Title:
Wa'alaikumsalam...  Key dan netters yg lain...
 
Maaflah Key oi...  makcik tak dapek nak nolong; bila dengar benda tu "bahaya"... lagilah makcik takut!  Dahlah tu, bila gigit tak ada ubeknya...  alamatnya, kalau makcik pergi cari jugak, maknanya makcik ni mengundang maut!  Kang anak-anak makcik tak ada siapa pulak nak jaga......duda makcik nanti pulak orang kebas! 
 
Mungkin kengkawan makcik boleh tolong.....pakcik Mencelah Sikit, Pakcik Nawi, Makcik Mawar Berduri dan Makcik Pabiyen..... depa ni mungkin "expert" dengan benda-benda bahaya.... coba tanya depa ni..... kot-kot depa boleh tolong...  Kengkawan, apa lagi?  Tolonglah kalau enkorang berani main benda bahaya!  Manalah tau korang tolong ni, boleh tolong sembuhkan apa-apa penyakit ke.....  Kita cakap siang-siang; tak mampu nak cari.
 
Kalau tak silap, pakcik Mencelah ada banyak pelihara Lipan Bara....  kalau nak lipan, Pakcik Mencelah boleh supply, kan pakcik, kan?  Kalau nak tungau pun ada kat dalam Hizbi net ni....(ada sorang netter kena tungau) Ulat bulu darat - ada ramai..... dah naik daun dah..... ulat bulu laut... kena menyelam la jawabnya.
 
Key...!  Nak tanya; makcik heran gak; mengapa dalam banyak-banyak benda, kamu nakkan benda bahaya ni, boleh detail kan sikit?  Takut nanti orang gelakkan kamu, cari benda bahaya pulak tu....  Kekadang tu bila benda tak jelas... people tend to make fun of you....  tapi apa yg makcik cakap tadi tu solely bergurau aje tau, jangan maree.....  On serious notes, makcik tak pernah dengar benda yg kamu cakapkan ni.  Apatah lagi nak kenal rupanya...kalau ada netters yg sudi bantu tu.... sila-silakanlah!
 
Korang jangan main-main yaaa... nak tolong, tolong elok-elok... nak gurau jangan sarcastic sangat....kesian kat Key!  (Makcik gurau tak pa, kan?).  Sorry eeehhh.........
 
Wassalam...
 
P/S:  Oh ya Key...  just nak ingatkan; bagi salam tu eja penuh-penuh ek!  "ASM" tu maknanya "Algamated Steel Mill" tau!
 
 
 
-----Original Message-----
From: Key [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 18 January, 2001 1:04 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Ulat Bulu Laut diperlukan

asm
warga hizbi net
saya memerlukan benda diatas kepada sesiapa yang tahu dapat sekiranya menghubungi saya. fyi ulat ini boleh didapati di laut dan ia sangat berbahaya kerana apabila digigit tiada ubatnya.
 
 
sekian terima kasih
 
jzk
 
 
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/free_video/

Announcing

Your message here

Kirim email ke