*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu lalu, minggu ke-dua bulan Feb 2001 dan awal minggu ini menyaksikan 
banyak isu semasa yang sesetengahnya mungkin akan menjadi sejarah yang tak 
akan dapat kita lupakan hingga bila-bila.

Isu pertama yang bermain di padang pemikiran saya ialah isu Mufti vs 
Bollywood. Walau pun tak rasa terkejut, tapi saya tetap tersentak apabila 
melihat muka depan akhbar Utusan Malaysia hujung minggu lalu yang memuatkan 
kenyataan-kenyataan pedas membidas teguran Majlis Mufti mengenai filem 
Hindustan.

ISH, ISH, ISH, KESIAN KAT MUFTI; TARAF DEPA LA NIE DAH JATUH SAMA DENGAN TARAF 
TOK MUDIM!!

Dulu, masa kecik-kecik dulu, saya ingat lagi, orang kampung cukup hormat sama 
Tok Mudim, budak-budak apa tah lagi, nampak Tok Mudim sebatu, sini dah cabut 
lari. Tapi sekarang, sejak ada ubat bius dan klinik swasta, orang sudah mula 
tak kenal siapa itu Tok Mudim. Hanya mereka yang pernah berhadapan dengan Tok 
Mudim face to face macam rakan-rakan seangkatan usia dengan saya ini sahaja 
yang mungkin masih kenal dengan istilah Tok Mudim , tapi anak-anak kita 
rata-ratanya tak ramai yang tahu.

BEGITULAH JUGA DENGAN JAWATAN TOK MUFTI INI; KALAU SELALU SANGAT ORANG DOK 
PERLECEH MUFTI MACAM YANG JADI KAT DATOK ISHAK BAHAROM TEMPOH HARI DAN MACAM 
YANG JADI KAT DATUK HARUSSANI DALAM KES BOLLYWOOD INI; PERCAYALAH TUAN-TUAN, 
TAK LAMA LAGI SEJARAH TOK MUFTI AKAN END UP SAMA MACAM SEJARAH TOK MUDIM!!

Cakap pasal Bolluwood ini, kita boleh bercakap secara lawak kalau kita nak, 
dan bercakap cara serius kalau perlu. Dua-dua boleh.

Secara serius, mungkin secara kebetulan, dua tiga hari sebelum kes Mufti 
mengkritik filem Hindustan meletup; saya berhadapan dengan satu keadaan yang 
tak terduga sama sekali, berlaku di hadapan mata saya, dalam rumah saya 
sendiri. Saya terserempak dengan anak pompuan saya yang masih di Tadika, 
sedang menyembah sebuah jambangan bunga (hiasan) di ruang tamu rumah saya. 
Saya melihat anak saya ini meletakkan kedua tapak tangannya di atas jambangan 
bunga itu dan menyembah dan mengusap-ngusapnya atas bawah atas bawah 
seolah-olah sedang mengusap asap kemenyan/setanggi seperti yang selalu kita 
lihat dalam filem2 Hindi; selepas itu disapu ke muka hingga ke belakang.

Bila check tengok, rupanya anak saya ini cuba meniru satu babak dalam filem 
Hindustan yang selalu beliau tengok itu; tak silap saya lakonan si budak kecil 
bernama Anjeli dalam filem Kuch Kuch Hota He. Saya tak berapa pasti sama ada 
filem Kuch Kuch Hota He atau pun filem lain yang  mempengaruhinya; tapi saya 
cukup pasti kelakuan beliau itu adalah kesan langsung daripada filem-filem 
Hindustan yang sering ditontonnya itu.  Sejak hari itu, saya mula jadi tak 
sedap duduk, jadi marah setiap kali saya melihat filem Hindustan ini muncul di 
kaca TV; seolah-olah saya dapat merasakan kehadiran SETAN yang membawa masuk 
agama HINDU ke rumah saya melalui kaca TV.

Kerana itu, apabila saya mendengar cerita mengenai kenyataan Tok Mufi 
Harussani yang begitu tegas meminta kerajaan mengawal pengaruh gejala negetif 
filem Hindi ini, saya rasa sayalah antara manusia yang paling gembira sekali.

Dan kerana itu juga, melalui sedikit masa yang ada, saya telah membuat sedikit 
kajian untuk melihat kenapalah pihak kerajaan melalui medianya begitu 
bersungguh-sungguh mempertahankan filem Bollywood ini hinggakan sanggup 
menggadai masa depan politik mereka yang selama ini mereka sendiri pun tahu 
akan akibatnya jika mereka terlalu lancang "bertempur" dengan institusi Ulamak 
seperti Majlis Mufti ini.

Dari sudut politik, mereka sepatutnya lebih peka dengan kedudukan parti mereka 
yang begitu goyah sekarang ini; tapi kenapakah mereka masih sanggup 
terus-terusan "bertempur" dengan golongan alim ulamak? Tidak cukupkah dengan 
isu Ustaz Ishak Baharom? Ustaz Harun Din? Ustaz Ismail Kamus? Ustaz Taib 
Azamudin? Tidak cukupkah dengan semua itu, kali ini mereka hendak bertempur 
pula dengan Ustaz Harunssani yang cukup dikagumi ramai kerana kemampuannya 
berdialog dengan puak-puak Kristian itu. Tidak cukupkah semua itu?

Kenapa?

Jawabnya ialah kerana kepentingan politik peribadi, taat setia membabi buta 
untuk menjayakan visi seorang marhain Tua bernama Datuk Seri Dr Mahathir Bin 
Mohamad Al-Haj.

Buktinya:

Semua orang tahu mengenai pembangunan e-village di kawasan Multimedia Super 
Coridor untuk menjayakan visi Dr Mahathir bagi menjadikan Malaysia sebagai 
salah satu tempat pembikinan filem yang terkenal di seluruh dunia.

Salah satu target market Dr Mahathir ialah India; sebagai buktinya, 3 bulan 
yang lalu Dr Mahathir sendiri telah bertemu dengan Pengeluar-Pengeluar dan 
Pelakon2 filem terkenal India, menawarkan kepada mereka untuk datang shooting 
filem di Malaysia. Tidak beberapa lama sebelum itu juga, Datuk Kadir Syeikh 
Fadzir, selaku menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah membuat 
lawatan rasmi ke India; yang masa salah satu agenda utamanya ialah melawat 
Bollywood dan bertemu dengan producer-producer dan pengarah-pengarah filem 
India mengajak meraka datang shooting filem di Malaysia.

Dari segi market; India mengeluarkan hampir 6000 filem setahun; adalah 
dikatakan jika dapat ditarik 10% sahaja daripada jumlah itu ke Malaysia, maka 
pulangannya dari segi ekonomi dan promosi pelancongan amatlah menggalakkan.

Berikut, saya petikkan kenyataan seorang jurucakap E-Village mengenai isu ini:

"We are in early stages of discussion on joint productions with Indian  
producers. The controversy is not good,'' an E-Village spokesperson said 
yesterday. "If more censorship is brought in, it will affect creativity,'' he 
said. [STAR 21/2/01]

["Kami masih di peringkat awal perbincangan untuk joint venture dengan 
pengeluar filem dari India. Kontroversi Mufti vs Bollywood ini mengganggu 
kelancaran agenda ini. Berkenaan tapisan filem pula, kalau dah selalu dok 
tapis-tapis ini, susahlah - macam mana nak dapatkan kreativiti"]

NAH - SEKARANG SUDAH JELAS LAGI BERSULUH; UMNO BUKAN PEDULI AKIDAH ANAK-ANAK 
MELAYU (ATAU SEKURANG-KURANGNYA ANAK KECIL SAYA) ROSAK ATAU TIDAK; ITU BUKAN 
SOALNYA - YANG PENTING SEKARANG, E-VILLAGE PUNYA VISI MESTI TETAP BERJALAN 
TERUS!!

Saya tidak terkejut jika di E-Village itu nanti akan lahir kuil-kuil yang 
tercantik dan terbesar di dunia,  terkenal  ke seluruh pelusuk alam untuk 
menarik producer-producer filem India datang membuat filem mereka di sini.

KASIHAN MUFTI - DEMI UNTUK MEREALISASIKAN SEBUAH VISI,  PENDAPAT TOK MUFTI 
SUDAH TIADA SIAPA YANG PEDULI!!

[Mungkin selepas ini, jawatan Mufti kita turunkan taraf menjadi Kadhi!!]

Ringkasnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, tak ada apa dah lagi yang 
kita boleh harap dari UMNO sekarang. Kalau orang kata kita masih boleh 
bergantung kepada pemudanya untuk membuat bangkangan dari dalam, cuba lihat 
pula apa kata jurucakap Pemuda, seorang EXCO bernama Dr Zambry:

"The movement's exco member Dr Zambry Abdul Kadir said in a statement 
yesterday that the issue of Bollywood films having a negative impact on youths 
was being blown out of proportion" [STAR 21/2/01]

["Ala, isu ini bukan ada apa pun, saja orang dok perbesar saja!!"]

TAK DAK APA DIA KATA? - KALAU TAK DAK APA, TAK KAN DATUK HARUSSANI YANG KIRA 
NEUTRAL TU (PAS PUN DIA BANTAI) BOLEH DOK PI KATA MACAM TU?

Bila tanya Pak Lah pula,  Pak Lah kata:

"Sebarang keputusan untuk tapis filem Hindustan ini serahkan saja kat Lembaga 
penapisan filem, depa lebih tau kerja depa; depa ada guideline depa sendiri, 
depa tau la apa yang boleh dan apa yang tak boleh disiarkan di TV" [STAR 
16/2/01].

DEPA TAU LAH TU SAMPAI ANAK POMPUAN SAYA DOK PI SEMBAH 'TOKONG' BUNGA KAT 
DALAM RUMAH SAYA SENDIRI TU; SETANNN BETOI!!

Hari ini pula, dalam Utusan Malaysia (21/2/01); disiarkan pula berita besar 
bertajuk: "Majlis Mufti diminta hati-hati beri  kenyataan"; yang antara lain 
memuatkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Pelan Induk Tindakan Sosial Negara 
(Pintas), Prof. Datuk Dr. Wan Halim Othman yang mengkritik kenyataan Majlis 
Mufti itu. Antara lain kata beliau berkata sebarang  kenyataan majlis 
berkenaan perlulah memahami sesuatu itu dengan disokong fakta-fakta yang 
kukuh.

Amboi mak, cakap macam Profesor habis!!

Ya lah, memanglah hang tu profesor tapi tak kan kot tak ikut perkembangan 
semasa; ini cuba tengok berita di bawah ini nak menunjukkan bagaimana 
anak-anak gadis kita bukan setakat minat filem Hindi kat dalam filem saja, 
tapi mungkin kerana selalu dok meleleh air liur dok tengok Shahrul Khan, 
Salman Khan dan entah apa ka lagi Khan tu; depa dah mula dok usha abang Bangla 
kat luar.

"The Government has stopped allowing employers  to recruit Bangladeshis 
because of the increasing social problems involving them. Home Ministry 
secretary-general Datuk Aseh Che Mat said the directive to stop recruiting 
them was issued last month.  He said many of them had resorted to "marriages 
of convenience'' with locals to stay on in the country." [The STAR 17/2/01]

[Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa kerajaan telah 
membuat arahan untuk menghentikan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh 
kerana kedatangan mereka telah menambahkan masalah sosial, antaranya, ramai 
Mat-Mat Bangla ini telah berkahwin dengan wanita tempatan untuk tinggal 
menetap di sini]

TU DIA - KUCH KUCH HOTA HE!!

Bawak mai masuk banyak lagi filem Hindustan, nanti anak pompuan aku tu bukan 
setakat kahwin dengan Bangla, silap-silap lelaki Hindu pun dia tibai!!

Masa tu kalau jadi Kg Rawa sekali lagi, hangpa jangan dok salah aku....

Wassalam
ABK


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke