*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





                     THOMAS KUHN

   Thomas Samuel Kuhn telah dilahirkan pada 18 Julai 1922 di Cincinatti,
Ohio, Amerika Syarikat. Beliau menerima PhD dari Universiti Harvard pada
tahun 1949 dan terus bekerja di sana sebagai profesor bantuan (asistant
professor)di dalam bidang pendidikan umum dan sejarah sains. Pada tahun
1956, Kuhn menerima jawatan di University of California -Berkeley, di mana
pada tahun 1961 beliau menjadi profesor penuh di dalam bidang sejarah sains.

Pada tahun 1964,beliau telah dinamakan 'Taylor Pyne Professor of Philosophy
and History of Science' di Universiti Princeton. Pada tahun 1979, beliau
kembali ke Boston, pada kali ini di Massachusetts Instiute of Technology
(MIT) sebagai profesor falsafah dan sejarah sains. Pada tahun 1983, beliau
mendapat anugerah 'Laurence S. Rockefeller Professor of Philosophy ' di MIT.

Di kalangan kelima-lima buku dan keseluruhan artikel yang pernah ditulis
beliau, karyanya yang paling menonjol ialah 'The Structure of Scientific
Revolutions' yang beliau tulis semasa sedang mengikuti program pasca ijazah
di dalam Fizik Teoretikal di Harvard.

Karya itu, yang pada mulanya diterbitkan sebagai sebuah makalah dalam bentuk
buku di 'International Encyclopedia of Unified Science',kemudiannya telah
diterbitkan dalam bentuk buku oleh Penerbitan Universiti Chicago pada 1962.
Ia terjual sebanyak 1 juta naskhah di dalam 16 bahasa dan sekarang menjadi
teks wajib dalam kursus-kursus berkaitan pendidikan, sejarah, psikologi,
kajian, dan semestinya; sejarah dan falsafah sains.'Structure' telah
mencetuskan kontroversi yang hangat, dan kebanyakan idea-idea Kuhn telah
ditentang.

Melalui 13 artikel yang padat tetapi mencabar minda, Kuhn memperkatakan
bahawa sains sebenarnya, bukanlah satu proses penambahan ilmu secara
konsisten. Tetapi, sains adalah 'beberapa siri peristiwa aman yang terganggu
dengan revolusi intelek yang ganas' yang beliau jelaskan sebagai
'peristiwa-peristiwa yang memecah tradisi di dalam lapangan sains yang
sebenarnya berpaksikan kepada tradisi'.
Selepas revolusi-revolusi tersebut, 'satu persepsi (terhadap dunia) diganti
dengan persepsi yang lain'.

(bersambung)


>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke