aku
bersependapat dengan HC. CDB ada sikit 'mengikut perasaan' dalam mengulas hal ini - aku
harap semoga dengan tulisannya itu segala isi hatinya dah berjaya diluahkan dan dia 
dapat
berlapang dada sekarang, insyaAllah.

Kadang2 rakan2 kita yang terlalu pro-Anwar tidak dapat menerima tindakan PAS yang 
terbaru
ini hanya semata-mata kerana dendam kesumat mereka terhadap Mahathir. Perlu diingatkan 
di
sini, politik PAS bukanlah politik dendam kesumat sebaliknya politik Menegakkan Islam -
Membangun Bersama Islam - seterusnya Melaksanakan Syariat Islam. Kalau tidak, masakan 
Tok
Guru Nik Aziz tergamak menyatakan akan membubarkan PAS seandainya UMNO melaksanakan 
Islam
sepenuhnya (conditions apply!).

Aku harap semoga penyokong2 BA - PAS khususnya - dapat menerima apa2 keputusan dari 
pucuk
pimpinan PAS. Dan ingatlah, sehebat kita, sepandai-pandai kita, lebih berpengalaman 
lagi
Ustaz Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Hadi dan saf pimpinan di atas;
yakinlah! 

InsyaAllah ISLAM tetap akan menang!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

ps -- dapat dengaq komen Pakdin orait gak....


: )

Guaqman.










--- hanafiah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Sedikit reply untuk cedik_cedong@mohamadsabu, [EMAIL PROTECTED]
> 
> Para pimpinan Pas telah berapa kali memberi pandangan dan nasihat kepada
> para ahli supaya tidak mudah gabra dan bimbang dengan kesediaan Parti
> untuk bertemu dengan UMNO, terserah kepada kebijaksaan saf pimpinan dan
> sdr Nasarudin dengan deraf format pertemuan tersebut. Mudah mudahan
> semuanya berjalan dengan baik dan dapat memberi manfaat  kepada Parti
> dan Islam.
> 
> Mungkin ada baiknya apa yang diharapkan oleh Bekas TPM (Tan Sri Musa
> Hitam) "Bila Umno kata ia akan jemput Pas, dan Pas kata ya, di peringkat
> bawahan ahli yang dulunya tidak  bertegur sapa sudah pun mulai
> bersalam-salaman," Kita yang dok mengaku sebagai muslim yang terkenal
> dengan ruh persaudaraan tak mahukah keadaan sebegini?
> 
> HC wrote....
> 
> Cuba memahami PAS
> 
> Assalamu'alaikum.
> 
>  Dah lama tak nulis dengan tenang, akhirnya dapat juga chan malam ni.
> Maklumlah, lately terlalu banyak
>  benda nak di attendkan, sampai dah tak reti nak nulis lagi. Dah hampir
> hilang konfident jugaklah. Oh ya, pagi
>  hari Rabu ni ada occasion penting di mahkamah syariah seremban...hehe.
> Sorang lagi YB ameno nak kiot kot?
>  Orang kesayangan Mat Isa lak tu!
> 
> Ambo rasa semua orang dah ulas panjang lebar mengenai isu perbincangan
> ameno-PAS yang 'entah jadi
> entah tidak' diadakan itu. Ambo cuma nak ulas sikit jah.
> 
> Bagi ambo, ahli dan penyokong PAS tiada masalah besar dalam hal ini.
> Kebanyakan orang lama dalam PAS
> memang very committed dengan parti dan dasar parti. Kalau ada pun yang
> gabra sikit, cuma yang baru saja,
> itu pun tak ramai. Bukan nak downgrade members baru, tapi itulah
> hakikatnya.
> 
> Kebanyakannya sudah melalui proses tarbiyah yang lama dan memang wujud
> taat setia bersyarat yang tidak
> berbelah bagi, iaitu selagi pimpinan parti tidak go against al-Quran dan
> Sunnah, Ijmak dan Qias.
> 
> Bagi ahli dan penyokong keADILan pula, tidak perlulah menganggap perkara
> ini sampai boleh menjejaskan
> perpaduan dalam BA. Tak perlulah sampai menyebut tentang faktor
> kemenangan PAS yang besar dalam
> pilihanraya dan sebagainya. Semua orang ada saham, termasuklah pendemo
> yang ditangkap dalam demo tu.
> Sebanyak mana anggota keADILan di dalamnya, sebanyak itulah juga anggota
> PAS yang turut kena.
> 
> Ambo memang turut serta di hampir setiap demo sejak kes DSAI dulu. Bukan
> nak bangga, tapi ambo tak rasa
> langsung bahawa tindakan pimpinan PAS untuk menyahut seruan perbincangan
> dengan ameno itu boleh
> menyebabkan ambo merasa pimpinan PAS tidak mengenang pahit getir yang
> pernah ambo lalui dalam demos'
> dulu (tak pahit mana pun sebenarnya, seronok lagi ada!).
> 
> Ambo mengambil sikap terbuka dengan keputusan PAS untuk berbincang itu,
> walaupun pimpinan keADILan
> tidak mahu ikut serta. Macam Wak Amin cakap, tak perlu ramai-ramai pergi
> bincang (runding), ambo pun rasa
> buat menyemak saja kalau semua pergi sana.
> 
> PAS tahu sangat ameno tak ikhlas, bila tersepit baru nak bincang. Ini
> memang kes bincang dengan orang
> kalah. ITU PUN KALAU JADI BINCANG. Sebab ambo pun rasa akhirnya tak jadi
> bincang jugak.
> Kemungkinan tak jadi ini pun ambo rasa dah masuk dalam perkiraan PAS.
> Kemungkinan media mainkan isu
> ini pun sure dah masuk jugak. Takkan mereka se-naive itu kot macam yang
> ramai fikirkan.
> 
> Kemungkinan PAS juga telah memikirkan kredibiliti media perdana dah
> jatuh teruk. So apa yang dia cakap,
> rakyat dah tolak tepi, kalau mereka bacalah. So impact permainan media
> itu tak lah seteruk yang
> dibayangkan oleh setengah netters di sini. Lagi pun internet kan dah
> ada? So, media-wise, suasana sudah
> tidak serupa dulu lagi.
> 
> Apabila PAS nyatakan syarat perbincangan mesti merangkumi kepentingan
> semua kaum, ambo juga tidak
> menolak kemungkinan PAS mengambil langkah ini untuk mendapat sedikit
> mileage dari kaum bukan Melayu
> yang memang PAS sedia lacking. KeADILan mungkin tidak se-lacking PAS
> dari segi ini. So, apa salahnya
> bagi chan kat PAS kutip point sikit dari kaum bukan Melayu dari isu ini.
> Steady la, bang.
> 
> Lagi satu, PAS mungkin berharap dapat membawa satu imej yang 'mudah
> berbincang' dengan semua pihak.
> Oleh kerana ameno dah tunjukkan true colors-nya dengan Cina melalui
> Suqiu, Cina sudah rasa bahawa
> ameno bukan tempat untuk berbincang, apatah lagi untuk mengadu. So, PAS
> pun datang dan membawa
> harapan baru untuk kaum Cina dan lain-lain kaum. Siapa ada masalah meh
> sini bincang, gitu. Bagus juga
> kalau PAS dapat bincang dengan Cina pula lepas ini, kan?
> 
> Kalau PAS dapat buat yang last ni, maka jadilah PAS bagai "ummatan
> wasata" atau umat yang menjadi
> perantara, atau hakam. Bukankah itu satu sifat seorang pemimpin sebenar?
> Yang sanggup mendengar
> keluhan rakyat tidak kira dari mana pun datang? Dan menjadi pendamai di
> antara puak-puak yang
> bertelagah?
> 
> Kalau kita nak samakan perjanjian dan peperangan Nabi SAW pada zaman
> Baginda dengan isu sekarang ni,
> ambo rasa tak melekatlah. Firstly, orang ameno tu pada ambo masih Islam
> pada zahirnya dan ambo tak mau
> lak nak judge bathinnya. Mereka tu walaupun Islam, tapi berada pada
> jurang kebinasaan macam orang yang
> nak jatuh gaung yang dalam. So PAS kenalah selamatkan mereka itu, sesuai
> dengan prinsip Islamnya.
> Seperti juga Nabi Nuh as yang nak selamatkan anaknya naik atas kapal,
> walaupun anaknya tu kafir dan
> sombong lak tu.
> 
> Masalahnya apa kaitannya dengan proposed discussion dengan ameno ni?
> 
> Kalau discussion ni menjadi, for sure PAS akan suruh ameno kembali
> kepada Islam, atau at least selitkan
> mesej tersebut. Memang ameno tak terima punya kan? Tapi itu bukan kerja
> kita nak judge jugak. Kalau tak
> semua pun, at least ada sekor dua pun jadilah. Islam ini, bang, bila dah
> kuat, musuh pandang pun gerun dan
> respek sket. Macam Muawiyah masuk Islam dulu lah. Dia masuk Islam ketika
> pembukaan Mekah, kalau tak
> silap. Masa tu, Islam dah power. Tapi Islam tak tindas dia pun. Itu yang
> buat dia syahdu tu. Akhirnya
> mengucap gak.
> 
> So PAS sedar kekuatannya sekarang, of course lah berkat bantuan
> rakan-rakan BA yang lain. Mungkin PAS
> juga nak tunjuk power tapi bukan macam ameno tunjuk power dia. PAS
> tunjuk power secara tawadhuk,
> memaafkan musuh dan seumpamanya.
> 
> OK, secondly faktor media main peranan penting dalam perang ameno dengan
> musuhnya. Sikap terlau
> bergantung dengan pembohongan media tanpa ground work yang
> bersungguh-sungguh telah memakan dirinya
> sendiri. Sebab once bila rakyat tolak media, payah dah. Kalau dulu ameno
> ada 4 kaki boleh jalan dengan
> 4-Mnya sekarang tinggal dua, macam orang lain gak. Mahathir dan Media
> sudah jatuh. Tinggal Money dan
> Machinery (polis) saja lagi.
> 
> Ambo rasa apa yang cuba diusahakan oleh PAS sekarang ini adalah bukannya
> perang saikologi, tetapi
> perang kesyahduan. Ini yang ameno tak boleh buat. Sebab Islam saja yang
> boleh melancarkan perang
> kesyahduan ini, dan ameno memang zero dari segi ini. Kalau ada orang
> tanya apa dia perang kesyahduan ini,
> ambo pun susah nak explain. Rasa sendirilah.
> 
> Kenapa tak bincang dengan KeADILan dulu atau parti BA yang lain sebelum
> terima seruan ameno tu? Sebab
> diaorang tak faham Islam? Silap tu, bang. Diaorang faham Islam dan
> mungkin lebih bagus dari orang PAS
> sendiri. Tetapi ini bab strategi, mungkin ada susah sket nak explain.
> Mungkin tidak keterlaluan kalau
> dikatakan bahawa PAS ada matlamat sampingan/tambahan yang perlu dicapai
> di samping matlamat bersama
> dalam BA.
> 
> Pimpinan ulamak dalam PAS dah fikir bagus punya sebelum ambil langkah
> kontroversial ni. Mereka rindu dan
> kasihkan saudara mereka dalam ameno tu. Mereka menganggap orang ameno tu
> masih ada harapan lagi
> untuk diajak kepada Islam. Itulah agaknya beza reformasi di Indonesia
> misalnya dengan reformasi di
> Malaysia yang diterajui oleh parti Islam ini. Di sana pakat nak jatuhkan
> Soeharto semata, tapi di sini di
> samping itu, mereka nak Islamkan ameno dari luar, mana yang terlaratlah.
> 
> Kesimpulannya, walaupun ambo pun rasa macam tak setuju jugak, tapi in
> present situation di mana PAS
> sudah tidak defensive macam dulu dan ameno dah tak semakin relevan lagi,
> I'll go for it. Ambo prefer that we
> have our own acuan of reformasi. Insyallah, Allah bersama PAS dan BA.
> Islam pasti menang.
> 
> dicedok dari ulasan HC
> 
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: hanafiah <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: guaqman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke