*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~salam,

Forwarded from Islah-net

From:  TuanHassan Tn-Lah <[EMAIL PROTECTED]>
Date:  Thu Jan 18, 2001 9:00am
Subject:  kpd oral seks.18SX




[EMAIL PROTECTED] wrote:

>asm,
>
>Meliwati isteri dan jima' semasa haidh adalah diharamkan. Selain
>daripada itu adalah halal.
>Jadi, adakah seorang isteri boleh/harus/halal menghisap2 akan zakar
>suaminya ? Serta adakah isteri boleh/harus/halal menelan akan air
>mani suaminya jika semasa menghisap2 itu mani suami
>terkeluar/terpancut ?

------------------------------------------

Jawab:

Masalah ini agak bizzare kepada sesetengah orang..read with caution.
Kita terpaksa membahaskan isu ini kerana dengan kebanjiran internet dan
VCD,
umat Islam telah terdedah kepadanya dan membingungkan mereka...

Prof Abd Hayy abd Syukor telah menjawab dengan panjang lebar akan isu ini
dalam ruangan fiqhnya di Mingguan Malaysia. Mungkin boleh search web-site.

Rumusannya: Bila sesuatu perkara itu didiamkan oleh syara' tidaklah
semuanya
harus...misalnya semua makanan yang tidak disebut oleh alQur'an dan
Sunnah, maka
a adalah halal...ia diperincikan pula oleh fuqaha' berdasarkan beberapa
kaedah dan juga uruf
(adat). Fuqaha'lah yang memperincikan hukum memakan burung, amfibia, ular,
biawak
dsbnya yang melata atau dalam air.

Seks pun begitu, jika ia tidak dihalusi atau diperincikan oleh alQur'an
dan asSunnah;
maka ia diperincikan pula oleh ulama' dan uruf (adat) dan susila bangsa.
Oral seks
walaupun di diamkan oleh syara' ia menyalahi ruh seks sebagai ibadah dan
adab sebagai
suatu umat yang menerima ajaran luhur dari langit yang dipagari dengan
adab dan susila
yang tinggi dan mulia; membezakan ia dari haiwan atau bangsa yang rusak
dari ruh beragama. Ada kitab seperti I'anat Talibin yang mengharuskan seks
oral (yang dibahaskan di zaman dahulu ialah melihat kemaluan isteri dan
suami melakukan oral seks terhadap isteri; tidak dibahaskan pula isteri
yang melakukan oral seks (kpd suami) dalam kitab tersebut), tapi
kebanyakan (jumhur) fuqaha' melarangnya kerana menjaga adab dan etika
muslim.

alQardhawi (sesi ceramah di USA, 1990) menjawab bahawa oral seks adalah
sesuatu
yang diperlukan dalam masyarakat Barat yang over-exposed kepada seks dan
pendedahan aurat, mereka perlukan lebih banyak rangsangan tambahan;
sedangkan kami di Timur
tidak memerlukan kerana tiada berleluasanya pendedahan aurat dan kebebasan
seks.
namun saya melihat isu oral seks ini sesuatu yang didiamkan oleh syara'
dan saya tidak
boleh mengeluarkan hukum ke atasnya kerana larangan yang sarih (jelas)
tidak ada.

Maka begitulah keadaannya...ia tetap berbalik kepada ayat umum tadi:
isteri kamu adalah ibarat ladang,berladanglah bagaimana yang kamu
sukai...ia termasuk seperti mengembala di pinggir lembah, anda mungkin
terjatuh ke dalam gaung...
thtl





_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ibnu ramli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke