*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
sahabat-sahabat yang dimuliakan,

Hari ini 9 Feb 01, kira-kira sebulan dari sekarang
iaitu pada tarikh 6/3/01 kita akan menyambut
kedatangan
hari raya haji, aidiladha atau pun hari raya korban.

Bagi mereka2 yg sampai 'seru' tahun ini, maka
pemergiaan mereka ke tanah suci tentunya akan menjadi
kenangan dan peristiwa yg tersendiri buat mereka dan
sanak sekeluarga.

Malam tadi contohnya, ketika saya bersama jemaah
masjid ke rumah seorang sahabat yg mengundang kami
untuk ke rumahnya bagi menyempurnakan majlis bacaan
yassin sempena keberangkatan beliau ke tanah suci,
saya dapat lihat betapa meriahnya mereka sanak saudara
sekeluarga membuat persediaan untuk beliau suami
isteri ke sana.

Ada pun saya, seperti kata orang, belum sampai 'seru';
tapi yg sebenarnya kelemahan pada diri saya inilah
pada hakikatnya menyebabkan seru itu belum sampai
sedangkan 'SERUan' haji itu sudah pun lama
berkumandang sejak zaman awal Islam lagi, jadi tak
logiklah sangat kalau nak kata tak sampai seru.

Maka, dalam keghairahan mereka menyambut kedatangan
musim haji sempena hari raya haji ini; saya pula
alhamdulillah dengan sedikit rezeki yg berlebihan
insyaallah bercadang untuk menumbangkan seekor lembu
untuk korban.....sebenarnya adalah nazar atas sesuatu
hajat yg agak sukar, tapi dengan izin Allah akhirnya
terlaksana jua.

Bercakap pasal Nazar, saya ingin berkongsi catatan
dengan saudara saudari yang dimuliakan; saya
sebenarnya tak begitu pasti apakah sebenarnya atau
kata orang putih apa yg 'Actually' saya cakap masa
nazar dahulu:

a) Adakah saya kata 'Kalau aku dapat buat itu, aku
nazar nak buat korban'?
b) Adakah saya kata 'Kalau aku dapat buat itu, aku
nazar nak buat korban seekor lembu'?

Pertanyaan ini telah menghantui diri saya sejak dua
tiga bulan kebelakangan ini; saya risau kot kalau saya
cuma buat korban dlm erti kata ambil 1/7 daripada
seekor lembu dengan kongsi bersama rakan2 yg lain,
mungkin nazar saya itu belum tertunai. Tapi, kalau
ambik seekor terus, ish, sakit jugak tu!

Last-last sekali, untuk tak mau ambil risiko, saya
bercadang nak korban seekor lembu sebagai bayaran
nazar tersebut.

Seroang rakan saya juga pernah menghadapi masalah yg
sama; beliau pernah bernazar nak puasa 7 hari kalau
hajatnya tercapai; apabila sampai ketikanya, beliau
jadi confuse sama ada nak kena puasa 7 hari berturut2
atau pun puasa bila ada masa hingga cukup 7 hari,
sebabnya ialah beliau tak pasti sama ada sewaktu nazar
itu beliau ada sebut 7 hari sahaja atau pun 7 hari
berturut-turut.

Ringkasnya; kepada mana-mana sahabat yang ingin
bernazar, adalah dinasihatkan ingat betul2 apa yang
nak dinazarkan itu; kalau boleh tulis dalam diari lagi
baik.

Sekian. Selamat Membuat Persediaan Untuk Menyambut
Kedatangan Hari Raya Korban.

Catatan Ikhlas,
Kuniq Bendang Perdang

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke