Assalamualaikum wbr....
 
Minta pendapat semua.....
 
Masa cuti baru - baru nie saya ada ke pekan dikampung saya,maka semasa perjalanan pulang dari pekan tersebut ke rumah orangtua ,saya berhenti seketika melayani penjual -penjual jalanan...sambil melayan tu terpandanglah saya kearah seorang peniaga Melayu yang jualannya menarik minat saya.....Ayat -ayat Al-Quran dalam berbentuk khat....tetapi setelah diteliti dengan dekat ayat-ayat tersebut dipertontonkan ( dibuatkan ) dalam bentuk permainan yang dikenali sebagai JIGSAW PUZZLE
( permainan yang menggunakan minda untuk mencantukkan kepingan2 gambar )....maka saya pun berkesempatan meminta penjelasan dari peniaga Melayu tersebut....."katanya kebanyakan yang membeli permainan itu kebanyakannya orang dewasa..dan mereka biasanya menjadikan permainan tersebut sebagai perhiasan rumah ".Saya sempat membelek permainan tersebut dan mendapati ianya berasal dari sebuah negara jiran diutara...( tertulis perkataan yang menjadikan ianya identiti negara tersebut ).Setibanya di rumah saya cuba mencari no.telefon MAIP ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perak ) tetapi hampa tiada orang bekerja hari tu....Saya menelefon sebuah akhbar petang berbahasa Melayu cawangan Perak  ....dan wakil akhbar terbabit akan meminta rakannya yang berdekatan dengan pekan saya menyiasat dan melaporkannya kepada umum.
 
Apa yang menjadi kemusykilan kepada saya:
 
i. Andaikata ayat -ayat Al-Quran tersebut terjatuh ( dibeli ) oleh orang Melayu Islam ianya mungkin dapat memanfaatkan ayat tersebut...Alhamdulillah
ii. andai ianya dibeli oleh orang Melayu yang tidak faham akan Islam....maka ayat -ayat tersebut mungkin akan dimainkannya bersama anak-anak.....( tanpa wuduk !!!! ) atau
iii.andai ianya dijual dan dibeli oleh orang -orang bukan ISLAM.....???? MasyaALLAH.
 
Bayankanlah.....harap -harap pendedahan ini dapat diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.....
 
Wassalam .

Kirim email ke