*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ralat: email asal tersilap forward original message. Ini yg betulnya.

-----Original Message-----
From:   Ahmad Baharudin Kasbi [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Subject:        H-Net* GOOD JOB AIN!


GOOD JOB AIN!!

Moga lebih ramai lagi akan ada insan-insan macam Nura'in Eusoff dalam Hizbinet 
ini. Hari itu, Ain pun ada kawan kita dlm Hizbinet ini yg tolong dia - kalau 
tak silap, dari Telekom pasal Line talipon mak mertua dia di Kedah, puas dok 
minta, tapi tak dapat-dapat...

Moga Hizbinet ini akan lebih ceria dengan insan-insan seperti Ain dan yg satu 
perangai dengannya....

Ahmad Baharudin Kasbi


>===== Original Message From "" <[EMAIL PROTECTED]> =====
 
Assalamualaikum Semua

Saya adalah pakchik yang menghadapi masalah berkaitan
dengan pembelian Proton Iswara 1.3 SEdan tempoh hari.
Tempahan telah di buat pada awal bulan nov.2000
tapi selepas tiga bulan masih belum dapat kereta..
sebanyak RM18,000.00 telah dijelaskan..
Alhamdulillah minggu lepas kereta telah diterima
Terima kasih Ain dari Eon,sabrina dan juga semua
yang sangat prihatin dan mengambil berat..
ramai yang telah e/mail terus kepada saya
memberikan nasihat mengikut bidang masing-masing..
Saya harap dapat membalas budi anda semua terutama
Cik Ain dari Eon...yang telah bersusah payah...............

Walaupun begitu kereta cuma diperolehi
apabila saya bersetuju dengan kenaikan
harga sebanyak RM2,000.00..
Tiba-tiba kereta yang tersangat susah hendak
keluar itu tersangat lah laju meluncurnya.

Terima kasih atas nasihat anda dari Kementerian
yang berkenaan...maaf kerana belum dapat berjumpa
...baru balik dari Mersing, dan Kuantan..tersangat
lah sibuk. Pakcik akan jumpa juga...pada masa ini
tension dah tak ada lagi sekadar RM2,000.00 pelahan-lahan
lah.
Masih Ramai nya orang baik di dunia ini...

Berbanding dengan sebelum ini... bayangkan jika anda
kakitangan kerajaan berpendapatan lebihkurang RM2,000.00
mempunyaan anak seramai 7 orang. 6 orang masih belajar,
3 di pusat pengajian tinggi.
RM18,000.00 disimpan setelah sekeluarga berjimat cermat
....keringat,pengorbanan dan airmata selama lebih dari 10 tahun..
Tiba-tiba ia mungkin hilang bagitu sahaja......
Kerapkali saya terjaga pada tengah malam....
susahnya hati...
Ramai juga manusia yang......

Syukurlah ia telah berlalu

Untuk membalas budi anda semua.. disini saya
perturunkan rawatan tradisi untuk merawat penyakit
gaut dan sendi...Jika anda mempunyaai Ibu Bapa atau
saudara mara yang mengalami penyakit ini...cuba lah
cara rawatan ini:-

Ramuan:-
========
6 ulas ubi cekor... banyak terdapat di Pasar Chow Kit
1/2 inci halia
ragi sebesar duit 20 sen

Penyediaan
==========
Ramuan ditumbuk tanpa menggunakan air
sehingga lumat.
sapukan air ramuan di tempat yang sakit.
hampas tadi di tempelkan di tempat yang
bengkak/paling sakit disekeliling. Balut
dengan kain tetapi jangan sampai terlalu
kuat.
SEbaik-baiknya disapukan diwaktu malam.

Peringatan
==========

Rawatan ini cuma mengurangkan kesakitan
tanpa perlu memakan ubat penahan sakit
atau disuntik..
Ubat-ubat lain (selain daripada
ubat penahan sakit) perlu terus
dimakan..

Dimana saya dapat rawatan ini..

Ibu saya yang berumur 75 tahun telah lama
mengidap sakit kaki dan sendi...tidak
dapat berjalan lagi...dua tiga hari
sekali perlu disuntik untuk menahan
kesakitannya..bayangkan doktor terpaksa
pergi ke kereta untuk menyuntik Ibu saya
kerana sangat sukar untuk membawa beliau
keluar dari kereta akibat dari kesakitannya.
Lebihkurang setahun yang lepas...kami
telah mengambil seorang pembantu rumah
Indonesia untuk membantu menjaga Ibu...
beliau lah yang mencadangkan rawatan ini dan
hasilnya Ibu tidak perlu disuntik lagi
.....rawatan ini perlu di buat selalu ..
cuba lah.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke