############################################################################
"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)
############################################################################

Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh… Segala pujian bagi Allah S.W.T.,
selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para
sahabat serta tabiin sekalian.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda yang maksudnya : "Jauhilah tujuh macam
dosa." Para sahabat bertanya : "Apakah yang tujuh itu wahai Rasulullah?"
Nabi menjawab : "Menyekutukan Allah (syirik), sihir, membunuh tanpa hak,
makan riba, makan harta anak yatim, lari dari perang dan menuduh wanita
baik-baik melakukan zina."

Nabi Muhammad S.A.W. juga bersabda yang maksudnya : "Dosa besar itu ialah
menyekutukan Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa."

Pada suatu hari Nabi pernah ditanya : "Apakah dosa yang paling besar?". Nabi
menjawab :"Jika anda menyekutukan Allah, sedang anda tahu bahawa Dialah yang
menciptakan dirimu." Orang tersebut bertanya lagi : "Selain itu apa lagi?".
Nabi menjawab :" Jika anda membunuh anak sendiri kerana takut tidak mampu
memberi makannya." Kemudian ia bertanya lagi :"Apa lagi ya Rasulullah ?".
Nabi pun menjawab :" Jika anda berzina dengan isteri jiran tetangga anda."

Nabi Muhammad S.A.W. juga telah bersabda : "Aku peringatkan kepada kamu
tentang dosa yang paling besar, iaitu perkataan yang buruk atau kesaksian
yang jahat!."

Sesungguhnya orang mukmin yang meninggalkan dosa-dosa besar akan berpeluang
diberi keampunan terhadap dosa-dosanya yang kecil.. Firman Allah S.W.T. :"
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang ditegah kamu melakukanya, akan Kami
hapuskan daripada kamu dosa-dosa yang kecil dan Kami akan masukkan kamu
ketempat yang mulia (Syurga)." ... Surah An Nissa' ayat 31.

Dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berterusan boleh naik darjatnya
menjadi dosa besar. Ibnu Mas'ud berkata : " Orang yang beriman dapat melihat
dosanya seolah-olah ia berada dikaki gunung dan amat takut dosa itu akan
jatuh menimpanya. Manakala orang-orang yang berdosa itu tidak ubah seperti
melihat lalat yang hinggap di hidung nya lalu ia menghalaunya."

Anas bin Malik berkata : " Betapa pun kecilnya dosa yang kamu lakukan namun
kami pada masa hidup Rasulullah S.A.W. mengangap hal tersebut sebagai dosa
besar."

Dosa kecil akan berubah menjadi dosa besar disebabkan antara nya kerana
senang hati melakukanya serta memuji/berbangga atas perbuatan itu dan orang
alim yang melakukannya.

"Ya Allah kurniakan lah kepada kami nikmat mencintai Mu dan mencintai orang
yang dicintai Mu. Dan jadikan lah setiap usaha dan perbuatan kami sebagai
pendorong untuk mendekatkan diri kami lebih mencintai MU."

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf,
disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya
dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi
Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan
sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan
Sunnah Rasulullah S.A.W."  - (Imam Malik)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..."

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!!
http://www.netmyne.com/




Kirim email ke