*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku Berlindung Kepada Allah Dari Syaitan Yang Direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Kenapa tak ditujukan bukti kamu terus kepada saya?

Anyway saya ada mengumpulkan sebahagian daripada bukti saudara dan saya
telah pun memberikan ulasan pada bukti tersebut.

Sebenarnya yang saya ingin cari daripada bukti saudara adalah landasan
mengukur ilmu dan perbandingan ilmu yang belum lagi jelas.

Yang saudara berikan adalah pengakuan/pujian drp 3 orang saksi, yang
hanya boleh digunakan untuk membandingkan tahap ilmu mereka sendiri
dengan Ibnu Taimiyah. Adakah di antara mereka itu Tok Sheikh Sufi? Dan
juga tiada jumlah peratus yang diberikan mereka? Bagaimana ukuran
peratus itu boleh tercapai? Bagaimana pula kenyataan saudara boleh
merangkumi SEMUA Tok Sheikh Sufi?
---------------------------------------------------------------------
Anyway, di bawah diberikan PUJIAN IBNU KATSIR terhadap Imam Ibnu
Taimiyyah:

Berkata Ibnu Katseer:

    " And perkara paling kecil yang beliau akan buat apabila mendengar
sesuatu (ilmu) adalah beliau akan menghafalnya dan kemudian beliau akan
mengkaji perkara itu. 

(Takde pulak dinyatakan samada dia laksanakan ataupun tidak?)

 Ibnu taimiyyah adalah seorang yang sangat PINTAR
dan kuat hafalannya.  Dia telah menjadi IMAM TAFSEER dan segala yang
berkaitan dengannya.  Dia juga sangat ALIM dalam Ilmu Feqah. 

 Anda
beliau adalah lebih alim dalam feqah sesuatu madzhab daripada pengikut2
sesuatu
madzhab itu , baik di zaman beliau mahupun bukan di zaman beliau. 

(Macam manalah orang ni boleh berikan kenyataan sebegini, dia ni tukang
tenung ke? Boleh tengok zaman lain? Mana boleh pakai kenyataan tukang
tenung)

Beliau adlaah alim dalam perkara USOOL da FUROOQ, dalam perkara nahu,
lughah dan segala ilmu yang wujud. 

(Ibnu Taimiyah ni tahu bahasa Melayu ke? Tahu ilmu pasal komputer ke?)

Dan tidak ada alim dalam sesuatu ilmu yang
bercakap dengan Ibn taimiyyah melainkan alim itu akan merasakan bahawa
beliau adalah seorang yang alim dalam bidang itu.  

(Macam manalah orang ni boleh berikan kenyataan sebegini? Rasul Allah
pun Allah suruh bertanyakan kepada orang yang berilmu)

Berkenaan dengan AlHadeeth, beliau adalahj pembawa BENDERA Ilmu Hadeeth,
seorang Al Hafidh, berkebolehan untuk mebezakan yang mana kuat dan yang
mana lemah dan
sangat maklum tentang para perawi.

Salah satu contoh pujian Adz Dzahabi ke atas Ibnu taimiyyah.
Excerpt di ambil dari kitab "tadhkiratul huffaadh"(02/146):

" Yang Sheikh, Yang Imam, Yang Allamah, Yang Al HAfidh, yang Naqeed,
yang Faqeeh, yang Mujtahid, yang Mufassir, yang mahir, yang mempunyai
ilmu yang tinggi, yang menjadi fenomena yang paling terkenal di dalam
zaman beliau, Taqeudden Abul Abbas Ahmad bin Al Fatee Shihaabud Deen
Abdul Haleem ( Ibnu Taimiyyah).

(Panjang ya, gelarannya daripada Rasul Allah?)

Berikut adalah contoh pujian ulama2 silam ke atas Sheikh Ibnu
Taimiyyah.
Ini adalah contoh pujian dari Al Hafidh Al Bazzar:

"Kamu tidak akan melihat seorang ulama menentang beliau( Shaikhul Islam
Ibnu Taimiyyah), menghalang ( orang ramai) dari dia, mempunyai kebencian
yang kepada dia melainkan oran itu adalah orang yang paling TAMAK di
dalam mengumpul kekayaan dunia dan seorang yang paling kejam di dalam
mengumpulkan ( harta) tersebut, dan seorang yang paling pandai menyamar
dan seorang yang paling teruk reputasi mereka dan seorang yang paling
hebat di dalam meletakkan penipuan di atas lidah mereka"

(Ini ciri2 Qarun ni. Adake orang yang lagi terror daripada Qarun?)

al-Bazzaar 'al-A'laam al-'Uliyyah' (82)
-----------------------------------------------------------------------

Aku Berlindung Kepada Allah Dari Syaitan Yang Direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Dan janganlah kamu campurkan kebenaran dengan yang batil dan (jangan)
kamu sembunyikan kebenaran itu, sedang kamu mengetahuinya. (2:42)

Buat apalah saudara nak sembunyikan bukti saudara tu, jikalau boleh
menegakkan kebenaran perkataan saudara sendiri. Bagaimana pula saudara
nak membenarkan perkataan Allah, jikalau perkataan saudara sendiri pun
tak ketahuan kebenarannya? Bahkan, saudara lebih mengetahui kebenaran
yang saudara sembunyikan, selain daripada Allah.
Tiadakah saudara ingin menjadi orang yang benar, dan yang membenarkan
Allah?


Khairol Azam Mohamad wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Aku Berlindung Kepada Allah Dari Syaitan Yang Direjam
> Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
> 
> Jadi kenyataan saudara itu dibuat semasa saudara merasakan yang diri
> saudara teraniaya oleh puak2 sufi, kerana pada pandangan saudara, mereka
> juga membuatkan tuduhan terhadap wahabi/salafi/ibnu taimiyyah tanpa
> bukti.
> 
> Baiklah, tetapi cubalah fikirkan semula kenyataan saudara dalam keadaan
> tenang tanpa merasakan tekanan daripada pihak sufi ataupun rasa
> teraniaya. Adakah saudara merasakan yang kenyataan saudara itu, benar?
> Jikalau ya, adakah saudara ingin membenarkan kenyataan saudara?
> 
> Ataupun, saudara merasakan kenyataan itu tidak benar dan dibuat atas
> dasar rasa tak puas hati ataupun teraniaya. Jikalau ya, adakah saudara
> ingin menarik semula kenyataan saudara?
> 
> 
> Abdul Rahman wrote:
> >
> > >
> > >
> > > Kepada sdr Abdul Rahman;
> > > Hmmm jikalaulah benar kenyataan yang saudara buat, saya rasa tentu ramai
> > > murid2 Tok Syeh SUFI yang sanggup mengikuti saudara dan fahaman saudara
> > > tu. Bukankah itu tujuan saudara selama ini? Untuk berdakwah dan mengajak
> > > mereka beriman, seperti keimanan saudara? Takkanlah pula saudara sekadar
> > > nak berdebat dengan mereka saja? Inilah peluang saudara untuk
> > > menyakinkan mereka.
> > >
> > > Apa kata jikalau saudara kemukakan bukti dan saksi saudara?
> > >
> >
> > Saya sengaja tidak mahu mengemukakan bukti kerana selama ini pun puak2 SUFI
> > membuat DAKWAAN tentang WAHABI/SALAFI/IBNU TAIMIYYAH, tiada bukti yang dikemukan
> > oleh mereka.  Mengapa saya harus mengemukakan bukti saya sedangkan mereka sendiri
> > TIDAK PERNAH MENGEMUKAKAN bukti???.
> >
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Khairol Azam Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Khairol Azam Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke