*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dulu & Sekarang

Dulu kerajaan beri biasiswa kepada pelajar Melayu
Sekarang kerajaan (UMNO) beri pinjaman campur interest (riba ?)

Dulu kerajaan kurnia tanah kepada orang Melayu (Felda, Rezab Melayu)
Sekarang kerajaan (UMNO) ambil Tanah Orang Melayu (Sg Buaya, Cahaya Baru, 
Sendayan)

Dulu Ibu/bapa gembira anak dapat masuk U.
Sekarang Ibu/bapa sedih/gundah gulana anak dapat masuk U.

Dulu Proton baru harga RM21,000, pinjaman RM18,000,
Sekarang Proton baru harga RM60,000, pinjaman RM30,000, gaji naik 10% je!!!.

Dulu harga kelapa sawit RM200-RM400/tan.
Sekarang harga kelapa sawit RM80/tan (kos pengeluaran lebih mahal dari 
hasil!!!)

Dulu dividen Tabung Haji puratanya 8%
Sekarang dividen Tabung Haji 5% (kata ekonomi dah pulih !@#$^&)

Dulu IPO terlebih langganan, berebut borang saham
Sekarang IPO terkurang langganan.

Dulu kata "kalau BN kalah, aku tak balik KL"
Sekarang kata "kalau aku tinggal, nanti jadi pergaduhan" (dasar pembelit 
Samy Vellu !)

Dulu sandiwara hanya di radio
Sekarang sandiwara "real" di TV, suratkhabar.

Dulu pemimpin hamba rakyat
Sekarang rakyat hamba pemimpin (kena terima kasih, bersyukur...)

Dulu politik UMNO "tanggungjawab kepada bangsa melayu"
Sekarang politik UMNO "business, wang, kontrak, percent, bodek"

Dulu konsep perniagaan "know-how"
Sekarang konsep perniagaan "know-who"

Dulu kira wang secara manual (dengan tangan)
Sekarang kira wang pakai timbang kilo !!!! (ingat tak di Brisbane)

Dulu slogan "berkhidmat untuk rakyat"
Sekarang slogan "rakyat perlu terima kasih"

Dulu etika kerja "dedikasi"
Sekarang etika kerja "daddy kasi"

Dulu perkataan paling popular "bersih, cekap, amanah"
Sekarang perkataan paling popular "korupsi, kroni, nepotisma (KKN)"

Dulu musim "penswastaan, pengkoperatan"
Sekarang musim "penyelamatan"

Dulu kata "mengujudkan jutawan-jutawan melayu, swasta lebih effecient"
Sekarang kata "menyelamatkan kakitangan MAS, Renong, LRT dari dibuang kerja"

Dulu kata "PAS sesat, pecah belah melayu, ganaslah.."
Sekarang kata "perpaduan melayu, ikhlas, musyawarah"

Dulu hanya samseng/penyangak pukul/tumbuk orang
Sekarang orang UMNO pukul, tendang orang (sanusi, ADUN Selangor)

Dulu orang tumbuk orang masuk penjara
Sekarang yang kena tumbuk masuk penjara, yang menumbuk "MC" selalu.

Dulu "nelayan" pakai pukat harimau (semua tangkap)
Sekarang "nelayan" tangkap ikan bilis je (takut jerung ganas!)

Dulu kata "Saya pecat sebab moral dia"
Sekarang kata "Saya pecat sebab dia nak rampas kuasa"

Dulu Hang Tuah kata "Takkan Melayu hilang di dunia"
Sekarang UMNO kata "Takkan UMNO hilang di dunia(Malaysia)"

Dulu istilah UMNO  "royalti, perjanjian"
Sekarang istilah UMNO "wang ehsan, MOU"

Dulu UMNO  sihat, semua warna boleh tengok.
Sekarang UMNO dah nazak, meracau bila nampak warna HIJAU !!!

Dulu PAS ajak muzakarah, UMNO perlekehkan.
Sekarang UMNO meminta "sedekah" pertemuan, PAS letak pra-syarat (siapa kuat 
?)

Dulu UMNO berimej "Islamisasi, berjiwa rakyat, pembangunan"
Sekarang UMNO berimej "mega, rasuah, bodek, akur, tembolok masing-masing, 
bodoh & dungu)

Dulu UMNO bolehlah kata "rakyat boleh diperbodohkan"
Sekarang rakyat pulak kata "UMNO ingat rakyat boleh diperbodohkan ke"

Dulu don't know
Sekarang dah jelas

Dulu UMNO
Sekarang PAS

Anak Johor
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anak Ulu Muar" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke