*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cc:[EMAIL PROTECTED]


Assalamualaikum...kengkawan.

Minggu ini netters banyak memperkatakan tentang'Tudung kepala' dan berbagai 
andaian yang di buat dan ada yang membuat kenyataan seolah-olah memperlekeh 
hukum yang Allah swt turunkan kepada kita.Maka ada
netter yang menempelak kononnya wanita yang memakai tudung kepala 
menampilkan ke egoan.Jadi di sini siapa yang lebih ego?

Kita kena faham  apabila kita bercakap tentang 'bertudung' maka kita 
bercakap tentang soal aurat.Jadi jangan kita sama kan kewajipan puasa, 
sembahyang, kerana itu amalan terus antara kita dengan Allah.Sedangkan aurat 
berhubungkait dengan pendedahan wanita di khalayak ramai.Jadi menutup aurat 
adalah 'Wajib'! Apabila satu hukum itu jatuh kepada 'Wajib', itu bererti 
mahu atau tidak, setuju atau tidak, rela atau tidak, tetap kita kena 
sempurnakan juga!Bermakna di sini tiada lagi istilah 'bertolak ansur' 
ataupun 'tawar menawar'

Jadi jelas di sini bahawa tidak ada kompromi dalam soal menutup aurat.Ada di 
kalangan isteri yang memohon 'waktu bertenang' daripada suami,agar si 
suamimengizinkan sehingga sutu hari nanti si isteri akan
bertudung. Jadi di sini yang kita boleh persoalkan, siapakah yang menurunkan 
hukum menutup aurat? dan siapakah suaminya yang boleh 'melulus' permohonan 
sebegini?

Bagaimanapun tak perlu kita nak melatah dengan sikap segelintir masyarakat 
islam hari ini sama ada di Malaysia ataupun Negara di mana majoritinya orang 
islam.Kita masih ingat lagi di Turki, di mana seorang
ahli parlimen Merve Kavakci dari parti Virtue telah di usir dari dewan 
kerana mengenakan sehelai tudung di kepala.Dan yang terbaharu kes di mana 
mahasiswa di fakulti pengajian islam Turki ,tidak di benarkan
memakai tudung.Oleh itu, tidak bermakna kalau sesebuah negara itu 
majoritinya orang islam, maka orang islam akan selamat!

Jika kita lihat di Perancis, Isteri Presidennya adalah nyata seorang kafir 
dan hidup pula dalam sistem sekular, tetapi beliau sanggup mempertahankan 
nasib seorang gadis muslim yang memakai tudung ke sekolah
,walaupun terang-terang ia bercanggah dengan undang-undang dan peraturan 
sekolah di sana!.Jadi di Malaysia kita ada pemimpin islam, kita ada pusat 
islam, kita ada masjid yang besar-besar di sana sini,
tapi itu semua belum menjanjikan 'keselesaan' untuk islam di amal dan di 
sebarkan.Bayangkan lah kalau seorang ulamak sanggup di pecat satu persatu! 
Maka satu hari nanti jadi lah negara kita macam negara
Turki. Kerana turki sekarang popular bukan kerana tamadun islamnya, tetapi 
hasil keluarannya seperti bahan-bahan untuk mendekati diri kepada Allah 
seperti Tudung kepala, sajadah dan Quran.Jadi islam bagi
mereka adalah satu perniagaan dan bukannya lagi suatu amalan.

Berbalik kita kepada isu tudung tadi, adakah dengan meletakkan kain seberat 
tidak sampai 300 gm di atas kepala, maka wanita itu akan terpencil dari ke 
duniaan? adakah dengan mengenakan kain tidak sampai
seberat 300 gm atas kepala, maka akan membataskan aktiviti wanita tersebut? 
adakah dengan mengenakan kain yang tidak sampai 300 gm berat di atas kepala, 
maka produktivitinya akan merosot?

Kini, alhamdulillah kita dapat melihat ramai wanita telah bertudung termasuk 
golongan professional. Sesungguhnya mereka mencari keredaan dari Allah dunia 
dan akhirat.Jadi bagi 'Netter' yang tak mampu menyuruh
isteri bertudung, di harap tu jangan le membuat kenyataan yang  bercanggah 
dan boleh merosakkan akhidah sendiri.Ada lebih baiknya kita mengakui akan 
kelemahan kita daripada kita memesongkan hukum yang telah Allah perentahkan 
pada kita daripada kita memutar belitkan perkara dengan alasan yang 
bukan-bukan, hinggakan kenyataan pemimpin yang menghina islam termasuk hudud 
pun kita masih buat-buat pekak tuli dan mengagung-agungkannya.

Wassalam.

[EMAIL PROTECTED]
(hak cipta terpelihara)



_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke