*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah...!

   Itulah dia balasan dari ALLAH. Selepas ini kita 
tunggu pula berapa yang TV3 akan kena bayar pada PAS,
kerana Ustaz Nasarudin Mat Isa sedang mengkaji untuk
menggambil tindakan undang-undang terhadap TV3.Ini 
berikutan telah tersiarnya dalam Buletin Utama (TV3)
tentang "surat jawatankuasa teknikal dari wakil PAS, 
yang dikatakan dihantar hanya dengan meletak surat
dibawah pintu pejabat Khalil Yaakob". Sedangkan PAS
mempunyai bukti yang nyata ,yang mana surat itu 
diserahkan melalui tanggan pada kerani Khalil yaakob
sendiri dan mempunyai cop mohor UMNO,tarikh dan
tandatangan wakilnya sekali.
 
--- apanama <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> TV3 kena bayar RM100j -- Tidak kemuka pembelaan
> terhadap
>                          saman ahli perniagaan
> 
> KUALA LUMPUR 23 Feb.- Mahkamah Tinggi di sini hari
> ini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd.
> (TV3) membayar ganti rugi RM100 juta kepada seorang
> pengarah urusan sebuah syarikat agensi pekerjaan
> berhubung satu saman fitnah.
> 
> Penolong Kanan Pendaftar, Norliza Othman
> mengeluarkan 
> perintah itu dalam kamarnya selepas membuat satu 
> penghakiman ingkar terhadap TV3 yang tidak
> mengemukakan 
> pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan oleh
> Badrul 
> Zaman P.S. Md Zakariah, 50.
> 
> Norliza juga memerintahkan TV3 membayar faedah lapan
> peratus setahun mulai hari ini sehingga penyelesaian
> penuh dan kos kepada plaintif.
> 
> Perintah bagi penghakiman ingkar itu telah dihantar
> sendiri oleh Badrul Zaman selaku plaintif kepada
> Tetuan
> Zaid Ibrahim & Co. yang mewakili TV3 pada pukul
> 12.15
> tengah hari ini. 
> 
> Sementara itu, jurucakap TV3 ketika dihubungi malam
> ini
> berkata, pihaknya akan merujuk kepada penasihat
> undang-undang syarikat terlebih dahulu sebelum
> membuat 
> sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
> 
> Bayaran ganti rugi RM100 juta yang diperintahkan
> terhadap stesen televisyen swasta tempatan tersebut
> dipercayai yang tertinggi pernah dicatatkan dalam
> kes
> saman fitnah setakat ini.
> 
> Badrul Zaman pada 2 Januari lalu telah mengemukakan
> saman berjumlah RM400 juta terhadap Radio dan
> Televisyen 
> Malaysia (RTM), bekas Ketua Pengarah Jabatan
> Imigresen, 
> Datuk Aseh Che Mat, kerajaan Malaysia dan TV3 atas 
> dakwaan memfitnahnya.
> 
> Dalam pernyataan tuntutannya plaintif memberitahu,
> pada
> 24 Februari 1998 satu berita telah disiarkan oleh
> defendan
> pertama dan keempat (TV3) berhubung persidangan
> akhbar 
> yang dibuat oleh Aseh.
> 
> Aseh dalam sidang akhbar itu didakwa memberitahu
> bahawa 
> Jabatan Imigresen telah memasuki premis perniagaan
> Badrul 
> Zaman iaitu Agensi Pekerjaan dan Levi Al Zaman Sdn.
> Bhd.
> 
> Dalam serbuan itu, pegawai Imigresen dikatakan telah
> mengambil barang-barang kepunyaan premis tersebut
> termasuk 350 pasport warganegara India.
> 
> Menurut Badrul Zaman, dalam siaran berita itu,
> visual
> dirinya yang berjalan dan bergari telah ditayangkan.
> 
> Katanya, visual tersebut tidak sepatutnya disiarkan
> kerana ketika itu beliau masih di dalam reman bagi
> menunggu penyiasatan dan masih belum dituduh di
> dalam 
> mana-mana mahkamah.
> 
> Beliau mendakwa Aseh telah membuat kenyataan fitnah
> terhadap dirinya sewaktu sidang akhbar tersebut.
> 
> Menurut Badrul Zaman, akibat daripada penyiaran
> berita
> itu, reputasinya telah terjejas dan turut dipandang
> hina
> pada pandangan masyarakat umum.
> 
> Beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta
> daripada setiap defendan, ganti rugi teladan dan
> teruk;
> ganti rugi khas; injunksi terhadap defendan atau
> ejen
> mereka daripada terus menyiarkan berita mengenai
> dirinya.
> 
> Selain itu pada 2 Februari lalu, Badrul Zaman telah
> mengambil tindakan menyaman sembilan syarikat akhbar
> tempatan dan tiga defendan lain untuk menuntut ganti
> rugi
> berjumlah RM1.3 bilion atas dakwaan memfitnahnya.
> 
> Dalam saman itu, Badrul Zaman menamakan defendan
> terdiri daripada Sun Media Corporation Sdn. Bhd.;
> Penerbitan Sahabat (M) Sdn. Bhd. yang menerbitkan
> akhbar Malaysia Nanban; Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd.
> dan The China Press Bhd.
> 
> Turut dinamakan sebagai defendan, Pemandangan Sinar
> Sdn. Bhd. yang menerbitkan akhbar Sin Chew Jit Poh;
> Tamil Nesan (M) Sdn. Bhd.; The New Straits Times
> Press
> (M) Bhd.; Star Publications (M) Bhd. dan Utusan
> Melayu
> (M) Bhd.
> 
> Beliau juga menamakan Aseh yang kini Ketua
> Setiausaha 
> Kementerian Dalam Negeri, syarikat percetakan Star 
> Papyrus Printing Sdn. Bhd. dan kerajaan Malaysia
> sebagai 
> defendan.
> 
> Dalam saman itu, Aseh dan kerajaan Malaysia
> menghadapi 
> tuntutan ganti rugi masing-masing RM400 juta.
> 
> Mengenai saman melibatkan pihak media, pada 6
> Februari 
> lalu, syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. telah
> diperintahkan 
> oleh Hakim Datuk Dr. Kamalanathan Ratnam membayar
> ganti 
> rugi RM1.3 juta kepada syarikat Batik Tjanting
> Handicraft 
> Sdn. Bhd. dan pemiliknya, Datuk Paduka Sharipah
> Hishmah 
> Sayed Hassan kerana didapati memfitnah melalui
> artikel 
> yang disiarkan dalam majalah Wanita keluaran
> Februari 1999. 
> 
> Sementara itu, Ummi Hafilda Ali dan Khairuddin
> Hassan
> yang pernah mengemukakan saman terhadap Kumpulan
> Karangkraf Sdn. Bhd. bagi menuntut ganti rugi RM20
> juta,
> memperoleh RM300,000 selepas Mahkamah Tinggi pada 31
> Mei 
> tahun lalu setelah mendapati syarikat tersebut
> memfitnah 
> mereka melalui artikel yang disiarkan oleh akhbar
> tabloid,
> Bacaria.
> 
> Pada 29 Disember 1999, The New Straits Times Press
> (M) Bhd. (NSTP) telah diperintahkan oleh Mahkamah
> Tinggi membayar ganti rugi RM900,000 kepada dua ahli
> perniagaan wanita setelah didapati menerbitkan
> rencana
> berunsur fitnah terhadap mereka.
> 
> Dua ahli perniagaan wanita itu, Noor Asiah Mahmood
> (adik ipar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
> Abdullah Ahmad Badawi) dan adik angkatnya, Nyak
> Rohana Nyak Ariff.
> 
> Kedua-duanya dalam tuntutan asal, masing-masing
> memohon ganti rugi khas sebanyak RM2.5 juta dan juga
> ganti rugi teruk RM2.5 juta.
> 
> Oleh: NORLELA IBRAHIM
> 
> 
>
----------------------------------------------------------------------
> Get your FREE ShyMail account!
> http://www.shymail.com/
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to