*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

     Segala pujian bagi Allah, Rabbul Izzati.  Selawat dan salam ke atas khatamun 
nabi, Muhammad saw.

     Kita sebenarnya dituntut untuk melaksanakan solat secara berjemaah, di tempat 
azan di mana azan dilaungkan dan pada awal waktu.

     Tempat azan dilaungkan seperti masjid dan surau.  Sekiranya kita berada di 
seminar, ekspo, perkhemahan atau apa-apa bentuk perhimpunan yang tidak melalaikan, 
kita boleh juga adakan solat berjemaah walaupun tiada masjid.  Tetapi perlu melaungkan 
azan dan iqamah.  Bagi muslimat, digalakkan solat di rumah; sediakan tempat khas dan 
tetap (musholla). Tunaikan secara berjemaah dengan anak-anak tetapi Iqamah saja.

     Solat awal waktu atau tepat waktu bukanlah bermakna kalau Subuh masuk 6.00 pagi 
terus solat sharp.  Solat awal waktu bermakna kita solat bersama-sama dengan jemaah 
pertama di masjid dan dapat takbiratul ihram sejurus selepas imam berbuat demikian.

     Mengenai waktu solat, sungguhpun hari ini kita mempunyai jam atau perisian yang 
boleh memberikan waktu-waktu solat secara tepat, namun semuanya dilakukan dengan 
menggunakan perkiraan yang telah ditentukan.  Jadi, zaman nabi Muhammad saw pun solat 
tepat waktunya.  Sebenarnya, zaman-zaman yang terdahulu juga mempunyai teknologi yang 
canggih tetapi dalam bentuk yang berbeza.

     Kita perlu juga mengetahui ilmu menentukan waktu solat dan arah kiblat walaupun 
tidak mendalami ilmu falaq.  Sebenarnya kita tidak perlu tunggu tersesat di dalam 
hutan. Saya sering berhadapan dengan keadaan yang memerlukan saya menentukan waktu 
solat dan arah kiblat semasa di US; terutamanya semasa dalam perjalanan.

     Kita juga mungkin perlu solat Subuh di atas kapalterbang dalam perjalanan yang 
panjang yang melangkau waktu Subuh.  Sedangkan solat Subuh tidak boleh dijamak.  Solat 
qadha hanya bagi menunjukkan penyesalan kita; kewajipan tidak terlaksana.  Walaupun 
kita kita ada jam, tapi waktu solat kawasan mana yang hendak digunakan?

     Pengetahuannya saya dalam hal ini sangat cetek.  Saya berharap ada orang yang 
lebih mahir dapat memberikan sumbangan dalam perbincangan ini.

Solat Zuhur: selepas gelincir matahari.
     Apabila bayang-bayang kita mula kelihatan di sebelah timur.  Semasa matahari 
tegak di atas kepala, bayang-bayang kita berada di bawah kita.  Bila matahari mula 
bergerak (gelincir) ke arah barat, bayang-bayang kita atau objek lain akan lebih ke 
arah timur.

Solat `Asar: bayang-bayang lebih panjang dari objek
     Ambil kayu dsb, bandingkan bayang-bayangnya dengan objek sebenar.  Pastikan di 
sebelah petang; manalah tahu terlajak Subuh dan ternyanyuk pulak.

Solat Maghrib:  tenggelam matahari
     Saya pun ada masalah untuk memastikan waktu Maghrib yang tepat.  Saya lebih suka 
pastikan matahari telah terbenam sepenuhnya.  Biar lewat sedikit.  Lebih mudah kalau 
di kawasan yang lapang.  Kalau hujan?  Lebih kuranglah...  Ada hadith yang maksudnya 
menyatakan kalau hujan, solat terawal pun tak mengapa.

Solat Isya:  saya tak tahu.  Selalu agak-agak sahaja.

Solat Subuh:  terbit fajar sadiq
     Saya pun tidak arif.  Sama seperti Maghrib biasanya saya akan terlewat sedikit.

     Sebenarnya ada pelbagai pendapat ulama dalam menentukan waktu solat.  Contohnya 
engikut Imam Hanafi, untuk solat `Asar bayang-bayang perlu 2 kali panjang objek 
sebenar.  Itu sebabnya mazhab Hanafi solat `Asar lewat.

     Ulama juga banyak berbeza pendapat tentang pembahagian malam.  Itu sebabnya kita 
perhatikan waktu solat Subuh dan Maghrib juga agak berbeza berdasarkan berlainan 
pendapat.  Cuba semak jadual solat yang dihasilkan dengan software Prayer Times yang 
memberi beberapa pilihan aliran pendapat.

     Saya juga sering menghadapi masalah untuk menentukan arah kiblat.  Mungkin di 
Malaysia tidak begitu rumit; lebih kurang arah matahari jatuh.  Tapi masih kurang 
tepat.  Tapi bagaimana kalau kita berada di tempat lain.  Saya difahamkan ada bintang 
yang boleh dijadikan panduan arah kiblat walau di mana pun kita berada.

Wallahu`alam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke