*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum.w.

Pak Engku,

Saya lebih perihatin memikirkan nasib Asasi Sains UM (dan Pusat Matrikulasi 
IPTA lain) dari meramalkan nasib NC/TNC UM itu sendiri.

Jika saya tidak silap ingatan, selain UM yang menyediakan Asasi Sains yang 
pada awalnya khusus kepada lepasan STP Melayu yang tidak cukup syarat untuk 
memasuki fakulti gulungan sains di UM, UKM dan IPTA lain juga menyediakan 
Matrikulasi untuk lepasan SPM.  Ini telah bermula sejak 1974 dahulu.  
Pastinya ada antara kita yang belum pun di lahirkan ketika iyu. Selepas itu 
Asasi UM juga membuka pintu kepada lepasan SPM.  Sejak beberapa tahun lepas 
Kementerian Pendidikan (KP) telah memansuhkan matrikulasi tajaan IPTA ini 
dan meletakkan terus di bawah KP.  KP mempunyai alasan sendiri untuk 
bertindak sedemikian.  Walau bagaimanapun urutan peristiwa yang jelas 
selepas itu ialah KP tidak mempunyai pusat matrikulasi yang cukup untuk 
menampung bilangan pelajar yang keputusan SPM mereka SENTIASA bertambah 
cemerlang. Oleh itu pelajar matrikulasi KP ini terpaksa (atau memang ini 
antara matlamat asalnya) diagih-agihkan kepada IPTSwasta.  Timbullah 
berbagai cerita yang pelajar matrikulasi belajar di premis-premis seperti 
deretan kedai, atau pusat perniagaan dan sebagainya.  Pernahkah kita 
dimaklumkan akan biaya yang KP bayar kepada IPTS ini bagi setiap pelajar? 
atau adakah IPTS ini berjaya menyediakan prasarana dan tenaga pengajar yang 
kondusif untuk anak-anak ini menuntut ilmu?.  Juga adakah pernah dipaparkan 
taraf pencapaian peperiksaan antara matrikulasi di pusat KP dengan yang di 
pusat IPTS ini?  Atau pernahkah kita tertanya apa rasionalnya menghalang 
IPTA dari menjalankan matrikulasi (yang dah jelas mereka berjaya 
menyempurnakannya) tapi sebaliknya menganugerahkannya kepada IPTS yang 
langsung tidak berpengalaman (kecuali Yayasan Pendidikan Mara).

Di atas hanyalah sekadar beberapa persoalan kepada mereka yang perihatin.  
Kini saya difahamkan graduan sulung matrikulasi KP ini telah memasuki IPTA.  
Saya juga difahamkan kemasukan mereka juga bukan pada semester pertama 
seperti sepatutnya.  Mungkin selepasnya mereka yang berada di IPTA dapat 
terus memantau prestasi pelajar ini.

Harapan akhir saya semuga MT yang bermesyuarat di Melaka akan melihat secara 
keseluruhan isu Asasi dan Matrikulasi ini.

akhir kalam dari saya.

----Original Message Follows----
From: Pak Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Asasi Sains
Date: Sat, 20 Jan 2001 17:54:44 -0800 (PST)


  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam buat semua,

Terkejut beruk jugak saya bila membaca berita di
akhbar mengenai percanggahan pendapat di kalangan ahli
politik Melayu, cendekiawan Melayu , bekas pelajar
Asasi Sains dgn Naib Canselor UM.

" Politik tak perlu campur tangan dgn menara gading",
kata Naib Cansellor tu.

Hati kecil saya berkata:

" Hai .... tak lama lah engkau duduk kat situ."

Kat Malaysia ni, mana boleh buat macam tu. Kalau nak
asingkan politik dari menara gading, tak lahirlah
politikus macam Dr. Mahazdir Khir.

Bukankah senario politi di Malaysia ini, berlandaskan
KBSM?

K = Khenduri kahwin
B= Bersalin
S= Sakit
M= Mati

Kalau ahli politik/wakil rakyat tak muncu dalam
keemapat-empat perkara tu, alamat tak dapat undilah
nanati........... ya tak?

Pak Engku Hamid



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices.
http://auctions.yahoo.com/

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pak Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke