*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Saudara Khairol,

Sebenarnya tiada perlawanan (versus) diantara sufi dan wahabi. Tetapi
sebenarnya sekadar memberitahu, membersihkan dan menyatakan yang ilmu tasauf
adalah salah satu dari ilmu Islam. Sejarah ilmu tasauf adalah lebih benar
seperti yang dibenarkan oleh Imam Ghazali (Mazhab Syafie) berbanding dengan
fahaman wahabi iaitu fahaman baru yang banyak kontroversi. Eloklah kita
berpegang kepada mazhab Syafie yang menjadi anutan kita selama ini.

Saya tidak dapat menerima sesiapa jua yang menghina ilmu Islam yang mana
bagi diri saya sama saja seperti menghina Nabi Muhamad. Saudara fikirkanlah
keimanannya samada dijalan yang benar atau tidak.Saya mendoakan agar kita
semua selamat di dunia dan akhirat. Yang baik adalah dari Allah Taala dan
yang tidak baik adalah kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam.
-----Original Message-----
From: Khairol Azam Mohamad <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>;
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thursday, February 22, 2001 1:55 AM
Subject: H-Net* Sufi Vs Wahabi


>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Aku Berlindung Kepada Allah Dari Syaitan Yang Direjam
>Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
>
>Berkata orang2 Yahudi: Orang2 Nasrani itu bukanlah atas suatu
>(kebenaran). Berkata pula orang2 Nasrani: Orang2 Yahudi bukanlah atas
>suatu (kebenaran), sedang mereka itu sama2 membaca kitab. Demikian pula
>berkata orang2 yang tiada berpengetahuan seperti perkataan mereka. Maka
>Allah akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa2
>yang mereka perselisihkan. (2:113)
>
>Isu ni dah lama sangat diperdebatkan. Janganlah kita nak mengikut
>perangai Yahudi dengan Nasrani, walaupun kita sama2 membaca Al-Quran
>tetapi tak sefahaman dan menyalahkan antara satu sama lain. Cukuplah
>sekadar berwasiat antara satu sama lain dengan pegangan masing2,
>kemudian berpalinglah. Kenapa pula nak dipaksa golongan yang lain
>menerima cara keimanan kita? Kenapa nak dicela pula keimanan mereka?
>Bukankah berhalapun Allah tak izinkan untuk dicela?
>
>Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu; untuk kami amalan kami dan untukmu
>amalan kamu; (2:139)
>
>Ceraikanlah mereka dengan perceraian yang baik, bukannya dengan
>mengeluarkan perkataan yang berlebih2an ataupun fitnah. Jikalau perlu,
>adakanlah perjanjian dengan mereka, sebagaimana yang telah ada
>dikalangan kita dengan penganut agama lainnya. Perjanjian yang tak
>bertulis yakni, jangan mencela Tuhan yang mereka sembah dan cara
>perlaksanaannya. Cukuplah sekadar berwasiat kepada mereka dan
>kemudiannya berpaling. Biarlah tiap2 golongan dengan cara perlaksanaan
>keimanan masing2. Janganlah dicela cara mereka melaksanakan ibadat
>mereka.
>
>Mereka itu bergolong2an sesamanya dalam urusannya. Masing2 (mereka)
>kembali kepada Kami. Barangsiapa mengerjakan yang baik2, sedang ia
>beriman, maka tiadalah diingkari usahanya dan sesungguhnya Kami
>menuliskannya. (21:93-94)
>
>Kemudiannya berusahalah di dalam golongan masing2 untuk mengerjakan yang
>baik2 mengikut pegangan masing2. Bahkan Allah menyuruh kita berlumba2
>untuk mengerjakan kebaikan, supaya Allah mengetahui siapa yang lebih
>baik amalannya.
>
>Kalau Allah menghendaki, niscaya IA jadikan kamu umat yang satu, tetapi
>IA hendak mencubai kamu tentang apa yang diberikanNYA kepadamu, sebab
>itu berlumba2lah kamu (memperbuat) kebaikan. Kepada Allah tempat
>kembalimu sekalian, lalu Allah mengkhabarkan kepadamu, tentang apa2 yang
>telah kamu perselisihkan. (5:48)
>
>Jikalau dah tak mampu nak menjadi umat yang satu, nak buat cam mana?
>Laksanakanlah apa2 yang terbaik mengikut kemampuan golongan masing2.
>
>Bukanlah Kami menjadikan engkau seorang penjaga atas mereka dan bukan
>pula engkau menjadi wakil atas mereka itu. (6:107)
>
>Tak payahlah lagi nak sibuk2 dengan golongan yang lain tu selepas kamu
>wasiatkan mereka dengan keimanan cara kamu. Jikalau nak berdakwah pun
>janganlah berlebih2an. Ingatlah bahawa Allah yang menunjuki dan
>menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNYA. Jikalau sudah diberikan bukti
>berlori2 pun dan didoakan sampai berbuih mulut, jikalau Allah nak
>sesatkan, tiada juga dia akan beriman seperti keimanan kamu. Lagipun
>bukanlah kamu diutuskan untuk menjaga ataupun mewakili mereka.
>Sendiri-sendiri kena jaga.
>
>Hai orang2 yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah
>membahayakan kepadamu orang yang telah sesat, bila kamu telah mendapat
>petunjuk. Kepada Allah tempat kembalimu sekalian, lalu Allah
>mengkhabarkan kepadamu apa2 yang telah kamu amalkan. (5:105)
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Khairol Azam Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ruzlan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke