*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Memang tidak adil jika kita menyalahkan satu pihak jika tidak didengari alasan
dari kedua-dua belah pihak.

Jika seorang lelaki 'merosakkan' seorang perempuan. Yang sepatutnya dicemuh
'perosakkah' atau yang menjadi mangsa 'rosak'. Jika tanaman sekalipun rosak
akibat perosak tanaman maka yang dicemuh dan patut dihapuskan adalah perosak
tanaman. Begitu juga dengan komputer, jika perosak komputer menular (akibat
penyebar virus komputer), yang patut dibentras dan dimusnahkan adalah perosak
tersebut (sekadar dua contoh perosak).

Begitu juga dengan makhluk perosak manusia. Makhluk perosak manusia ini ada
yang berupa makhluk yang ganas, bengis dan garang, tetapi ada juga yang
menyamar sebagai manusia baik, pelindung, kekasih dan sebagainya.
Sejahat-jahat makhluk perosak tanaman atau haiwan ternakan, tidak sejahat
makhluk perosak manusia.

Makhluk perosak manusia boleh memasuki pagar yang berkunci, rumah yang
berselak dan bermangga. Seterusnya boleh pula menyamar dengan berbagai-bagai
penyamaran. Sesudah gadis atau wanita yang menjadi mangsanya dirosakkan, dia
boleh mengabui mata masyarakat umum pula. Kononnya yang rosak bukan dia tetapi
wanitalah manusia perosak.

Pada hal, yang sebenarnya, makhluk perosak manusia itulah yang terlebih dahulu
rosak. Rosak akhlak, kewarasan, peribadi dan Imannya.

Kita tahu, wanita adalah golongan yang lemah. Mereka perlukan perlindungan,
keamanan dan keselamatan daripada pihak yang lebih kuat. Pihak itu tentulah
kaum lelaki. Tetapi kebanyakan kaum lelaki perosak kerap menggunakan
'kelemahan' kaum wanita sebagai titik dan sasaran yang memudahkannya
memperdaya dan menipu mereka. Pada hal yang sebenar, tipu daya itu kena pada
batang hidung mereka sendiri.

"Sesungguhnya Allah tidak pernah lalai daripada apa jua yang kamu (manusia)
kerjakan".
"Dia Maha Mengetahui apa jua yang belum pun kamu zahirkan di dalam hati kamu
(manusia)".

Kesalahan, kejahatan, kemusnahan yang dilakukan oleh sesiapa jua, sama ada
lelaki atau wanita adalah tanggungan diri mereka masing-masing. Setiap orang
akan dibalasi setimpal dengan apa yang mereka kerjakan.

Jika lelaki berbuat jahat dan rosak. Mereka tetapi tidak terlepas daripada
balasan Allah. Demikian juga wanita. Dan tidak timbul persoalan, lelaki
berbuat jahat atau rosak, tetapi yang jahat dan rosak adalah wanita.

Allah jua yang Maha Mengetahui!

mamat roslina wrote:

>
>
> Assalamualaikum saudara, kalau nak ngutuk pompuan pun jangan macam separuh
> akal je.  Fikir lah dulu.  Pompuan ke gatal lelaki yang cepat
> tangan...dua-dua dapat dosa sama je..sama banyak je...Kalau dah lelaki
> jahat dapat kat pompuan jahat..kalau pompuan jahat dapat kat lelaki jahat.
> memang mudah nak salahkan orang.  cakap ikut nafsu..tapi fikir sikit, bila
> dapat anak nanti, tahulah nak jaga anak-anak especially yang pompuan
> tu...Anak tok imam pun tak gerenti selamat.
>
> lagi satu memang pompuan tu nafsu 9 akal 1 je, so tak leh ko lelaki yang
> akal 9 tu didik mak we mak we tu biar elok sikit?
>
> >From: "Abu Hafiz" <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* Perempuan mudah Menyerah Lelaki macam Kambing Jantan
> >Date: Sun, 18 Feb 2001 15:34:54 -0000
> >
> >


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke