----- Original Message -----
From: Yasser Arafat Ishak
Sent: Monday, January 29, 2001 9:36 AM
To: Seratas87 (E-mail); 'Asmadi Mohd Bakri (E-mail)'; Mohd Zin Thamat (E-mail); 'Nazarul Jaafar'; Zaifazol Said (E-mail)
Subject: [seratas87] FW: [suqiu-public forum] DAH BERI BETIS, NAK PAHA




Forwarded hereunder is a most interesting and unique
letter which has surfaced for the first time in
the fledgling discussion group [EMAIL PROTECTED]

Note that this letter is supposedly for Political Parties in M'sia.

----------
> From: [EMAIL PROTECTED]
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: [suqiu-public forum] DAH BERI BETIS, NAK PAHA
> Date: Sunday, January 28, 2001 1:12 AM
>
> SUQIU,
>
> Saya salinkan komen yang telah diedarkan kepada Parti-Parti Politik
> untuk renungan dan penilaian oleh pihak SUQIU.
>
> NORDIN APHANDY.
> ======================================================================
> Kepada Parti-Parti Politik di Malaysia,
>
> Berikutan dengan 83 Perkara dalam tuntutan SUQIU, saya seolah-olah
> terpanggil untuk memberikan komen berikut untuk direnungi oleh setiap
> parti politik di Malaysia.  Saya telah juga menghantarkan kepada YAB
> Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Meneteri Malaysia,  YB Tan
> Sri Mohd Khalil Yaakob, Setiausaha Agung UMNO  serta YB Dato' Suhaimi
> Ibrahim, Presiden GPMS.
>
> Untuk kembali kepada suasana dan keadaan seperti sediakala, SUQIU
> sepatutnya menggugurkan kesemua 83 Perkara dalam tuntutannya itu, dan
> tidak terhad kepada 7 Perkara saja seperti yang dipersetujui dengan
> Pergerakan Pemuda UMNO.  Begitu juga dengan "100 Perkara GPMS" itu,
> sepatutnya tidak dipetisejukkan dan sepatutnya disiarkan segera
> kepada umum..
>
> DAH BERI BETIS, NAK PAHA
>
> Setelah mengikuti perkembangan tentang tuntutan yang dikemukakan
> SUQIU untuk memamsuhkan hak keistimewaan Kaum Melayu/Bumiputera dan
> juga komen oleh veteran UMNO seperti Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dan
> Tan Sri Aziz Tapa, saya seolah-olahnya terpanggil untuk memberikan
> sedikit pandangan. .
>
> Saya begitu bersetuju dengan apa yang telah diluahkan oleh kedua-dua
> tokoh tersebut.  Saya rasa kaum bukan bumiputera, terutamanya Kaum
> Cina di Negara Malaysia ini, sememangnya begitu bertuah, kerana kaum
> pribumi begitu toleran dan bertolak ansur terhadap kehadiran mereka.
> Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,  kaum Cina
> yang menjadi warganegara adalah terlalu kecil.  Kebanyakan daripada
> mereka datang berhijrah dari Tanah Besar Negeri China, Hong Kong dan
> Taiwan lalu terus menetap di Tanah Melayu yang makmur dan kaya raya
> dengan mengaut hasil maksul. untuk dihantar balik ke  negara asal
> mereka.  Kaum pribumi sedikitpun tidak menaruh irihati terhadap
> mereka.
>
> Melalui Lord Reid Commision, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
> telah dirangka dan digubal,. di mana Hak Keistimewaan Orang-Orang
> Melayu/Bumiputera, tanpa mengenepikan kepentingan kaum pendatang
> telah dimaktubkan dengan jelas dan nyata. Kaum pribumi telah begitu
> bertimbang rasa dan bertolak ansur untuk menerima mereka dengan
> membiarkan Perkara 30 Perlembagaan mengenai Perakuan
> Kewarganegaraan.  Saya masih teringat dengan jelas bagaimana saya
> telah cuba membangkitkan Perkara 30 itu di Persidangan Perwakilan
> UMNO Bahagian Pahang Selatan di Semantan Theatre, Temerloh  dalam
> tahun 1958.  Ketika itu saya adalah Naib Ketua, Pergerakan Pemuda
> UMNO Bahagian Selatan.  Saya sebagai Ketua Perwakilan Pergerakan
> Pemuda telah mengusulkan kepada Persidangan Bahagian untuk membawa ke
> Persidangan Perwakilan Agung UMNO, satu Resolusi  untuk mendesak
> Kerajaan memansuhkan  dengan sertamerta Perkara 30 Perakuan
> Kewarganegaraan.
>
> Pergerakan Pemuda telah berhujjah begitu lantang dan bersemangat
> bahawa Perkara 30 itu kalau dibiarkan berada dalam Perlembagaan, lama
> kelamaan akan menjadi "duri dalam daging" kepada Kaum
> Melayu/Bumiputera, kerana kaum pendatang yang telah begitu ramai akan
> begitu senang menjadi warganegara, dan kesudahannya bilangan mereka
> menjadi warganegara akan melebihi bilangan kaum Melayu/Bumiputera.
> Pergerakan Pemuda selanjutnya telah mengingatkan Persidangan bahawa
> Kaum Melayu/Bumiputera akan menerima nasib seperti Kaum Red Indian di
> Amerika Syarikat dan Kaum Maori di New Zealand jika tindakan segera
> tidak diambil untuk memansuhkan Perkara 30 Perlembagaan itu.
>
> Meskipun  hujjah yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda itu begitu
> munasabah, namun Resolusi yang dibawa itu telah ditolak oleh
> Persidangan Perwakilan Bahagian dengan alasan bahawa Tanah Melayu
> baru saja mendapat kemerdekaan daripada British,  dan kemeseraan di
> antara Kaum  Melayu/Bumiptera dan kaum pendatang perlu dijalin untuk
> mencapai kemajuan.  Pergerakan Pemuda telah tidak berpuas hati dengan
> alsan tersebut, dan untuk merakamkan bantahan seluruh Perwakilan
> daripada Pergerakan Pemuda telah keluar Dewan Persidangan (Semantan
> Theatre) tersebut.
>
> Ketegasan Pergerakan Pemuda itu telah tidak memberi kesan apa-apa,
> kerana Resolusi itu tidak sampai ke Persidangan Perwakilan Agung
> UMNO.  Begitulah toleran dan bertimbang rasanya Kaum Melayu terhadap
> kaum pendatang, terutamanya Kaum Cina.  Kaum Melayu telah sanggup
> mengorbankan banyak perkara, terutama menerima mereka untuk sebagai
> rakyat atau warganegara walaupun dalam keadaan waham atau was-was
> (doubtful).   Mereka telah lupa itu semua, seperti kata Tan Sri
> Sulaiman Ninam Shah mereka itu adalah seperti "dah beri betis, nak
> paha".  Kaum Melayu masih bersabar dengan mengatakan bahawa mereka
> adalah "second class citizen" dengan DAP (anak kandung PAP Singapore)
> mendesak penguatkuasaan "Malaysian Malaysia".  Kerana itulah Lim Kit
> Siang, Pengerusi DAP beria-ia sangat mempertahan dan menyokong
> tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh SUQIU  itu.
>
> Saya sangat bersetuju dengan Datuk Suhaimi Ibrahim, Presiden GPMS
> yang menyatakan kesalnya terhadap Pergerakan Pemuda UMNO yang begitu
> lewat untuk bertindak terhadap tuntutan SUQIU itu.  Pergerakan Pemuda
> UMNO adalah begitu lembab sehinggakan mengambil masa setahun baru
> terfikir untuk bertindak.  Pergerakan Pemuda UMNO nampaknya sudah
> tidak mempunyai "taring", berbeza daripada dulu bilamana Pergerakan
> Pemuda adalah "pressure group" yang begitu bijak, tegas dan tangkas.
> Sepatutnya Pergerakan Pemuda UMNO  yang menganjurkan Perhimpunan
> 100,000 di Stadium Bukit Jalil itu.  Disebabkan Pergerakan Pemuda
> UMNO telah berdiam diri selama setahun, maka pihak pembangkang telah
> mengambil sepenuh peluang bagi menambat hati seluruh Kaum Cina untuk
> memberi sepenuh sokongan terhadap tuntutan-tuntutan SUQIU itu.
> Setelah setahun, barulah tergerak hati Datuk Hishamuddin Hussein,
> Ketua Pemuda UMNO untuk berdialog dengan SUQIU.  Tidakkah beliau
> terfikir bahawa dengan cara berdialog itu, adalah sebagai menyerah
> kalah dan memberi ruang untuk pihak SUQIU  mempersoalkan Hak
> Keistimewaan Orang-Orang Melayu seperti termaktub dalam
> Perlembagaan.  Tindakan untuk beliau bersetuju berdialog itu adalah
> seperti "menjerat diri sendiri"; lebih-lebih lagi bila kita sendiri
> boleh menghakimi kebolehan beliau berhujjah.
>
> Kaum Cina di Malaysia ini adalah bernasib baik jika dibandigkan
> dengan Kaum Cina di Filipina dan Indonesia.  Di sini mereka bebas
> berbuat apa saja yang mereka suka.  Mereka boleh tinggal di Negara
> ini dengan aman damai; mereka boleh berniaga dan bekerja tanpa apa-
> apa sekatan; mereka boleh menubuhkan Pusat-Pusat Pengajian Tinggi
> Persendirian; mereka masih boleh bersekolah dengan menggunakan bahasa
> ibunda mereka: mereka masih boleh menggunakan bahasa ibunda mereka di
> papan-papan tanda perniagaan mereka.  Tiada sekatan untuk mereka
> mengamalkan kebudayaan dan adat resam ibunda mereka. Malahan, mereka
> boleh berbuat apa saja yang tidak menyalahi undang-undang
>
> Menyentuh tentang kebebasan yang mereka nikmati di Malaysia ini,
> ingin saya menceritakan sedikit tentang pengalaman semasa saya
> belajar di University of the Phillipines dalam tahun 1966.  Semasa
> sessi orientasi, pelajar-pelajar berketurunan Cina dari Taiwan, Hong
> Kong, Singapore dan juga Malaysia telah tidak berpuas hati dengan
> pihak Imigressen, kerana mereka menghadapi kesukaran samasa memasuki
> negara tersebut.  Setiap orang daripada mereka terpaksa  menurunkan
> cap semua jari tangan kiri dan kanan – tiga kali setiap jari kecuali
> ibu jari empat kali; yang mana semuanya berjumlah 32 cap jari.
> Sebagai wakil pelajar-pelajar baru, saya telah menemui Col. Carlos
> Rumulo, President of the University of the Philippines untuk
> bertanyakan tentang Undang-Undang Imigressen yang berbeza di antara
> saya dengan pelajar-pelajar berketurunan Cina.  Jawabnya terang dan
> nyata bahawa saya adalah, "You are not necessary to undergo piano
> playing because you belong to the Malay Stock – the Polynesian
> Group."  Beliau seterus menyatakan dengan agak tegas,  "They are
> Chinese.  Even the Filipino Chinese,  they too have to undergo piano
> playing when they come back from their oversea trips."
>
> Semasa sessi orientasi saya mendapat seorang kawan Filipino sekuliah
> dengan dia memperkenalkan diri sebagai "Lorreto Gandingco".  Dengan
> selamba saya juga memperkenalkan diri saya, pelajar dari Malaysia.
> Kebetulan kami mendiami asrama yang sama dan menjadi teman baik
> saya.  Dia banyak bercerita tentang dirinya, dan membawa saya
> berkenalan dengan familinya pada hujung minggu.  Dia mengatakan
> bahawa dia adalah berketurunan Cina.  Oleh kerana mereka-mereka yang
> berketurunan Cina tidak begitu mendapat layanan yang baik,  maka
> mereka akan menyembunyikan identiti dengan menukar nama seperti Oh
> Kam Poh kepada Ocampo, Ah Kee Nyo kepada Aquino, atau berkahwin
> campur dengan Kaum Pribumi.  Dia memberitahu bahawa Moyangnya yang
> datang dari Negeri China adalah bernama "Gan Ding Ko"  Untuk
> mengelakkan daripada begitu ketara yang dia berketurunan Cina, maka
> nama tersebut telah disambung  seolah-olahnya disebut seperti nama
> Kaum Pribumi.  Dia tidak tahu bertutur atau menulis Bahasa Cina,
> walau sepatahpun. Itulah kisah kawan Filipino saya yang menganggap
> dirinya dan familinya juga sebagai "Second Class Citizens", meskipun
> telah lahir dan menetap di Philippines selama 3 keturunan.
>
> Begitu juga dengan kaum pendatang Cina di negera jiran kita
> Indonesia.  Untuk mendapatkan tempat di negara tersebut, mereka
> terpaksa menukar nama kepada nama Kaum Pribumi, seperti Harianto,
> Hartono, Hartini dan sebagainya.  Mereka terpaksa bertutur dalam
> Bahasa Indonesia, dengan tiada sepatahpun mengguna bahasa ibunda
> mereka.
>
> Di Negara Thai pula, kaum berketurunan Cina dan juga Melayu
> dimestikan menggunakan nama Siam.  Gadis keturunan Mahsuri mempunyai
> nama Siam, meskipun dia kemudian mengatakan nama sebenarnya Siti
> Aishah.  Pembesar-pembesar  Thai daripada keturunan Cina seperti
> Thanat Koman  tiada langsung mahu membayangkan keturunannya.  Kenapa
> dan mengapa?
>
> Kaum Cina di Malaysia tak perlu tukar nama atau tukar agama untuk
> terus hidup aman dan damai. Mereka sebenarnya sebenar hidup seperti
> di Syurga tanpa gangguan oleh Kaum Pribumi.  Mereka bebas berbuat apa
> saja untuk menambah kekayaan.  Tetapi,  mereka tidak pernah berasa
> tersekat seperti Kaum Cina di Filipina dan Indonesia. Dengan
> kebebasan yang mereka nikmati itu, kenapakah mereka begitu ghairah
> berjuang untuk menghapuskan Hak-Hak Istimewa Orang-Orang
> Melayu/Bumiputera. Bila Kaum Cina nampak Orang-Orang Melayu telah
> berpecah disebabkan  fahaman politik, mereka, walaupun beralinan
> fahaman politik, tetapi apabila mereka perjuangkan  kepentigan kaum,
> mereka akan tetap bersatu.  Tetapi Kaum Melayu/Bumiputera ini begitu
> keras kepala sehnggakan akhirnya Malaysia ini akan diperintah dan
> dikuasai oleh kaum pendatang.
>
> NORDIN APHANDY bin ABU BAKAR
> [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Sponsor

To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]
To Unsubscribe, send a blank message to: [EMAIL PROTECTED]




Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Kirim email ke