*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Cc:[EMAIL PROTECTED] Assalamualaikum......kengkawan Kira-kira lima tahun lalu.....anak abang ku yang sulung telah mengalami sejenis penyakit gangguan mental yang serious.Penyakit itu di alami sebaik sahaja dia berumah tangga dengan seorang guru.Jadi jodoh mereka tak panjang......si isteri menuntut cerai .....sebaik saja melahirkan anak dari perkongsian hidup.Dan kini bekas isterinya telahpun bekahwin lain dan mempunyai anak. Sejak dari itu, ikhtiar demi ikhtiar......tangga demi tangga hospital dan klinik swasta di jejaki.Malang nya Allah belum merestui agar penyakitnya sembuh.Setelah tiga tahun berlalu.....penyakit anaknya semakin serious.Telah tiba satu peringkat di mana anaknya tadi terpaksa di kurung berkunci di dalam bilik di kediamannya kerana sudah tidak dapat di kawal lagi. Sejak dari itu segala urusan mandi dan pakai bagaikan si anak kecil yang manja.Sejak dari hari itu segala makan dan minumnya bagaikan seorang banduan....pabila pintu di buka.....di hulur perlahan-lahan di lantai.Bak kata orang kasih ibu membawa ke syurga.......penat jerih 'alah bisa tegal biasa'. Lebih memilukan hati ibubapa nya apabila mereka tidak di benarkan untuk menjeluh(melawat) cucu mereka sendiri yang dalam peliharaan bekas bisan mereka.Kedengaran dari mulut-mulut lantang yang jahil...kononnya di kuatiri penyakit bapa si budak boleh menular nanti kepada cucunya.Aduh....mengapa lah....manusia begitu jahil. Menikis air mata kakak ku.....pulang ke rumah dengan perasaan sayu.Kakak ku seorang ustazah yang berpegang teguh pada agama.....tak pernah membela benda-benda jahat! Mujurlah abang ku seorang guru...yang terkenal dengan hati yang sabar.....dapat menenangkan keadaan....yang sedikit kecoh. Sebagaimana yang kita ketahui 'setiap penyakit ada ubatnya'.Perubatan moden telah hilang dari ingatannya....apatah lagi doktor mengatakan mereka tak dapat mengesan penyakitnya, apatah lagi untuk merawatnya.Bagi abang ku tidak ada erti kalah dalam hidupnya. Beliau pernah mendengar seorang doktor homeopathy yang tinggal di Alor Star, Kedah.Jadi suatu hari abang ku ke sana.Jadi dia pun berjumpa dengan seorang Dr(H) bernama Dr.Raja....seorang berbangsa keling.Pada Dr tersebut abang ku menerangkan akan segala permasalahan anaknya.Jadi berdasar apa yang abang ku terangkan , Dr tersebut telah memberi senarai sebanyak lima jenis ubat.Seterusnya Dr tersebut mahukan abang ku membeli dua buah buka tentang ubat homeopathy yang berharga kesemuanya RM300.00. Abang ku tak keberatan, malahan abang ku berkata pada Dr tersebut...sekiranya anak ku sembuh dia akan mendaftar untuk mengikuti kursus homeopathy dan membuka klinik.Lantas Dr itu berkata, tak perlu menunggu anak sembuh.....daftar sekarangpun tak apa. Setibanya di rumah, pada malamnya abang ku mentelah buku yang di beli.Dari bacaannya dia mendapati ada dua jenis ubat amat berkaitan dengan penyakit anaknya.Iaitu....tak pandai hendak ku menyebutnya....maaf ye kengkawan. Setelah 2 minggu ubat di beri kepada anaknya, abang ku amat terkejut apabila terdapat perubahan yang begitu menakjubkan.Kini enam bulan....anaknya pulih sebanyak 50% dan kini setelah berlalu setahun.....anaknya telah 80% pulih. Kini kehidupannya anaknya bagaikan dulu-dulu, kenal dengan adik beradik......dan boleh berbual sebagaimana orang normal.......alhamdulillah.Raya yang lepas anaknya datang kerumah ku, dia berbual dengan ku,tapi ku rasa bagaikan mimpi kerana orang yang ku berbual adalah anak sedara ku yang sakit mental dulu. Kini abang ku telah menunaikan nazarnya....dan membuka sebuah klinik homeopathy sendiri.Walaupun pada dulunya abang ku menganggap homeopathy adalah Perubatan Low Class, kini dia menganggap Homeopathy adalah cara perubatan Alternatif. Sekian , terima kasih daripada; [EMAIL PROTECTED] (hakcipta terpelihara) _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>