*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai.... kalau nak menipu tu....macam2 cara!!!
ada aje alasan.......

----- Original Message -----
From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; "anwar" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, January 19, 2001 8:08 AM
Subject: H-Net* K'JAAN PUSAT SEDIA BAIKI KELEMAHAN DALAM AGIHAN WANG IHSAN


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Maksudnya... depa salahgunalah tu...
>
> K'JAAN PUSAT SEDIA BAIKI KELEMAHAN DALAM AGIHAN WANG IHSAN
>
>
>
>
>
> KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kerajaan pusat sedia mengatasi
> kelemahan dalam kaedah penyaluran wang ihsan di bawah Program Pembiayaan
> Wang Ihsan untuk penduduk Terengganu jika benar ada penyelewengan
> seperti yang didakwa, kata penasihat Kementerian Kewangan Datuk Mustapa
> Mohamed.
> "Jika pihak-pihak berkenaan mempunyai maklumat mengenai adanya
> penyelewengan, kita minta mereka sampaikannya kepada kerajaan," katanya
> kepada BERNAMA di sini, Khamis.
>
> Beliau ditanya mengenai rasa tidak puas hati pada pihak tertentu
> mengenai kaedah penyaluran wang ihsan oleh kerajaan pusat dan menuduh
> berlaku penyelewengan dalam pengagihan itu.
>
> Kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan jika benar berlaku
> kelemahan dan penyelewengan seperti yang didakwa, kerajaan akan
> mengatasinya.
>
> Beliau bagaimanapun mengakui mungkin terdapat kelemahan-kelemahan di
> sepanjang proses pengagihan dan menganggapnya biasa memandangkan program
> berkenaan dan jentera penggerak program adalah agak baru.
>
> "Ini soal yang membabitkan puluhan ribu rakyat, mungkin akan ada
> kelemahan, bagaimanapun kita akan atasinya," katanya ketika ditemui
> selepas mengadakan taklimat mengenai wang ihsan kepada pegawai-pegawai
> penerangan peringkat negeri anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di sini.
>
> Menurut beliau sehingga ini, difahamkan kira-kira RM50 juta telah
> diagihkan di bawah program itu.
>
> "Kerajaan pusat juga telah mengarahkan supaya wang ihsan diagihkan
> secepat mungkin dan kita yakin dalam masa dua atau tiga bulan ini, lebih
> banyak yang dapat diagihkan," kata Mustapa.
>
> Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut jumlah keseluruhan wang ihsan
> yang akan diagihkan dalam masa yang terdekat ini.
>
> Selain itu katanya, beliau percaya isu-isu pelaksanaan pengagihan wang
> ihsan akan dapat diatasi sekurang-kurangnya akhir tahun ini.
>
> Pada akhir tahun lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa Kerajaan
> Pusat akan membayar wang ihsan kepada Terengganu melalui kaedah baru
> iaitu di bawah Program Pembiayaan Wang Ihsan, dan bukan lagi disalurkan
> terus kepada Kerajaan Negeri.
>
> Sebaliknya wang di bawah peruntukan itu akan diuruskan oleh Jawatankuasa
> Peringkat Pusat (JPP) yang ditubuhkan khusus bagi merangka pelaksanaan
> program pembangunan negeri berkenaan.
>
> Wang ihsan itu akan digunakan, antara lain, untuk pembinaan jalan luar
> bandar dan kampung, bekalan air dan elektrik, perumahan kos rendah untuk
> nelayan dan rakyat termiskin serta pinjaman untuk pembelian bot nelayan
> dan peralatan menangkap ikan.
>
> -- BERNAMA
>
>
>
>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Azmi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke