===========================
  aL-AHKAMnet oleh: aL-AHKAM online
  http://ahkam.hypermart.net
  Sila kirimkan artikel, pendapat, soalan dsbnya di: [EMAIL PROTECTED]
  ===============================

  From:   [EMAIL PROTECTED]

  Assalamualaikum,

  1:  Beberapa malam yang lalu, Ustaz Abd Rahim, Bekas gurubesar Sekolah
  Rendah Islam AlAmin KL, didalam ucapan farewell nya menyatakan akan
  penekanan hafazan di SRIAA.  Mendengar apa yang diperkatakan olehnya,
  membuatkan saya dan isteri saya berhajat untuk berkongsi pengalaman sendiri.
  Pengalaman ini ialah program menghafaz quran untuk anak anak kami yang
  dilakukan dirumah.  Program ini telah dilakukan semenjak dari awal tahun
  2000 dan bibit kejayaan boleh lah dikatakan nampak.  Kami katakan bibit
  kejayaan agak nampak kerana dua anak kami Abdul Fattah (12t) dan Suhaylah
  10(t) telah berjaya menghafaz hampir 5 juzuk pada tahun lalu.  Kedua duanya
  berjaya menghafaz, 4 juzuk pertama dan juzuk 29 utk Abdul Fattah dan surah
  surah darjah lima untuk Suhaylah.  Untuk juzuk 30, kedua duanya memang sudah
  menghafaznya kerana ia merupakan basic di SRIAA.

  2: Hajat untuk berkongsi telah ada semenjak october 2000 lalu.  Malah telah
  ada draft yang disediakan.  Ianya ditangguhkan pada masa itu kerana target
  pertama iaitu menghafaz 5 juzuk belum lagi tercapai.  Sebab lain ialah tak
  sanggup bagi diri kami melayan sifat mazmumah kami, sifat ujub dan riak yang
  sudah tentu akan datang dan perlu pula dilawan.  Tetapi bagai kata setengah
  ustaz, kalau kita tak jadi sembahyang sunat kerana takut riak, maka dengan
  tidak melakukannya juga adalah riak.  Oleh itu mestilah dilakukan.

      Dari analogi ini dan mendengar apa yang dikatakan oleh Ustaz Rahim
  membuatkan kami tetap ingin berkongsi.  Kami mengharapkan pengalaman kami
  dapat diforwardkan keseramai yang boleh atau kepada sesiapa saja.  Mudahan
  mudah ianya mencapai lebih dari 1 juta orang yg akan dapat membaca tulisan
  ini.  Oleh itu forwardkanlah kepada kenalan anda atau discussion list yang
  anda tahu. Bukan bermakna apa yang kami buat adalah betul.  Kami hanya
  berharap pengalaman kami menjadi titik tolak ramai ibubapa untuk mencuba dan
  membaiki apa yang telah kami lakukan.

  3: Kenapa program ini bermula.
      Setiap ibu bapa mempunyai impian. Dan jika impian itu dicanai dengan
  baik, anak anak akan dapat menerima impian dan melakukan impian itu.  Contoh
  nyata di negara kita ialah seperti Shalin Zulkifli (Bowling), Ong Beng Hee
  (squash), Ning Baizura (artis), Krisya (artis).  Jika dikaji
  latarbelakang mereka, involvement ibubapa mereka diperingkat awal adalah
  nyata sekali.  Ibubapa merekalah yang membawa arah mereka sekarang.

     Ramai dari kita mahu mempunyai anak anak yang hafiz.  Sebahagian tindakan
  mereka ialah menghantar anak anak mereka kesekolah tahfiz.  Kami agak
  keberatan untuk menghantar anak anak kesekolah asrama.  Sebab utama ialah
  kami mahu anak anak kami bersama kami sekurang kurangnya 15tahun pertama
  kehidupan mereka.  Bagi kami, kami tidak puas bermain dengan mereka jika
  mereka terlalu cepat meninggalkan rumah untuk keasrama.  Memandangkan kepada
  perkara ini, tetapi masih mahu anak anak menjadi hafiz,  maka kami
  memikirkan
  cara lain untuk melakukannya.  Dengan simple calculation iaitu target untuk
  menghabiskan menghafaz selama 5/6 tahun, maka lahirlah program yang kami
  lakukan.

  4: Pressure keatas anak anak
      Satu  perkara yang akan dipersoalkan oleh ibu bapa ialah tidakkah anak
  anak akan stress.  Maka kami tidak menafikan kemungkinan berlakunya stress
  itu
  tetapi kami rasa kita perlu manage stress tersebut.  Tidak ada kehidupan
  yang tidak stress.  Oleh itu anak anak yang tidak pernah menghadapi stress,
  kemungkinan akan menghadapi masalah masa depan.  UPSR, PMR, SPM dan
  peperiksaan semuanya ada unsur stress.  Terlalu banyak main pokemon,
  computer games atau playstation juga stress.

      Jika anak anak kita mempunyai masa untuk bermain, main computer, tengok
  tv, aktiviti luaran seperti berkhemah, pantai dan sebagainya, maka unsur
  stress
  ini tidak timbul.  Kami selalu menekankan kepada anak anak kami bahawa ada
  masa tidur, main, study dan sebagainya.  Contohnya pada setiap weekend,
  selepas pukul 5.30pm, anak anak kami tidak dibenarkan berada dihadapan tv
  atau computer.  Mereka mesti keluar rumah untuk bermain basikal, badminton
  etc dengan anak anak jiran.

      Saya sendiri menghadapi stress semasa kecil seperti bangun pagi pukul 6,
  pergi menoreh getah hingga 10pagi, berkayuh basikal 5 batu untuk menaiki bas
  pergi kesekolah, pergi kesawah, menanam jagung dan sebagainya.  Kadang
  kadang baru hendak tidur diwaktu tengahari, sudah dikerah untuk kekebun.
  Semua itu dilakukan
  semasa berumur 7 hingga 9 dan 13 hingga 15.  Semua itu membentuk character.

      Malah saya bimbang anak anak kami yang semuanya  ada dan disediakan,
  tidak mempunyai ketahanan mental apabila mereka berumur 15 tahun keatas.
  (perhatikan 15 tahun keatas bukannya 21 tahun keatas)

      Oleh itu, stress tidak timbul jika kita pandai menjaga dan menguruskan
  anak anak dan sentiasa memerhatikan perkembangan dan kelakuan mereka.  Jika
  mereka diperhatikan, kita insyallah dapat mengesan jika unsur stress berlaku

  5: Kebolehan anak anak.
      Perkara ini adalah penting kerana kebolehan mereka dapat menentukan
  target yang mahu diletakkan.  Begitu juga, kebolehan mereka menentukan
  stress level yang mungkin mereka hadapi.  Kita yang mempunyai ramai anak
  anak dapat melihat perbezaan kebolehan mereka.  Sebagai contoh, anak pertama
  kami, smart dan cepat dalam science subject tapi agak cuai, yang kedua smart
  dalam art subject tapi agak lemah dalam science (pertama dan kedua adalah
  lulusan PTS), anak ketiga kami kategorikan kepada slow starter but strong
  finisher, yang keempat mempunyai potential yang tinggi.

      Walaubagaimanapun kita perlu ingat, kebolehan anak anak kita pada hari
  ini banyak ditentukan kepada apa yang dilakukan semasa mereka berumur 0-5
  tahun.  Bagaimana dan apa pembentukan dari bayi itu dibuat banyak menentukan
  kebijakan dan kepintaran mereka hari ini.

      Konsep konsep pendidikan awal seperti repetitive learning, photographic
  memory, flash card, lasy, lego, video video seperti you can read atau magic
  box, buku seperti read with me etc membentuk minda mereka (pengamatan kami,
  janganlah dibeli britanica atau buku yg tebal tebal tu,  Tak ramai ibubapa
  yg boleh consistent lebih dari 3 bulan jika menggunakan buku buku tersebut).

      Keadaan sekeliling dirumah juga menentukan kebolehan mereka.  Article
  ini tidak bertujuan membincangkan unsur child development, oleh itu ibubapa
  muda
  (yg senior pun boleh) perlulah mencari bahan rujukan untuk perkara diatas.

      Apa yang ingin ditekankan ialah mengetahui kebolehan anak itu perlu, dan
  sekiranya kebolehan itu sedikit kurang, mungkin perlu dilihat unsur
  pembentukan yang lalu.  Prinsip kami setiap anak yang dilahirkan adalah
  bijak, cuma bergantunglah kepada ibubapa untuk membentuknya.  Itulah
  pegangan kami.  Bagi mereka yang tidak banyak membaca mengenai pembentukan
  anak anak, janganlah terperanjat jika anak anda akan ketinggalan didalam
  dunia Y2K nanti.

  6: Target Program.
      Apabila kami memulakan program ini pada februari 2000, target yang
  diletakkan ialah menghabiskan  1 juzuk dalam masa empat bulan untuk anak
  pertama kami dan 4 bulan untuk menghabiskan hafalan darjah lima untuk anak
  kedua kami.  Alhamdulillah target itu dicapai dengan agak mudah.

      Kemudiannya pada 5 jun 2000, kami menukar target kepada 4 mukasurat
  seminggu dengan persetujuan anak berdua ini.  Setelah beberapa minggu,
  perbincangan kami lakukan semula dengan anak anak.  Didapati mereka mengadu
  susah
  sedikit dan dari perbincangan kami dengan anak berdua ini, target
  dikurangkan kepada 3 mukasurat seminggu.  Ini bermakna setengah muka surat
  sehari.  Dari pemerhatian kami, selalunya untuk setengah muka surat ini,
  ianya mengambil masa antara 45-60minit, malah kadang kala kurang dari 45
  minit.  Malah anak perempuan kami pernah mengatakan ' bila dah lama hafaz
  ni, dah mudah lah abah'.  Pernah juga didalam perjalanan kesekolah diwaktu
  pagi, mereka berbual sesama mereka yang mengatakan nak hafal salah satu
  surah  juzuk amma tu mudah saja.  Kami hanya tersenyum mendengarnya.

      Olehitu target jangka panjang program ini ialah untuk melahirkan hafiz
  dalam masa 5/6 tahun dengan target 5 juzuk setahun. Ini berdasarkan kepada
  target tahunan sebanyak 5 juzuk setahun.

    Pengiraan nya begini.  Satu tahun ada 52 minggu, katalah kita mengambil 40
  minggu, maka 40 minggu didharab 3 mukasurat, jumlahnya 120mukasurat.  Satu
  juzuk ada 20 mukasurat, maka120mukasurat di bagi 20, menjadi 6 juzuk. Jadi
  target setahun adalah antara 5-6 juzuk, kerana kita kena juga mengambil kira
  minggu minggu peperiksaan dan sebab sebab lain.

    Pengiraan diatas berdasarkan kepada 3 mukasurat seminggu.  TETAPI,
  kebolehan anak anak perlu diambil kira terutama jika program
  itu
  baru bermula untuk mereka.  Mengambil kira faktor kebolehan dan baru
  bermula, target anak ketiga kami yang baru darjah tiga, hanyalah 1 mukasurat
  seminggu sahaja.  Disinilah pemerhatian terhadap kebolehan anak anak
  mengambil peranan.

  7: Cara Dilakukan.
      Untuk ibubapa yang mahu melakukan program ini, adalah digalakkan berbual
  dengan ustaz ustaz ditempat anda untuk mengetahui lebih lanjut.  Terdapat
  perbezaan kaedah, ada yang mengatakan memulakan hafalan dari juzuk belakang,
  ada yang dari hadapan.  Kami mengambil cara dari juzuk awal.

      Mengikut target setengah mukasurat sehari, anak anak kami akan membaca
  banyak kali dan kemudian cuba mengingat.  Pada peringkat awal, isteri saya
  akan check dari masa kesemasa untuk memastikan hafalan mereka betul.  Tetapi
  olehkerana dua anak kami telah okay, mereka check sesama sendiri.

      Pada hari sabtu dan ahad, isteri saya akan check untuk 3 mukasurat untuk
  minggu itu, bagi memastikan kesemua mukasurat dihafal.

  8: Cabaran Utama
      Cabaran utama didalam program menghafaz bukanlah menghafaz ayat baru.
  Cabaran utamanya ialah memastikan apa yang telah dihafal sentiasa diingat
  kembali.  Sekiranya disebut ayat ayat tertentu, mereka boleh menyambungnya
  dengan baik.  Ini lah kekurangan program hafazan dirumah.  Oleh itu usaha
  perlu dibuat supaya ayat yang telah dihafal diulang kembali supaya ianya
  akan terus diingat.

      Salah satu usaha kami pada tahun lalu ialah sesudah saja peperiksaan
  tahun lalu,kami terus menghantar anak anak kami untuk kesekolah tahfiz untuk
  membuat ulangkaji.  Program disekolah tahfiz ini ialah specific untuk
  mengingat kembali.  Dimasa cuti persekolahan, mereka masih pergi kesekolah
  tahfiz ini tetapi hanya sehingga pukul 1 petang.

      Mungkin ada yang bertanya, bukankah mereka sepatutnya bercuti.  Benar
  mereka sepatutnya bercuti, tetapi kalau kita lihat aktiviti bercuti anak
  anak kita lebih banyak melihat tv.  Oleh itu untuk balance antara cuti dan
  belajar masa cuti, mereka hanya dihantar kesekolah tahfiz sehingga 1 petang.
  Ini bermakna mereka masih ada waktu petang hingga kemalam untuk bermain
  dirumah.

      Satu aspect yang akan kami gunakan pada tahun ini ialah apabila mereka
  sudah menghafaz satu juzuk, mereka perlu mengulang kembali juzuk itu.
  Maksudnya, untuk menghafaz 1 juzuk selalunya mengambil masa 6 minggu, maka
  dua minggu berikutnya ialah mereka perlu mengulang juzuk itu supaya mudah
  mudahan hafazan itu lebih kekal.

      Kemungkinan juga jika terdapat nya guru yang hafiz disekolah mereka,
  perbincangan boleh dilakukan untuk merancang bagaimana mereka boleh menolong
  didalam perkara ini.

      Untuk perkara ulangkaji ini, kami masih perlu melihat, mengkaji dan
  memikirkan cara terbaik bagi menanganinya.

  9: Reward/Hadiah
      Perkara ini mungkin akan dipersoalkan oleh setengah orang.  Pada tahun
  lepas kami memberi hadiah sebanyak RM10 seorang apabila mereka berjaya
  menghafaz 3 mukasurat.  Dari RM10 itu, RM 5 nya diambil kembali sebagai wang
  simpanan mereka.  Pada tahun ini, jumlah itu dikurangkan kepada RM 8, dimana
  RM 5 untuk simpanan dan RM 3 untuk mereka belanjakan.  Jumlah RM10
  dikurangkan setelah melihat, mereka agak terlebih mewah dengan RM 5 seminggu
  yang dibelanjakan.  Untuk anak ketiga kami, hadiah yang diberikan ialah RM
  3, iaitu RM2 untuk simpanan dan RM1 untuk dibelanjakan.

  10: Penutup.
      Begitulah serba sedikit yang boleh kami kongsi didalam tulisan ini.  Ia
  merupakan pengalaman setahun yang dialami oleh kami.  Ianya bukanlah terbaik
  tetapi boleh menjadi titik tolak kepada mereka yang ingin mencuba.  Bagi
  kami kalau tak dapat 30juzuk, dapatkan 15, tak dapat juga cuba 10,  dan
  sebagainya.  Mungkin juga cara kami boleh di debatkan terutama bagi mereka
  yang mempunyai asas sekolah pondok atau tahfiz.

       Belum tentu juga program ini akan berjaya dan perjalanannya juga masih
  jauh.  Cuma kami sudah memulakannya.  Doakanlah semoga kami dan orang orang
  yang ingin mencuba berjaya melakukannya. Bagi kami, sesuatu itu bermula dari
  impian.  Impian kami ialah ingin melihat anak anak kami menjadi proffesional
  yang hafiz.

  Semoga keikhlasan dan keberkatan sentiasa berada bersama kita semua.

  Wallahualam
  hamdy - IT, HR & Process Improvement Consultant
  salina - Guru di SRIAAKL.
  16/01/2001 24.00pm

  @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
  Kandungan mel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi 
  Majlis Syura Muslimun (MSM)
  melainkan yang dinyatakan sedemikian

  Langganan : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
  Unsub : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]







------------------------------------------------------------
http://sembang.com
1001 Sembang dan Mesej baru setiap 45 saat!



Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..."

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!!
http://www.netmyne.com/



Kirim email ke