*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum wbt,

Just to share with you ladies...

__________________________________________________________
Selamat memperbaiki amalan baik utk lebih baik ...

21 PEDOMAN BUAT WANITA



Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari
'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang
penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau
suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak
anda sukai, dan tidak menyukai anda.
--------------------------------------------------------------------------------
Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan
beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu
tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara
itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan
dirianda.
--------------------------------------------------------------------------------
Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun,
anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang
akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan
mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup
berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki
berubah memperbaiki dirinya.
--------------------------------------------------------------------------------
Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup
memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki.
Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda
beri.
--------------------------------------------------------------------------------
Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu
percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang
sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara
mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah.
Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah
pendiriannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan
suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.
Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa
isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah
sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan
kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah
kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang
dilarang.
--------------------------------------------------------------------------------
Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang
bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya,
membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada
suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin
menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak
berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan
diri anda. Andalah yang patut berubah.
--------------------------------------------------------------------------------
Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab Sebenarnya
tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia
ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada
isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna
sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun.
Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan
rugiapa-apa.
--------------------------------------------------------------------------------
Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya
upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri
lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa
kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
--------------------------------------------------------------------------------
Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu.
Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks
dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan
kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa
dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang
dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
--------------------------------------------------------------------------------
Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai
kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih
berminatlah dia kepada anda.
--------------------------------------------------------------------------------
Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang
dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila
anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
--------------------------------------------------------------------------------
Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan
nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya
dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
--------------------------------------------------------------------------------
Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami
sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang
sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya,
dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri,
malah menjadikan diri lebih terhormat.
--------------------------------------------------------------------------------
Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami
isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang
diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin
anda katakan.
--------------------------------------------------------------------------------
Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh
yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap
perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk
membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
--------------------------------------------------------------------------------
Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita
ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya
perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya
yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir
mengenaianda.
--------------------------------------------------------------------------------
Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan
menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan
penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda
dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa
gembira mengahwini suami anda.
--------------------------------------------------------------------------------
Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan
kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang
memulakannya.
--------------------------------------------------------------------------------
Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat
suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah
seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi
dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai
isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
--------------------------------------------------------------------------------
Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang
sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah
bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah
tanggungjawab anda terhadapnya.
--------------------------------------------------------------------------------
Wallahua'lam...


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Lyn burn" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke