*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
....sambungan....

Muqaddimah
Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam satu hadith
baginda, "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di
dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan
sombong."…Lalu seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana seorang lelaki
yang memakai pakaian yang bagus dan kasut yang
elok.Maka jawab Nabi s.a.w., "Sesungguhnya ALLAH
TA`ALA itu Tuhan yang bersifat dengan sifat yang
cantik dan sukakan kepada kecantikan.Yang dikatakan
sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang
remeh kepada manusia." ( HR Muslim)

[ Di dalam hadith ini, Nabi s.a.w. dengan tegas
mengatakan bahwa tidak akan masuk syurga sesiapa yang
ada di dalam hatinya seberat zarah perasaan
sombong.Lalu Nabi mendefinasikan sombong itu ialah
yang menolak kebenaran dan juga memandang remeh kepada
manusia.Oleh itu, jikalau manusia ada perasaan sombong
ini dalam hatinya walaupun seberat zarah, maka dia
tidak akan masuk syurga.Jadi, apabila Nabi s.a.w.
mengatakan 'tidak masuk syurga', ini bermakna tidak
ada tempat yang lain yang akan dimasukkan melainkan ke
neraka ALLAH SWT ( wa nauzubillahi min zalik).
Daripada hadith ini juga, kita dapati apabila kita
memakai pakaian yang bersih dan cantik serta kasut
yang bagus, ia tidaklah ditakrifkan sebagai sombong
kerana ia adalah bersesuaian dengan kehendak daripada
ALLAH SWT.Tetapi yang dikatakan sombong itu ialah
menolak kebenaran dan memandang remeh kepada orang
lain.
Kalau dilihat dalam masyarakat kita pada hari ini,
perasaan sombonglah yang banyak menyebabkan manusia
terkeluar daripada kelayakkan mendapat rahmat daripada
ALLAH.Dengan perasaan sombong inilah juga menyebabkan
manusia mendapat kemurkaan daripada ALLAH SWT.Perasaan
sombong ini selalunya datang apabila manusia menolak
kebenaran bilamana ada orang lain cuba
memperbetulkannya.Contohnya; apabila seseorang itu
duduk dalam kemungkaran, lalu ada sahabat cuba halang
dia daripada buat kemungkaran, tapi dia menolak
teguran dan usaha tersebut, maka layaklah dia bergelar
manusia yang sombong kerana menolak
kebenaran.Begitulah juga bila golongan ulama`
diketepikan, yakni tidak diambil dan dihormati
pandangan mereka tentang hukum hakam agama.Maka di
sisi agama, inilah yang dikatakan 'memandang remeh
kepada manusia'.Walaupun orang lain mengaji dan faham
ugama lebih tinggi daripada 'dia', tapi tetap 'dia'
mau pendapat 'dia' saja yang betul.Orang lain punya
tak betul.Inilah dia perangai yang tidak menghargai
dan menghormati orang soleh yang berilmu.Oleh kerana
sifat sombongnya itu, 'dia' sanggup menolak kebenaran
yang datang daripada ALLAH SWT.Orang-orang seperti
inilah yang selalu kita lihat mereka lebih rela
bergelumang dengan maksiat, mereka lebih rela buat
kezoliman demi kezoliman, mereka lebih rela buat
penganiayaan demi penganiayaan; semata-mata kerana
tidak mahunya kepada kebenaran daripada ALLAH SWT.
Sebab itu, kita tidak hairan jikalau didapati dalam
masyarakat kita hari ini, ada orang yang tidak suka
kepada kebenaran, kerana orang ini adalah orang yang
ada perasaan sombong dalam dirinya.Contohnya; ustaz
Jailani cerita apa yang berlaku di sebuah masjid dalam
negeri P.Pinang baru-baru ini.Bilamana golongan
pemuda-pemuda qaryah masjid berkenaan ingin membuat
program kuliyyah bagi mengimarahkan masjid tersebut,
tapi tiba-tiba AJK masjid itu meletakkan syarat
sebelum membenarkannya.Syaratnya ialah ustaz-ustaz
yang nak mai mengajar tu mesti mau ada tauliah.Lalu
apabila pemuda-pemuda tadi mai jumpa ustaz Jailani
minta nasihat, maka ustaz kata kepada mereka bahwa
dalam negeri P.Pinang ini sebenarnya masih belum ada
seorang ustaz pun yang ada tauliah.Ini adalah kerana
walaupun enakmen pentadbiran itu ada, tapi kaedahnya
belum lagi siap.Bila kaedah belum lagi siap, maka
tauliah juga masih belum diberi kepada mana-mana
pendakwah dalam negeri P.Pinang.Hatta guru takmir pun,
dia hanya pakai surat guru takmir itu sahaja.Jadi, apa
yang boleh ustaz Jailani bagitau dekat pemuda-pemuda
itu ialah kalau AJK masjid berkenaan mau juga ditunjuk
surat tauliah daripada ustaz-ustaz yang nak mai
mengajar, maka jawapannya ialah semua ustaz dari
negeri P.Pinang belum ada lagi tauliah kerana kaedah
di bawah enakmen negeri P.Pinang ini belum lagi
siap.Kemudian pemuda-pemuda ini pun bagitau kat AJK
masjid lagumana ustaz Jailani terangkan kepada mereka,
tapi AJK masjid tetap mengatakan yang mereka mau yang
ada tauliah juga…..Ok, takpa.Dengan kehendak ALLAH,
tiba-tiba mai satu malam, kena pada giliran ustaz
Zakaria Ahmad (adik kepada mufti P.Pinang) untuk
meyampaikan kuliyyah Maghrib di masjid
berkenaan.Tiba-tiba pengerusi masjid itu tidak
membenarkan ustaz Zakaria daripada menyampaikan
kuliyyah.Lalu pemuda-pemuda pun bagitau kat pengerusi
masjid itu bahwa walaupun ustaz Zakaria tak dak
tauliah dalam P.Pinang, tapi beliau ada tauliah di
negeri Perak.Tapi tetap pengerusi tu tak benarkan
walaupun ustaz Zakaria ada tauliah.Inilah yang kita
nak ceritakan tentang contoh perangai orang yang
bersifat menolak kebenaran.Pasai apa kita kata lagu
tu?…Pasai mula-mula tadi, 'depa' bagi alasan, kena ada
tauliah.Tapi bila kita bawa mai ustaz yang ada
tauliah, tetap 'depa' tak bagi buat kuliyyah.Inilah
contoh perangai orang yang beri alasan sekadar alasan
itu untuk tak mau bagi orang buat kuliyyah dalam
masjid tersebut.( Awat, hang ingat 'bapak' hang punya
masjid ka?…Pengerusi apa lagu ni?…Pengerusi lagu ni,
mau hayun dengan kerusi saja jawabnya. )…Inilah contoh
perangai manusia yang tidak hormat kepada orang yang
lebih berilmu daripada dia.Sepatutnya, dia kena
hormatlah kepada orang yang ada ilmu ugama, yakni
orang yang belajar ilmu agama berpuluh-puluh tahun,
sebab ustaz-ustaz inilah yang akan mendidik kita
kepada hidayah daripada ALLAH SWT.Tapi bila 'dia' ada
perasaan menolak kebenaran, maka mai la sapa saja,
hang tok guru ka, hang tok lebai ka, hang ulama` ka;
'dia' akan tetap memandang remeh kepada
manusia-manusia yang disebut ini.Maka inilah perasaan
yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai 'tidak akan
masuk syurga, sapa-sapa yang dalam hatinya ada
perasaan sombong walaupun seberat zarah'.( Ayat ini
bukan saya yang kata ataupun Pas yang kata, tapi Nabi
sendiri yang kata.Bukan apa, pasai ada orang kata kita
pandai-pandai bubuh orang ni masuk syurga, orang ni
masuk neraka. )
Sebab itu, kita jangan ada perangai sombong macam ni,
yakni jangan dok pandang remeh kat orang lain.Kita
kena hormat kat orang, lebih-lebih lagi kepada
orang-orang yang soleh dan orang-orang yang
muttaqin.Sepatutnya kita kena ada perasaan kasih
kepada orang-orang yang takut kepada ALLAH.Kerana bila
kita kasih kepada orang yang bertaqwa, Insya`ALLAH,
kita juga akan menjadi orang yang bertaqwa kepada
ALLAH SWT.
Sebab itu, kita yang dalam beragama, mesti jangan ada
perasaan hippokrasi, yakni berpura-pura dalam
agama.Yang kita mau ialah apa yang ada dalam hati
kita, macam tu lah juga amalan kita.Yakni biarlah
selari antara apa yang ada dalam hati dengan amalan
seharian kita.Kalau kita kata bahwa kita beriman
kepada ALLAH dengan tak miss sembahyang 5 waktu sehari
semalam, tapi bila pi jogging petang-petang, baguih
punya boh singlet dengan seluaq Hawaii saja; maka
penampilan dengan pakaian mendedahkan aurat itu
menunjukkan bahwa kita masih belum lagi benar-benar
beriman kepada ALLAH.Begitulah juga, kalau nampak saja
penampilan kita cukup hebat dengan jubah/serbannya,
tapi tak guna juga kalau dalam hati begitu karat
dengan fahaman sekularisma.Oleh sebab itu, kita kena
mengamalkan satu ajaran yang mana dalam hati dengan
luarannya mau serupa.Dia tidak boleh ada discrepancy
antara luar dengan dalam.Inilah dia Islam yang diajar
oleh Nabi s.a.w. kepada kita.
Sebab itu, Nabi sebut dalam satu hadith baginda yang
bermaksud, "Tanda orang munafik ada 3.Yang pertama
ialah bila bercakap, dia suka berbohong.Kedua ialah
bila dia berjanji, dia memungkiri perjanjian yang
dibuat.Dan yang ketiga ialah bila diberi amanah, dia
mengkhianati kepercayaan yang orang bagi kepada
dia."…Lalu ustaz Jailani ulas tentang tanda-tanda
munafik itu.
i) Bila bercakap, dia berbohong.Inilah satu sifat yang
ada pada orang munafik.Jadi, kita sebagai orang Islam,
bila nak bercakap, mestilah melambangkan
kebenaran.Jangan pula kita cakap lain, kita pi buat
lain.
ii) Bila berjanji, dia mungkiri.Contohnya; dulu kata
royalti, tapi sekarang kata ihsan.Dulu kata cash
payment, tapi sekarang dalam bentuk projek.Dulu bayar
kepada kerajaan negeri, sekarang bayar kepada
JKKK/JPP.Lalu ustaz Jailani membahaskan tentang
masalah royalti ini dari aspek perundangan.
Dalam undang-undang, dia ada satu doctrine yang
dinamakan sebagai 'doctrine of astopper'.Yakni ia
adalah satu doctrine yang menyekat kita daripada buat
satu benda yang bercanggah dengan benda yang kita buat
sebelum daripada ini.Contohnya seperti dalam masalah
royalti ini; sudah 20 tahun kita pegang bahwa itu
adalah royalti, tapi tiba-tiba sekarang kita nak ubah
kepada ihsan.Maka 'doctrine of astopper' boleh
menyekat kita daripada mengubah istilah
berkenaan.Kalau dulu kita mengikhtiraf bahwa yang
berhak menerima wang royalti adalah kerajaan negeri,
tapi tiba-tiba hari ini kita nak tukar bahwa yang
berhak menerimanya ialah JKKK/JPP, maka 'doctrine of
astopper' boleh menyekat kita daripada mengubah
pembayaran wang itu daripada kerajaan negeri kepada
JKKK/JPP.Dari sini, kita boleh lihat dari segi
undang-undang sekular (undang-undang yang dibawa dari
barat kepada kita) sekali pun, jelas menunjukkan bahwa
kita tidak boleh memungkiri kontrak yang telah kita
ikat.Lebih-lebih lagilah dengan undang-undang Islam
yang diturunkan oleh ALLAH SWT, yang melarang sama
sekali daripada memungkiri perjanjian yang telah kita
buat.'Bridge of contract' adalah contoh perangai orang
munafik.Oleh itu, kita tak boleh mengamalkan perkara
seumpama ini.Ini adalah sebagai peringatan kepada
semua orang; bahwa jangan buat perjanjian dengan orang
kalau ada perangai tiba-tiba suatu hari nanti bila
kita rasa kita tak mau ikut perjanjian, kita main
langgar ikut suka saja.
Jadi, kalau tuan-tuan nak kenal orang munafik,
tuan-tuan boleh kenal melalui 3 ciri ini yang diajar
oleh Nabi s.a.w. (maaf sebab Ustaz Jailani hanya ulas
tentang 2 sifat sahaja.).Hadith ini disebut oleh Imam
Muslim dan juga Imam Bukhari, yang mana dikumpulkan
hadith ini dalam satu kitab yang dinamakan sebagai
'Al-Lu` lu` wal-Marjan fil-Mattafaqur alaihi syai-qhon
Imamul Muhaddithin', yakni satu kitab yang
mengumpulkan hadith-hadith sahih yang disepakati
kesahihannya oleh Imam Bukhari/Muslim.Maka dengan
kerana itu, ia menunjukkan bahwa hadith ini adalah
hadith yang sangat kuat kesahihannya.
Sebab itu, kita sebagai orang yang mengaji hendaklah
mengamal apa yang telah kita mengaji.Jangan setakat
tahu sahaja itu tanda-tanda munafik, tapi ketiga-tiga
tanda itu ada dalam hati kita (nauzubillahi min
zalik).Kalau orang tanya kita; apa dia sifat-sifat
munafik?…Kita boleh baca satu persatu kat dia, walhal
ketiga-tiga sifat yang kita cerita kat orang itu,
kesemuanya ada pada diri kita (minta dijauhi azab
ALLAH).Jangan sekali-kali kita buat perangai macam ni
sebab orang munafik adalah pada gambaran zahirnya
nampak macam orang Islam, tapi realiti dalam hatinya
ialah dia adalah manusia yang derhaka kepada ALLAH
SWT.

Kemudian ustaz Jailani cerita lagi satu contoh sifat
orang yang suka berpura-pura.Dimana satu hari tu ada
seorang perempuan mai jumpa ustaz di
pejabatnya.Kebiasaannya yang datang jumpa ustaz
Jailani ialah yang ada masalah rumahtangga.Sebab boleh
dikatakan bahwa 70% kes yang ustaz Jailani buat adalah
kes mahkamah syariah.Jadi, bila perempuan tu masuk
saja, tiba-tiba mai satu persoalan dalam kepala ustaz
Jailani, "Kenapa perempuan yang secantik ini dan
bertudung labuh pula, mai jumpa aku?…Kalau tak cantik
tu, biasa lah, mungkin suami dah jemu kat dia."…Jadi,
ustaz rasa pelik macamana perempuan yang elok rupa
parasnya, dengan pakaiannya pula yang elok, boleh ada
masalah rumahtangga.
Lalu perempuan itu pun cerita masalahnya kepada ustaz
bahwa dia telah ditipu oleh suaminya.Macamana boleh
dia ditipu suaminya?…Dia diajak kahwin oleh suaminya
di Padang Besar dengan surat nikah dari Songkla.Lalu
ustaz Jailani bagitau kat perempuan tu bahwa
pernikahan seperti itu tidak sah dari segi hukum
agama.Contoh yang sahnya ialah bila menikah di Perlis,
maka surat nikah pun mesti dari Perlis juga.
Kemudian ustaz Jailani tanya lagi, "Macamana boleh
berjumpa dan berkenan pada suami kamu itu?"…Perempuan
tu kata, "Dari penampilan saya ni, ustaz boleh agakkan
macamana peribadi saya."…Dari kata-kata perempuan itu
, kita boleh agak yang dia ni jenis yang suka kepada
program agama.Sambungnya lagi, "Jadi, saya suka pada
suami saya itu sebab penampilannya pun nampak ke arah
keagamaan."…Maka bolehlah kita gambarkan bahwa
perwatakan suaminya itu dengan serban/jubahnya serta
berjanggut macam orang-orang masjid juga la.Tapi
rupa-rupanya, orang yang dipercayainya itu adalah
seorang penipu kepada kehidupannya.Dia menjadi isteri
yang keempat kepada seorang lelaki yang punyai hobi
nikah kemudian cerai.Yang ni yang kita nak bagitau ni;
iaitu inilah contoh manusia lelaki yang paling
terkutuk, sebab dia berpakaian seperti nabi-nabi, tapi
berakhlak seperti akhlak binatang.Dia seksa isterinya
itu sehingga menjadi kurus kering.Batin isterinya
terseksa sehinggakan sembahyangnya pun tak tentu hala
jadinya.Sebab itu, janganlah kita nak berlakon jadi
tok guru, jangan nak berlakon jadi orang alim, jangan
nak berlakon jadi orang yang nak kan Islam; kalau
perangai kita umpama perangai orang jahat.Inilah
contoh orang yang munafik sebab zahirnya tak sama
dengan hatinya.

Kemudian, ustaz Jailani cerita lagi satu contoh
tentang sifat orang munafik.Di mana satu hari semasa
beliau berhenti nak sembahyang zohor di Masjid Jalan
Baru, Perai; lalu ada 2-3 orang sekali dengan beliau
berjalan masuk ke perkarangan masjid, termasuklah
seorang wanita yang tidak tutup aurat.Yang kita dok
ingat, orang perempuan yang tak pakai tudung, nampak
bentuk dadanya, pakai pula skirt saja ni; memang tak
mai sembahyang di masjid.Tapi rupa-rupanya dia nak
sembahyang sebab di tangannya ada telekung.Kira
Alhamdulillah, baguih la, wanita yang seksi sebegini
mau juga sembahyang.Selepas selesai sembahyang, bila
keluar masjid, ustaz Jailani nampak perempuan yang
seksi tadi dah bertukar fesyen pakaiannya.Dari pakaian
yang seksi kepada pakaian muslimah yang tutup aurat
dengan cukup elok.Kata ustaz, "Aeiii, masuk tadi pakai
punya la seksi, tapi bila keluar baguih punya tutup
aurat pula.Baru bertaubat pasai dapat hidayah
sembahyang zohor ka?"…Inilah fenomena yang banyak
berlaku dalam masyarakat kita.Mereka pi kerja di
bandar-bandar, bercampur lelaki perempuan, berpakaian
pula hanya jeans/t-shirt saja; tapi bila nak balik
raya di kampung, baguih punya tutup litup dok tunggu
bas ekspress.Inilah contoh-contoh orang-orang yang
hippokrit, yakni yang berpura-pura dengan agama.Masa
di kampung, pakaian baju kurung, pakai tudung, jalan
tunduk; tapi bila keluar daripada kampung menuju ke
bandar, dia bertukar menjadi seperti jalang dan
derhaka kepada ALLAH SWT. ]


Sambungan kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah'.
Perkara 18 : Perempuan yang dirogol dan diperkosa.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke