*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa`alaikum salam warahmatullah,

 1.4 lelaki adil sebagai saksi...adakah adil yg
dimaksudkan meliputi yg beriman dan takwa..sila
berikan sedikit penerangan..jika salah seorang saksi
itu beragama lain boleh kah diterima ...kalau tidak
diterima maka tidak cukup bilangan saksi...maka
bolehkah sebarang pertuduhan dibuat...

J : Diantara syarat-syarat sebagai saksi dalam kes
zina ialah 4 orang lelaki.Maka dengan kerana itu,
penyaksian orang perempuan tidak diterima.Diantara
satu syarat lagi ialah orang yang adil, yakni orang
yang tidak melakukan dosa-dosa besar, dan tidak
berterusan melakukan dosa-dosa kecil.Insya`ALLAH kita
akan bincangkan dengan lebih detail bagi kelayakan
saksi-saksi dalam kes zina ini dalam perkara 29 akan
datang.

Berhubung dengan persoalan bolehkah orang bukan Islam
menjadi saksi; ia dibahaskan dengan panjang lebar di
dalam kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah' ini sendiri,
yakni dalam Perbahasan 7.Ini bermakna lambat lagi kita
nak sampai kat perbahasan ini, mungkin sampai ke tahun
2004 kot.Sebab kita baru saja masuk Bab 2 : Fasal
Pertama.Tetapi secara ringkasnya, ia adalah daripada
pendapat-pendapat Fuqaha` dari Imam Mazhab yang
4.Seperti menurut mazhab Hanafi; boleh diterima saksi
daripada orang kafir zimmi untuk menghukum sesama
orang kafir zimmi sahaja.Dan saksi orang kafir harbi
untuk menghukum sesama orang kafir harbi sahaja.Sebab
ada hadith yang mengatakan Rasulullah s.a.w. menerima
saksi orang Nasrani untuk menghukum orang Nasrani yang
lain.Tetapi lain pula pendapat daripada mazhab Maliki
dan juga Syafii, yang mengatakan tidak boleh diterima
saksi daripada orang bukan Islam, walaupun untuk
menjadi saksi kepada orang yang bukan Islam (yakni
saksi antara sesama mereka).Kemudian dibahas dengan
lebih terperinci lagi dalam Perbahasan 25, mungkin
sampai ke tahun 2010 kot.Jadi, kalau nak tahu dengan
lebih terperinci dari ustaz Ahmad Jailani, janganlah
jemu-jemu mengikuti perbahasan demi perbahasan yang
akan dibentangkan (cehhh, bunyi macam iklan pulak).   
  



6. dan last sekali ...jika kita memaki hamun sesama
saudara Islam, memanggilnya dengan panggilan
mengaibkan dirinya dsbnya kerana kita tak suka
dengannya...adakah kita berdosa ....jika berdosa
adakah berdosa sesama saudara Islam, dengan Allah Maha
Pencipta atau sebaliknya....dan lagijika dilakukan
ditempat beribadat adakah oranganya mendengarnya turut
berdosa walhal dia tidak bersetuju namun mendiamkan
diri saja tanpa bantahan dibuat...

J : Apakah yang dimaksudkan oleh saudara dengan
istilah 'maki hamun' itu?…..Adakah yang kata sampai
dalam kain tu?…..Kami di Penang, kalau kata yang dalam
kain tu, ia dikatakan sebagai mencarut.Sepanjang saya
pi mengaji kat masjid-masjid, tak pernah pulak dengar
ustaz-ustaz kata 'yang dalam kain' tu.Jadi, bagi kami
'maki hamun' dan mencarut adalah dua istilah yang
berbeza.Yang saya dok cerita ni, Penang punya
istilah.Mungkin bagi negeri-negeri lain, kefahaman
tentang istilah 'maki hamun' ini lain pula.Disebabkan
bahasa Penang ni agak kasar sikit, jadi yang dikatakan
'maki hamun' seperti celaka, haram jaddah dan
sebagainya ni kira 'small matter' saja.Lagi pun ALLAH
SWT juga menggunakan istilah seperti celaka/laknat
dalam al-Quran, betoi tak?….Seperti dalam Surah
al-Mutthaffifiin, awal-awal lagi ALLAH menggunakan
perkataan 'Celaka'.Begitu juga dalam ayat 10.Jadi, apa
kita nak hairan bila ustaz-ustaz bertegas dengan
menggunakan istilah yang sama kepada puak-puak kafir/
munafik/ fasik.
Memangla kalau tak pasal-pasal maki hamun orang, sudah
tentulah berdosa.Hendaklah dia minta maaf  daripada
tuan tubuh yang di cercanya itu serta diikuti dengan
beristighfar, bertaubat kepada ALLAH SWT dan berazam
tidak akan mengulanginya.

Tapi kalau orang itu fasik/munafik/ ulama` jahat; maka
kita kena kata satu perkataan yang membekas di jiwa
orang-orang sebegini.Sepertimana firman ALAH dalam
ayat 63 Suratul Nissa`, "….katakanlah kepada mereka
perkataan yang fasih (terang) tentang diri
mereka."……Seingat saya, ulama` jahat (ulama` su`) ni,
ALLAH SWT menggelarkan mereka sebagai anjing.Kata
ALLAH SWT yang bermaksud, "Mereka adalah seperti
anjing.Yang dikatakan anjing ini, apabila kamu membawa
tulang, lidahnya terjelir.Kalau kamu tak bawa tulang
pun, lidahnya tetap terjelir."……..Maksudnya,
ulama`jenis ni, mereka akan memutar belitkan ayat-ayat
ALLAH supaya menghalalkan apa yang diharamkan oleh
ALLAH SWT, hanya kerana habuan duniawi
semata-mata.Tapi yang dikatakan "tak bawa tulang pun,
lidahnya tetap terjelir", jenis ni dia tidak
dijanjikan dengan apa-apa habuan pun.Tapi untuk supaya
dia tidak diganggu-gugat oleh pihak-pihak yang
berkuasa, dia sanggup menjadi seperti burung kakak
tua, yang hanya mengangguk-ngangguk kepalanya tanda
setuju walaupun dia tahu benda tu salah di sisi agama.
Oleh kerana itu, menurut ustaz Halim Hassan, dia lebih
suka melabelkan perangai buruk seseorang itu dengan
perangai binatang.Kerana kalau kita sebut nama orang
jahat itu, mungkin nama dia sama dengan nama Nabi-nabi
ataupun sahabat-sahabat, maka tak eloklah begitu.Lagi
tak boleh kalau kita cerca hidung dia, telinga dia,
atau mana-mana anggota tubuhnya sebab semua itu adalah
ciptaan ALLAH SWT.

Memanglah kadang-kadang kita dengar dalam
kuliyyah-kuliyyah, ada ustaz yang menggunakan kaedah
yang agak keras.Ini semua adalah kaedah yang diajar
oleh ALLAH SWT dan Rasulullah s.a.w., dan ia
bergantung kepada keadaan.Kaedah berdakwah ini telah
pun saya bincang dalam 'Mastika Hadith - Muqaddimah
1(b).Semuanya mengambil kaedah ALLAH bercakap dalam
al-Quran.Yakni ada yang berkias-kias, ada yang suruh
kita berfikir, ada yang keras (pancung) dan
bermacam-macam lagi.
Manakala dalam kitab 'Fekah al-Aulawiyah' tulisan Prof
Dr Yusof al-Qardhawi, beliau menyebut ada 2 kaedah
berdakwah.Pertama kaedah 'ruhas' Ibn Abbas, yakni
secara lemah lembut, ataupun kaedah 'syaddaid' Ibn
Umar, yakni tegas/ garang/ bengis.Kedua-duanya perlu
ada dalam berdakwah.

Begitu juga dalam perbincangan saya dalam kitab 'Qanun
Jinayah Syar`iyah' seawal muqaddimah lagi, telah pun
disebut oleh ustaz Ahmad Jailani tentang kaedah
'syaddid' ini.Kata ustaz Jailani bahwa kebanyakan kita
pada hari ini punyai pandangan yang salah terhadap
Islam.Sebab hari ini, manusia anggap Islam ni lembut,
mereka anggap Islam ni hanya pujuk rayu dan Islam ni
hanya tau cara beransur-ansur.Tetapi mereka tak tau
yang Islam ini juga ada masanya perlu bertegas dan
menggunakan cara 'syaddid'.Cara sebegini, banyak
dikalangan kita meninggalkannya.Pasai apa jadi lagu
tu?…..Sebab kebanyakan ahli-ahli agama  kita pada hari
ini, bila bercakap tentang Islam, mereka hanya
tumpukan tentang aspek kelembutan/tolenransi; tetapi
dari sudut ketegasan/ disiplin/ syaddid yang ada dalam
Islam, mereka tinggalkan.Habih, macamana rakyat nak
faham tentang Islam yang sebenar????…..Fikir-fikirkan.

Tuan-tuan tau dak apa masalah yang di hadapi oleh
seorang ustaz bila dia start nak mengajar di
masjid-masjid dan surau-surau?…Untuk makluman
tuan-tuan, menurut ustaz Halim Hassan, bagi
ustaz-ustaz yang lepasan pondok-pondok ni, sehari
sebelum mereka keluar daripada pondok (yakni dah
khatam kitab-kitab di pondok), mereka akan dipanggil
oleh tok guru seorang demi seorang duduk depan tok
guru dan disuruh berbai`ah ( yang mengaji macam kita
ni, iaitu mengaji dari masjid ke masjid ni, kira tak
payahlah berbai`ah dengan tok-tok guru).Diantara
perkara yang disebut oleh tok guru ialah dia
menghalalkan setiap huruf yang diajarnya itu.Tapi
menjadi tidak halal pula sekiranya perkara yang
sepatutnya diberitahu kepada masyarakat, tidak pula
diberitahu.Inilah dilemma yang dihadapi oleh
kebanyakan ustaz-ustaz pada hari ini. Setelah mereka
keluar daripada pondok dan sebelum mereka dibenarkan
mengajar di masjid, setengah-setengah tu mereka diberi
kata-dua oleh pihak masjid supaya tidak mengatakan
akan isu-isu yang dikatakan sebagai sensitif. Maka
jadilah sepertimana pepatah Melayu "Telan mati
mak.Luah mati bapak.Kulum aku yang mati."….Jadi,
disinilah kita boleh lihat golongan-golongan ustaz pun
boleh terpecah kepada 2.Yakni, kita boleh membezakan
antara yang cari makan dengan yang betul-betul mencari
keredhaan daripada ALLAH SWT.      

--- Si Tanggang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> assalamualaikum
> terima kasih atas penerangan yg berharga itu...
> cuma ada sikit kemusykilan ....
> 


__________________________________________________
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke