*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum... Saya teringat akan sebuah kisah di antara dua orang Sufi yang tersohor : iaitu Hasan Al-Basri dan Rabiatul Adawiyyah. Rabiatul Adawiyyah bertanya : "Hai Hasan, jawablah berapa bahagian Allah menciptakan akal?" Jawab Hasan Al-Basri : "Sepuluh bahagian, yang sembilan bahagian untuk para lelaki dan yang sebahagian untuk kaum wanita." Kata Rabiatul Adawiyyah pula : "Hai Hasan, berapa bahagiankah Allah menciptakan syahwat?" Hassan Al-Basri menjawab : "Sepuluh bahagian juga, yang sembilan bahagian untuk para wanita yang sebahagian untuk kaum lelaki." Rabiatul Adawiyyah selanjutnya berkata : "Hai Hasan, aku saja dapat menjaga sembilan bahagian dari syahwat itu dengan satu bahagian akal, dan mengapa engkau tidak dapat menjaga satu bahagian syahwat dengan sembilan bahagian akal?" Maka menangislah Hasan Al-Basri dan terus keluar dari rumah Rabiatul Adawiyyah. Boleh faham ka? Cuba kita berlapang dada menghayati kisah ini dan menjadikannya sebagai panduan harian. Jangan kita menuding jari atau mencari shortcut point untuk menafikan perkara yang sebenarnya. Wallahua'lam... Nurani _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>