*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku Berlindung Dengan Allah Dari Syaitan Yang Direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil
memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk2 nama ialah fasik
sesudah keimanan.
Barangsiapa yang tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.
(49:11)

Usahkan kepada para sahabat, sesama mukmin pun tidak wajar dicela dan
digelarkan dengan gelaran yang tidak baik.

Itulah balasan mereka, (iaitu) neraka jahanam, sebab mereka kafir dan
mengambil ayat2KU dan RasulKU sebagai olok2an. (18:106)

Hmmm jikalau Allah dan Rasul pun sanggup diperolok2kannya yakni lain
yang disuruh, lain pula yang dibuatnya, siapalah pula para sahabat?



Rozi Bin Muda wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Assalamu'alaikum....!
> 
> Dari semasa ke semasa, kita akan mendapati munculnya artikel-artikel yang
> memperkecilkan serta mempersoalkan kredibiliti para sahabat(RA),
> melaga-lagakan antara mereka, dan perkara yang seumpamanya yang tidak patut
> diperbuat ke atas mereka. Artikel-artikel seperti ini biasanya bersumberkan
> fahaman yang keliru, terutamanya dari golongan yang telah terpengaruh dengan
> dakyah Syi'ah dan Golongan Anti Hadith (GAH).
> 
> Kita harus sedar bahawa para sahabat (RA) adalah sumber rujukan tertinggi
> dalam memahami Islam, selepas al-Qur'an dan as-sunnah. Merekalah saksi mata
> (eye-witness) dan pengamal Islam yang tulen yang patut dijadikan rujukan
> untuk memahami maksud dan konteks sesuatu ayat dari al-Qur'an serta ahadith.
> Meremehkan dan mempersoalkan kredibiliti mereka boleh membawa natijah
> membawa kekalutan dalam aspek memahami Islam.
> 
> Apabila kita perlu juga untuk menceritakan hal ehwal mereka, dan menyentuh
> beberapa kelemahan mereka sebagai seorang manusia, kita perlu lakukan ia
> dengan penuh adab dan RASA HORMAT. Pertamanya, hendaklah kita sedar bahawa
> mereka telah bersama dengan Rasulullah SAW dan mendapat bimbingan terus dari
> Baginda, yang merupakan sebaik-baik manusia dan sebaik-baik guru. Keduanya,
> mereka telah berjuang bersama Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam, pada
> masa yang cukup sukar, yang mana hanya mereka yang tabah dan bulat hati
> terhadap Islam saja dapat bersabar, dan telah terbukti mereka berjaya
> menghadapi dugaan tersebut.
> 
> Ketiganya, kepada merekalah ajaran Islam yang tulen diajar, dan merekalah
> pengamal dan penerus ajaran itu hinggalah ke hari ini. Amat besar jasa
> mereka sehinggakan, setiap amalan yang lakukan kini, tentu sekali mereka
> akan mendapat bahagiannya kerana tanpa mereka, bagaimana ajaran Islam ini
> boleh sampai kepada kita?
> 
> Al-Qur'an sendiri secara jelas memuji dan di dalam beberapa ayat, jelas
> menunjukkan Allah meredhai mereka. Maka siapalah kita untuk mempersoalkan
> mereka yang telah dipuji dan diredhai oleh Allah? Jelas sekali bahawa mereka
> yang mencela, meremehkan dan mempersoalkan kredibiliti mereka berada dalam
> kesesatan yang nyata.
> 
> Memanglah diakui bahawa di kalangan para sahabat sendiri, ada perbezaan
> darjat yang nyata, terutama sekali bagi sekali golongan bagi sahabat yang
> berjuang sebelum penaklukan Makkah, dan selepasnya sebagaimana maksud ayat
> 10, surah al-Hadid:
> 
> "Tidak sama antara kamu orang yang membelanjakan (harta) dan berperang
> sebelum  penaklukan (Makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya dari orang yang
> membelanjakan  (harta) dan berperangn sesudah itu. Allah menjanjikan
> kedua-dua golongan balasan yang lebih baik. Allah amat mengetahui apa yang
> kamu kerjakan."
> 
> Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi menyatakan: "Firman Allah:
> (semua mereka Allah janjikan syurga) bermaksud sahabat yang awal dan yang
> terkemudian Allah janjikan kepada mereka semua syurga walaupun berbeza dari
> segi darjat. [Rujuk Tafsir al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, Jilid 17].
> 
> Berdasarkan ayat ini juga , Imam Ibn Hazm membuktikan bahawa seluruh sahabat
> adalah ahli syurga [Rujuk: Muhammad bin Abd Allah al-Wahibiy, Iqtiqad ahl
> al-Sunnah fi al-Sahabah].
> 
> Seterusnya firman Allah dalam surah al-Fath ayat 18 yang
> bermaksud:"Sesungguhnya Allah MEREDHAI terhadap orang mukmin ketika mereka
> berbaiah di bawah sepohon pokok. Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati
> mereka, maka Dia menurunkan ke atas mereka ketenangan dan memberikan balasan
> untuk mereka dengan kemenangan (pembukaan Makkah) yang hampir."
> 
> Ayat ini merupakan rakaman terhadap peristiwa Baiah al-Ridhwan yang berlaku
> antara para sahabat dengan Rasulullah SAW. Ayat ini secara jelas menunjukkan
> bahawa Allah telah meredhai mereka. Ibn Hajar al-Haythami al-Makki dalam
> kitabnya Sawaiq al-Muhriqah mengenai ayat ini menyebut: "Sesiapa yang Allah
> meredhainya tidak mungkin mati dalam kekufuran. Tidak mungkin Allah meredhai
> seseorang melainkan diketahui matinya dalam Islam. Adapun sesiapa yang
> diketahui maatinya dalam kekufuran tidak mungkin untuk Allah Allah
> memberitahu bahawa Allah meredhainya".
> 
> Manakala di dalam Sahih al-Bukhari yang meriwayatkan hadis dari Jabir bin
> Abd Allah RA, katanya :"Bersabda Rasulullah kepada kami pada hari Hudaibiyah
> (ketika Baiah al-Ridhwan); "Kamu semua adalah sebaik-baik penghuni bumi -
> ketika itu kami berjumlah seribu empat ratus orang. [Sahih al-Bukhari, hadis
> ke 4154].
> 
> Ayat dan hadis di atas sekaligus menyangkal dakwaan golongan Syi'ah yang
> menyatakan bahawa sebahagian besar sahabat mereka sudah murtad selepas
> kewafatan Rasulullah SAW dan kononnya kekal keislamannya hanyalah jumlah
> yang sedikit. Pegangan dan keyakinan Syi'ah ini disebut dalam tulisan
> mereka, antaranya apa yang disebut oleh seorang tokoh mereka, Muhammad
> al-Tijani al-Samawi: "Sesungguhnya para sahabat sudah menukar dan mengubah
> (agama), bahkan berpaling ke belakang (murtad) selepas kewafatan Nabi SAW
> kecuali bilangan yang sedikit (yang kekal) [Rujuk: Muhammad al-Tijani, Thumm
> Ihtadaitu, ms 104, cetakan Iran]. Adalah mustahil dari dalil naqli dan aqli
> untuk membenarkan pernyataan ini seolah-olah mereka mereka menganggap Allah
> tidak mengetahui apa yang akan berlaku lalu menjamin keredhaan kepada satu
> golongan yang mana tiba-tiba mereka itu mengubah agama dan murtad! Maha suci
> Allah dari kelemahan dan kesilapan begini!
> 
> Seterusnya firman Allah dalam surah at-Taubah, ayat 100 yang
> bermaksud:"Orang yang terdahulu lagi yang awal (masuk Islam) iaitu
> Muhajirin, Ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah REDHA
> kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi
> mereka syurga yang mengalir sungai di dalamnya selama-lamanya. Itulah
> kemenangan yang besar". Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat ini
> memberikan komentar yang cukup menarik untuk diambil perhatian, katanya:
> 
> "Alangkah celaka sesipa yang membenci atau mencerca mereka (para sahabat),
> ataupun mencerca dan membenci sebahagian daripada mereka. Lebih-lebih lagi
> (membenci) penghulu sahabat selepas wafatnya Rasul, yang paling baik dan
> paling afdhal di kalangan mereka iaitu al-Siddiq al-Akbar lagi khalifah yang
> agung, beliau ialah Abu Bakr bin Quhafah RA. Sesungguhnya golongan yang hina
> daripada kalangan Rafidah (Syi'ah) memusuhi seafdhal-afdhal sahabat serta
> membenci dan mencaci mereka. Pohon perlindungan dengan Allah daripada yang
> demikian itu. Ini menunjukkan bahawa akal mereka terbalik dan hati mereka
> songsang. Di manakah keimanan mereka dengan al-Qur'an apabila mencerca
> mereka yang Allah redhai? Adapun Ahli Sunnah mereka meredhai sesiapa yang
> Allah redhainya, mencerca sesiapa yang Allah dan Rasul mencercanya,
> mengangkat orang yang diangkat oleh Allah, memusuhi orang yang dimusuhi oleh
> Allah. Mereka itu (Ahli Sunnah) pengikut bukan pembida'ah, mencontohi bukan
> mereka-rekakan. Justeru, mereka menjadi golongan Allah yang berjaya dan
> hamba yang beriman". (Ibn Katsir, Tafsir al-Qur'an al-'Azim, Jilid 2].
> 
> Sesungguhnya amat besar kesalahan mereka yang mencerca, meremehkan dan
> mempersoalkan kredibiliti para sahabat. Kedudukan mereka pada sisi Allah
> adalah sangat tinggi, tahap
> yang tidak mungkin dapat kita capai. Inilah hakikat yang tersemat di dalam
> maksud ayat-ayat yang dibawakan. Maka, apabila kita sudah menyedari hakikat
> ini, siapalah kita untuk mempersoalkan mereka?
> 
> Menyedari hakikat inilah, kita jangan sekali-kali terlintas untuk memandang
> hina sebahagian daripada mereka, kerana mereka kesemuanya adalah jauh lebih
> mulia berbanding kita. Oleh yang demikian prinsip kita menjadi lebih mudah.
> Sesiapa saja yang sanggup mencerca mereka, maka orang itulah yang patut kita
> cerca, sesiapa jua yang sanggup menghina mereka, maka orang itulah yang
> patut kita hina, sesiapa jua yang berani mengatakan bahawa para sahabat
> telah kafir, maka bersaksilah bahawa pihak menuduh itulah yang telah kafir!
> 
> Bahkan, sudah menjadi tanggungjawab kita pula untuk mendoakan keampunan
> serta kesejahteraan para sahabat, yang telah banyak berjasa kepada kita.
> Anjuran berdoa untuk mereka ini dapat kita temui dalam al-Qur'an, misalnya
> dalam surah al-Hasyr, ayat 10 yang bermaksud: "Adapun orang yang datang
> selepasa mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: 'Ya Tuhan kami!
> Berilah keampunan kepada kami dan saudara kami yang sudah beriman lebih dulu
> daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami
> terhadap orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha
> Penyantun lagi Maha Penyayang".
> 
> Dalam menghuraikan ayat ini dan ayat yang mendahuluinya (ayat ke-9 dan 10,
> surah al-Hasyr), al-Qurtubi membawa sebuah kisah bagaimana seorang lelaki
> datang kepada Ali bin al-Hussain RA (anak Sayyidina Hussain RA)) lalu
> bertanya: "Wahai anak kepada puteri Rasulullah (Fatimah), apakah pendapatmu
> mengenai Uthman?. Jaawab Ali bin al-Hussain: "Wahai saudara! Apakah engkau
> termasuk dalam golongan yang disebut oleh Allah sebagai (fuqara yang
> berhijrah - Muhajirin)". Jawab lelaki itu: "Tidak!". Kata Ali bin
> al-Hussain:"Demi Allah, jika engkau tidak termasuk dalam ayat itu maka
> engkau di kalangan yang disebut oleh Allah (dan orang yang kota Madinah dan
> beriman -Ansar)". Lelaki itu menjawan: "Tidak!". Kata Ali bin
> al-Hussain:"Demi Allah sekiranya engkau tidak termasuk dalam ayat yang
> ketiga ini nescaya engkau terkeluar daripada Islam iaitu fimran Allah;"
> Orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa:"Wahai
> Tuhan kami,..." [Seperti ayat di atas]. Sila rujuk Tafsir al-Qurtubi, Jilid 18.
> 
> Kita sedar bahawa kita tidak tergolong di kalangan Muhajirin ataupun Ansar,
> maka pilihan ketiga untuk kita ialah seperti anjuran ayat di atas iaitu
> sentiasa mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka. Sebagaimana sikap Ali
> bin al-Hussain RA yang tidak menggalakkan pertanyaan atau komentar yang
> tidak perlu terhadap mereka, maka itulah sikap yang patut kita ambil.
> Memanglah mereka juga manusia, yang tidak dapat lari dari kesilapan, tetapi
> kalaupun ada sebarang kesilapan dan kelemahan pada mereka, mereka tetap jauh
> lebih baik berbanding dengan semulia-mulia manusia di kalangan kita kini.
> Mencela mereka bererti mencela kesemua generasi manusia selepas mereka,
> kerana kita cuba menjatuhkan martabat golongan yang tertinggi di kalangan
> manusia. Jika mereka dihina, maka tentu sekali kita jauh lebih hina lagi!
> Jika kita sedar hakikat ini, tentu sekali kita tidak akan sanggup mencela
> atau menghina mereka.
> 
> Semoga komentar ini menjadi ingatan berguna buat saya dan ikhwan semua untuk
> tidak mencela para sahabat RA. [Sebenarnya sebahagian besar rujukan dan
> hujjah dalam komentar ini saya saring secara bebas dari artikel al-Ustaz
> Mohd Asri Zainul Abidin- semoga Allah memberkati usaha beliau].
> 
> Salam ukhuwwah dari saya,
> 
> Rozi bin Muda
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Rozi Bin Muda <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Khairol Azam Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke