*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Saya setuju dengan penulisan saudara tu, saya
cuma nak tambah sedikit iaitu kesimpulan,
kesimpulannya kita hari ini lebih mengamalkan cara dan
ciri hidup masyarakat barat (sensitif nie kalau
disebut) tapi itulah hakikatnya. Kita sendiri yg
merelakan budaya barat tu berada diantara budaya kita,
jadi tepuk lah dada tanya selera.
--spokett
--- alias yusof <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pada zaman dulu, pemilihan jodoh dalam suatu
> perkahwinan itu kebanyakannya
> ditentukan oleh ibubapa. Ibubapa memainkan peranan
> penting dalam menentukan
> jodoh untuk anak-anaknya. Di masa itu istilah ‘cinta
> dulu kemudian kahwin’
> hampir tidak ada samasekali, yang ada hanyalah
> ‘kahwin dulu kemudian cinta’.
> Ibubapa akan memilih gadis-gadis yang baik untuk
> dijadikan menantunya. Cantik
> seorang gadis itu bukanlah menjadi ciri utama dalam
> memilih menantu. Keutamaan
> adalah kepada budi bahasa dan adab sopan si gadis
> tersebut serta kebolehannya
> mengurus rumah tangga seperti pandai mengemas,
> pandai memasak dan tidak keluar
> rumah dengan sesuka hatinya. Gadis-gadis yang tidak
> mempunyai ciri-ciri seperti
> yang disebutkan itu alamat sukarlah untuk
> mendapatkan jodohnya sekalipun rupa
> parasnya memang ada.
>
> Di waktu itu, sangat malulah kalau seorang gadis
> itu lambat dipinang orang,
> kerana ia memberi makna perangai gadis itu terlalu
> teruk sehinggakan tiada siapa
> yang ingin hendak mengambilnya menjadi menantu.
> Oleh itu semua anak-anak gadis
> di waktu itu akan cuba menjadi gadis yang diinginkan
> oleh calon mertuanya.
> Berlumba-lumbalah mereka untuk menghayati dan
> mengamalkan ciri-ciri yang
> disebutkan tadi walaupun pada mulanya mungkin kerana
> terpaksa tetapi lama
> kelamaan ia menjadi suatu kebiasaan. Amalan memilih
> jodoh di zaman dulu itu
> secara tidak langsung dapat mengawal anak-anak gadis
> supaya berkelakuan baik.
>
> Pada masa ini kaum wanita mendapat peluang untuk
> bekerja, sama seperti kaum
> lelaki. Setelah tamat persekolahan anak-anak muda
> ini samada perempuan atau
> lelaki akan cuba mendapatkan pekerjaan yang banyak
> terdapat di bandar. Di zaman
> dulu adalah suatu yang janggal jika ada ibubapa yang
> membenarkan anak
> perempuannya bekerja apatah lagi kalau tinggal
> berjauhan. Apabila anak-anak
> perempuan bekerja dan tinggal berjauhan dengan
> ibubapa maka mereka akan terlepas
> dari kawalan ibubapa. Peluang untuk anak-anak
> perempuan yang bekerja ini untuk
> bertemu dengan kaum lelaki lebih mudah lagi.
> Perubahan sosio budaya masyarakat
> Melayu ini juga telah memberi kesan kepada cara
> pemilihan jodoh dalam masyarakat
> itu sendiri. Pada hari ini, anak-anak muda tidak
> mahu lagi jodoh mereka
> ditentukan oleh orang tua mereka. Sebaliknya mereka
> sendirilah yang mencari dan
> memilih teman yang mereka suka untuk menjadi calon
> isteri atau calon suami. Bagi
> lelaki, mereka akan memilih gadis yang cantik lagi
> menawan untuk menjadi suri
> rumah tangganya. Tidak seperti pilihan orang tua,
> anak-anak muda ini kadang kala
> memilih pasangannya hanya mengikut kehendak nafsu
> mereka semata-mata. Memanglah
> benar rupa paras yang cantik itu penting untuk
> menarik seorang lelaki itu untuk
> berkahwin, tetapi rupa paras yang cantik sahaja
> tidak cukup untuk mengekalkan
> sesuatu perkahwinan atau membahagiakan perkahwinan
> itu. Nilai yang baik seperti
> berbudi bahasa, pandai berkemas, pandai memasak yang
> selalu ditekankan oleh
> orang tua itulah yang biasanya dapat mengekalkan dan
> membahagiakan sesuatu rumah
> tangga itu.
>
> Oleh kerana rupa paras yang cantik menjadi pilihan
> dan rebutan maka kebanyakan
> anak gadis sekarang terus mengabaikan tugas-tugas
> yang biasanya dilakukan oleh
> seorang wanita seperti mengemas rumah dan memasak.
> Budi bahasa dan adab sopan
> tidak perlu diambil berat lagi dan perkara yang
> penting kepada mereka sekarang
> ialah mesti pandai berhias diri dan bergaya. Kalau
> ada rupa dan gaya tentunya
> jodoh tidak ke mana. Banyaklah yang kita dengar
> hari ini, walaupun seorang
> gadis itu malas berkemas, malas memasak, tidak sopan
> santun tetapi kahwin juga
> dia. Ini tidaklah menghairankan kerana rupa parasnya
> yang cantik telah
> menyebabkan dia mendapat jodoh.
>
> Gadis-gadis yang terperap di dalam rumah yang suatu
> masa dulu sebagai lambang
> gadis suci tentulah sukar mendapat jodohnya di zaman
> ini. Tidak hairanlah kalau
> anak-anak gadis sekarang jarang lekat di rumah.
> Teruna mana yang dapat mereka
> temui kalau hanya terperap di rumah, alamat jadi
> anak dara tualah kalau mereka
> masih juga mahu memerap di rumah. Di majlis-majlis
> keramaian, di pesta-pesta
> hiburan, di bandar-bandar adalah tempat anak-anak
> muda kita hari ini mencari
> jodoh mereka. Mana yang mereka rasa berkenan akan
> mereka pikat untuk dijadikan
> kekasih atau calon isteri. Itulah antara sebabnya
> banyak rumah tangga hari ini
> porak puranda dan tidak bahagia kerana asas yang
> dipilih untuk menjadi isteri
> atau suami bukan lagi pada nilai-nilai yang baik
> tetapi sebaliknya banyak
> berasaskan nafsu semata. Tidak dapat dinafikan cara
> pemilihan jodoh yang
> diamalkan pada hari ini telah menyumbang kepada
> keruntuhan akhlak masyarakat
> kita hari ini.
>
>
> Muhammad Al-Fateh wrote:
>
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> > Saya rasa dalam perkara ini kita jangan nak
> bising-bising sangatlah kerana
> > di dalam Al-Quran menerangkan dengan jelas. Di
> dalam ayat yang bermaksud
> > lebih kurang "penzina perempuan dan penzina lelaki
> hendaklah dihukum dengan
> > seratus kali sebatan". Surah mana saya tak ingat,
> tapi boleh refer kpd.
> > al-Quran. Berbeza dgn. ayat pencuri lelaki dan
> pencuri perempuan hendaklah
> > dipotong tangan mereka".
> >
> > Mengikut kitab-kitab tafsir dan kuliah-kuliah
> agama, ini mengambarkan
> > perbezaan kenapa Allah Azzawajalla meletakkan bagi
> ayat zina perempuan
> > dahulu dan bagi ayat curi lelaki dahulu. Antara
> ustaz kat kuliah bagitahu,
> > ini adalah kerana Allah nak menunjukkan bahwa pada
> kes curi sememangnya
> > lelaki merupakan golongan yang paling banyak
> melakukan kecurian. Tak
> > dinafikan perempuan pun ada mencuri, tetapi yang
> paling ramai dalah lelaki.
> >
> > Begitu juga dengan ayat zina, ia dimulakan dgn.
> perempuan dulu. Ini kerana
> > dlm. masalah zina, ustaz bagitau, yang paling
> banyak memulakan ia adalah
> > perempuan. Umpamanya masalah rogol, antara perkara
> penyebab menjadi
> > banyaknya kes rogol ini adalah kerana perempuan
> tidak menutup aurat. Ibarat
> > makanan yang terdedah yang menarik banyak lalat
> untuk hinggap ke atas
> > makanan tersebut. Rasa-rasanya tak payah saya
> uraikan lebih lanjut,
> > faham-faham sendirilah.
>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35
a year! http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Spoke Head <[EMAIL PROTECTED]>