*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya melihat jika sesaorang Islam dalam kelompok, kumpulan, qariah atau kampung atau 
kampus kita murtad, ia melambangkan
kelemahan kita. Pasal kita lemah maka kita melihat seolah-olah 'mereka' kuat. Kumpulan 
mereka dianggap kuat disebabkan mereka ada
wang, organisasi yang terancang, mampu bergerak secara sendikit, halimunan dan 
sebagainya lalu menjadikan mereka berjaya.
Kejayaan mereka menakutkan kita. Mengancam gerakan kita.

Kelemahan kita antaranya adalah :

1) Lemah dari segi persaudaraan
2) mengabaikan agama sebagai nasehat

Persaudaraan

Berapa kuatkan persaudaraan kita. Berapa ramaikah saudara yang kita kenal kita anggap 
sebagai saudara. Atau lebih ramai lagi yang
kita anggap sebagai musuh kita, lawan kita atau yang mengancam kedudukan kita?

Mesej persaudaraan ini tercerna sekiranya kita mudah didekati dan senang mendekati? 
Berapa ramaikah orang yang merasa senang
bersama kita? Merasa selesa didekati? Selamat dan gembira? Atau sebaliknya. Iaitu 
ramai yang merasa terancam, bimbang, gusar dan
tidak selamat.

Untuk mudah didekati, kita seharusnya seorang yang jujur, benar dan berakhlak baik. 
Berakhlak baik bermaksud tidak sombong,
lokek, mudah mesra, bertanggungjawab dan berdisiplin serta baik dalam pelajaran.

Itu menjadi sebab Nabi Muhammad SAW menganjurkan agar kita mengucapkan 
Assalamualaikum. Menziarahi orang yang sakit. Mengucapkan
tahniah kepada orang yang berjaya. Memperlahankan suara apabila berucap. Berlapang 
dada apabila orang lain berlainan pendapat
dengan kita. Tidak memandang rendah kepada orang lain.

Dengan itu terbina tali persaudaraan yang terikat kukuh di hati. Umat yang kuat diukur 
bukan kerana wang yang banyak atau
bilangan yang ramai. Tetapi hatinya yang tersimpul kukuh dalam satu ikatan 
persaudaraan.

Dengan ujudnya tali persaudaraan, maka timbullah rasa ghairah di hati untuk membantu, 
menolong dan mendekati saudara-saudara yang
lain. Agama sebagai nasehat hanya akan lahir setelah hati tercanai dengan keindahan, 
kelembutan dan keindahan Iman. Diri kita
sendiri pun tidak akan dapat kita nasehati sekiranya hati kita sendiri angkuh, sombong 
dan riak. Betapa pula hati orang lain.
Oleh itu mesej agama sebagai nasehat tidak akan dapat dikotakan dan direalisasikan 
dalam kerangka yang lebih menyeluruh dan
terancang.

Kita tidak boleh marah atau menaruh rasa dendam kepada orang-orang yang bukan Islam. 
Itu agenda mereka. Itu kerja mereka.
Kecenderungan, tugas dan agenda mereka sememangnya menampil dan mempamirkan sesuai 
dengan kedudukan mereka sebagai orang kafir.
Memang dalam Kitab al Quran pun Allah sudah menegaskannya yang orang kafir itu tidak 
akan merasa senang kepada orang berIman
selagi orang berIman itu tidak bersekongkol dan menurut langkah-langkah, perbuatan dan 
tingkah laku mereka serta kepercayaan
meraka.

Yang kita persoalkan adalah apakah tugas orang berIman? Sudahkan kita mengenal tugas 
dan tanggungjawab kita? Seterusnya sudahkah
kita menjalankan tanggungjawab tersebut? Jika sudah sejauh manakah kejayaannya? Jika 
belum apakah halangan dan rintangannya.

Kita seharusnya mengelakkan dari mempersalahkan pihak lain, sedangkan yang lalai, 
lemah dan terabai adalah dipihak kita. Kita
tidak akan mengecapi kemenangan semata-mata mampu menyenaraikan ciri kemenangan orang 
lain sedangkan pada kelompok kita yang
tersenarai adalah ciri-ciri kekalahan dan kekurangan.

Berbalik kepada 'seorang mahasiswi yang murtad' itu kenapakah dia merasa lebih senang 
mendekati 'orang lain' apabila didatangi
masalah atau dugaan. Apakah sekian ramai siswa-siswi Islam itu sukar didekati. 
Kenapakah sukar didekati? Adakah 'dia' tidak
merasa selesa? Kenapakah seorang Islam merasa tidak selesa dan aman terhadap 
saudaranya?  Apakah dia tidak merasa selamat
terhadap saudaranya? Ini tentu ada jawapannya?

Cuba renungi Nabi Muhammad SAW. Beliau SAW amat mudah, selesa dan selamat untuk 
didekati, dihubungi dan dimesrai. Kenapa?
Jawapannya tentulah pada akhlak beliau SAW yang kebanyakan kita sudah tahu.

Jadi jawapannya ada pada diri kita.

Allah jua yang lebih mengetahui.
Wassalamualaikum.

cedik cedong wrote:

>
> MAHASISWI UPM DIMURTADKAN DI GEREJA BRICKFIELD..."
>
> Laporan (13 hingga 20 Januari 2001)
>
> Dalam cetusan rasa yang lepas saya telah mengutarakan kebimbangan saya
> mengenai gerakan Kristianisasi. Isu ini sebenarnya telah lama disedari, malahan ia
> telah menjadi satu agenda perjuangan PMIUM di bawah pimpinan Ustaz Zaharuddin
> Abd. Rahman. Selain PMIUM ianya juga bahan tindakan Gabungan Mahasiswa
> Islam Semenanjung (Gamis) pada tahun itu. Isu gerakan kristian menyusup masuk
> bagaikan halimunan (invisible) ke dalam kampus dan menjalankan dakyah terkutuk
> mereka terhadap para pelajar muslim.
>
> Adakah kita rela untuk mempertaruhkan nilai iman dan akidah kita dengan
> membiarkan mereka bebas bermaharajalela membiarkan mereka menghasut serta
> menperdaya para sahabat dan saudara seagama kita.
>
> Isu terbaru yang timbul memecahkan kebuntuan dan menguji para pejuang Islam
> dengan murtadnya seorang pelajar UPM tahun satu di gereja Brickfield. Ini akan
> diceritakan kronologi kejadiannya di bawah. Berdasarkan beberapa fakta menarik
> sekitar isu ini yang ingin saya
>
> Kemukakan ialah antaranya:
>
> 1) Gerakan Kristian bergerak secara sindiket dengan menggunakan pengarauh
> sama ada individu mahupun kewangan.
>
> 2) Sasaran golongan ini ialah wanita remaja yang patah hati ataupun putus cinta.
>
> 3) Menggunakan saluran Chat Internet dalam menguasai remaja wanita yang lemah
> imannya, sehinggalah ia berkeyakinan seterusnya mengatur pertemuan.
>
> 4) Setelah pertemuan berlangsung, mereka menggunakan kekerasan secara
> berkumpulan sekiranya enggan dan cara yang sopan jika kita menerima mereka
> dengan baik.
>
> 5) ganjaran bagi pemuda Melayu mengkristiankan wanta melayu ialah sebanyak
> RM3000 ke atas.
>
> 6) Di dalam tempat rahsia( maybe macam HEBRON MALAYSIA) dijadikan markaz
> untuk men'turning over'kan pemikiran remaja terutama wanita yang mudah dikuasai
> kerana faktor klemahan fizial dan mental.
>
> 7) Kebanyakan remaja dari Borneo (Sabah dan Sarawak) menjadi sasaran utama
> berbanding dengan Semenanjung kerana pengaruh kristian di sana lebih dominan
> dan ini mudah untuk mereka menakluki mndaremaja yang tidak ada waris di sini
> semasa belajar.
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke